Wednesday, October 12, 2011

Dadih...Kegemaran My Super Hero


 Jom makan dadih! Hari ni atas permintaan my super heroku(my husband)...maka petang ni  aku masak benda ni. Bukan susahpun....guna serbuk dadih buahan2  segera ajer(macam gambar kat atas tu). Cara2nya ikut jer arahan kat belakang bungkusan tu.  Cuma tambah susu cair , air dan gula. Selalunya aku guna jenama Happy Tree/Happy Grass(rasanya macam keluaran yang sama kot)...bagi aku la...setakat yang aku guna, jenama ni paling ok. Bagus dari segi soalnya rasa dan juga warna. Tapi atas penilaian masing2 la kan?  Pilihan utama kami selalunya perisa jagung(my hero kecilku suka), perisa honeydew flavour dan strawbery. Lain2pun ok...tapi selalunya kami beli perisa ni. Jom layan gambar...ecece...macam gambar snap sendiri lakkan...walaupun gambar ni macam biasa aku pinjam cik gogle punyer...eheh...;)


***takde apa2 yang menarik...sajer jer nak bagi idea pada sesape yang tengah fikir2 apa menu untuk santapan keluarga di waktu senggang ...pada yang sudi jenguk blog ni la...:)

Thursday, October 6, 2011

Sambal Petai Ikan Bilis


  Salam semua...hari ni ana masak sambal petai ikan bilis(Gambar...by en.google). Rasanya tak pernah masak sambal ni...kalau nak makan...makan kat kedai jerk...hehehe...rajinkan? Bukan apa...suami ana ni kalau bab makan susah sikit...bukan memilih...tapi banyak benda yang dia tak makan. Kalau lauk sama hari2 takpe...janji ikut selera dia...huhu. Tu ler sebabnya ana selalu masak menu yang sama.

Betul tak kalau ana katakan selalunya menu keluarga banyak ikut selera suami??? Selalunya ana ni kalau masak...mesti buat yang suami suka makan & tak lupa mesti ada menu untuk puteraku yang sorang itu...kalau menu harian tak sesuai dengan dia. Nasib baik la ana ni jenis tak memilih...makan semua...selera/tidak tu belakang kira...janji perut terisi...huhu. Nak masak lauk banyak jenis...membazir pulak...dua2 hero tu bukan jenis yang makan lauk banyak...nak ratah sama sekali tidak. Jadi...kalau masak lebih...sape tolong licinkan???...ermmm, tu pasal la diet ana tak menjadi sangat...hahaha...alasan yang tak berapa nak bole terima pakai. Bak kata pepatah melayu..."nak seribu daya, tak nak seribu dalih"...hehe. Jangan gelak2 k!!!...ada betulnya jugak perrrr alasan tu...sape setuju angkat tangan?...;)

K...berbalik pada sambal petai ikan bilis tadi...masa masak tu teringat sangat ana pada sorang teman masa belajar kat KL dulu. Masa study dulu kerap gak hujung minggu ana pergi rumah kakak kat Kajang. Dengan cara tu...kurang sikit rindu ana kat kampung. Dapat jumpa kakak n anak2 buah. Dan...ada sekali tu ana bawa la sorang teman ni...orang utara...cakapnya memang pekat utara...ehehe...ana manyak suker...variasi bahasa. Masa bawa dia tu...ada jiran kakak bagi petai...punya la suka dia...sebab tu feveret dia. So, pelagi...makan nasi bertambah2 dia. Oleh kerana petai tu banyak...dia mintak nak buat sambal petai ikan bilis. So...bermula la episod dia untuk masak memasak. Aku dan kakak tolong tengok jer la...sambil2 tolong apa yang patut. Fuhh! Bau dia...kawww kawwww....ehehe. 

Masa tu aku memang tak bole makan petai...makan jer sure sakit tekak & tak kuar suara. Jadi...memang pantang sikit la nak makannya. Sekarangpun masih macam tu...tapi dah ok sikit...alhamdulillah. Kat rumah kakak aku tupun takde sape yang makan sangat...kecuali abang ipar(makan gitu2 jer la). Jadi sambal petai tu akak aku tapowww untuk kawan aku tu wak balik hostel...pelagi gumbira la dia. Bila dah balik hostel tu...malamnya makan besar dia ngan geng2 blok dorang...ahahaha...aku dijemput sama...tapi awal2 dah bagitau...tak bole menghadirkan diri.

Di fikiran ni...masa masak benda alah ni tadi...masih jelas terbayang akan seleranya temanku itu sewaktu makan itu sambal...ermmmmmmmm rindunya. Sejak habis study...masing2 bawa diri...dengarnya member dah jadi lecturer dekat uia. Moga bahagia hendaknya disamping suami & anak2.

***best bila imbau balik masa muda dolu2....sob sob sob...Sentimental sikit arini...hukhukhuk...;( 
K dulu untuk kali ini ya!...salam semua!!!


Tuesday, September 27, 2011

Cara Menghadapi Seseorang Yang Nazak

Salam semua...di sini saya nak share cara2 apabila kita berhadapan dengan seseorang yang sedang nazak. Mungkin ramai yang telah tahu...tapi saya letakkan di sini sebagai perkongsian bersama. Mohon share dari penulis asal...tak tahu sape...tapi yang ni saya copy dari wall seorang rakan facebook. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan pengajaran untuk kita...insyaAllah!!!
*****
Apabila seseorang itu dilihat dalam keadaan sedang nazak iaitu hampir tiba ajal mautnya, harapan hidup dirasakan tidak ada lagi, maka hendaklah sentiasa diperhatikan jangan ditinggalkan begitu sahaja bahkan tenangkan hatinya. Ingatlah dia kepada Allah, minta ampun dan bertaubat. Rela atas apa jua kehendak dan takdirNya, mohon agar ditetapkan iman dan husnul khatimah.

►BACA SURAH YAASIN
Bacakan Surah Yaasin terhadap orang yang sedang nazak itu supaya mudah keluar rohnya dan terampun dosa-dosanya. Hendaklah dibaca dengan suara yang perlahan dan bacaan yang sederhana. Sementara itu, basahkan kapas serta diletakkan dibibirnya untuk menolong rasa dahaga yang amat sangat ketika ia sedang nazak itu. Janganlah disudukan air ke dalam mulutnya kerana ia tidak dapat lagi minum.

►AJAR KALIMAH TAUHID
Apabila orang yang sedang nazak itu bertambah lemah dan tanda-tanda mati seperti hidungnya layu, kakinya kaku dan dingin, nadi bertambah lemah, segeralah ajarkan kalimah tauhid dengan perlahan dan ringkas jua. Apabila dilihat bergerak lidah seperti menuturkannya, maka memadailah dengan lafaz kalimah LAA ILAA HA ILLALLAH kali terakhir di dunia ini, nescaya tempatnya di Syurga.

►PERINGATAN
Para Ulamak menerangkan ketika seseorang itu akan menemui ajal mautnya, ia semata-mata ingat sesuatu yang sering disebut dan dituturkannya, begitu juga ingatannya ialah jadikanlah ucapan kalimah tauhid itu sentiasa dibibir dan dihati. Menuturkannya mudah dan timbangan pahalanya berat.

►SAH MATI
Apabila diketahui seseorang itu sah mati, maka ucapkanlah INNAA LILLAAHI WAINNAAHI RAAJIUUN. Ertinya ialah bahawa kita semua adalah kepunyaan Allah dam kepadaNyalah kita semua kembali. Hendaklah kita mendoakan agar roh simati itu dicucuri rahmat dan keampunan.

►DISEGERAKAN SESUDAH MATI
✔ Dirapatkan matanya dengan diurut perlahan hingga pejam.
✔ Dilembutkan sendi-sendinya kemudian diletakkan dua tangannya diatas dada.
✔ Tangan kanan menindih tangan kiri seperti dalam sembahyang.
✔ Luruskan kedua kakinya dan dirapatkan.
✔ Rapatkan mulutnya dengan diikat bawah dagunya dengan kepala.
✔ Tukar pakaian yang sedang dipakainya jika kotor dengan yang bersih.
✔ Sediakan tempat seperti katil dimana jenazah dibaringkan.
✔ Para Ulamak berkata supaya jenazah itu dibaringkan dengan kakinya kearah kiblat     sebagaimana sembahyang menelentang.
✔ Diletakkan benda yang berat sedikit diatas perutnya seperti sepasang gunting supaya perutnya tidak kembung.
✔ Tutuplah jenazah itu dengan kain bersih, tipis dan yang cantik sebagai menghormatinya.
✔ Ditempatkan jenazah itu ditempat yang mudah diziarahi ramai untuk membaca ayat-ayat suci dan juga berdoa.
✔ Simpanlah gambar-gambar dan yang berupa patung dan sebagainya.
✔ Kalau ada cermin, hendaklah ditutup dengan kain
Sekian.

Friday, September 23, 2011

Raya Di Kampung dan Raya di Kolumpo(KL)

Jumaat lepaskan cuti 1 Malaysia. So my asben ajak p KL. Ikut hati malas nak g coz selalu sangat turun KL. Sebelum duk kat Perak ni pun dah 7 tahun kat sana. Campur masa study n Kerja. Lagipun jiwa ni tak berapa nak serasi duk sana...tambah2 lagi nak beratur kat jalan raya...huhu. Kalau setakat nak g jalan2 ok la jugak...kota metropolitan katakan...sape tak suka ibu negara Malaysia...pusat utama gedung membeli belah. Tapi tu untuk yang poket tebal...aku ni poket tak berapa nak tebal...huhu.

Dalam duk pk2 nak tak nak pergi tu...akhirnya petang jumaat tu bertolak juga kami sekeluarga ke KL selepas menghadiri majlis jamuan hari raya & open house member.

Hari sabtu petang, kebetulan abangda kat sana buat open house. Tapi sempat juga aku beraya ke rumah member di Petaling Jaya & kawan asben kat Putrajaya. Malamnya lepak2 king sambil layan tetamu2 rumah abang. Kalau dilihat...suasana raya kat KL mmg masih cukup2 meriah nak dibandingkan dengan tempat lain. Kalau kat Perak...dah suam2 kuku. Rumah terbuka ada...tapi suasana tak semeriah kat KL...rumah terbuka sana sini. Hari sabtu tu...kat taman perumahan abang saja ada beberapa buah rumah buat open house termasuk jiran kat depan rumah dia. Kat situ...my asbenpun tumpang raya sekaki sebab dia dijemput skali...kikiki. 

Kiranya tak rugi la aku turun KL hujung minggu tu...dapat gak aku rasa meriahnya lagi suasana raya. Tertanya gak...kenapa suasana raya kat KL cukup meriah walaupun dah pertengahan syawal? Dalam duk borak2 kt rumah abg malam tu ada yang tolong jawab persoalan aku...katanya "orang KL majoritinya bukan penduduk asal kat situ. Bila raya dorang balik kg masing2. Jadi time ni lah dorang nak sambut raya ngan kawan2. Berbeza kat tempat lain...especially kampung...warga kampung adalah penduduk tetap/asal situ. Jadi dorang dah raya awal2 lagi". Ringkasnya begitulah. Jadi...pendapat tu boleh la diterima pakai jugak...tak gitu???

Pagi Ahad...sebelum bertolak balik tu...sempat kami singgah MidValley jap...tak beli apepun...cuma my asben kesian tengok Faris...so, sebagai buah tangan turun KL...dia ajak g situ beli mainan untuk Faris. Apalagi my heroku tu...bila tanya nak apa...katanya nak "Ultroman"(Sejak sekolah baru dia kenal pasal "ultroman" walaupun tak pernah tengokpun citer tu. Sekarang ni baru sesekali tengok). Dan kat situ dapat la satu set ultraman untuk Faris juga tak ketinggalan...feberet my asben bila g sana..."buah berangan"...;)

Ok dulu untuk kali ini...salam syawal untuk semua!!!

Wednesday, September 21, 2011

Syawal 2011

Salam semua! Dah lama tak conteng pape kat blog ni. Jadi hari ni tergerak hati nak sapu sesawang yang ada kt sini untuk menghidupkan suasana yang sunyi sepi. Walau bagaimanapun tuan punya kedai blur2 lagi...tak tahu nak citer pasal apa...huhu. Tapi dah alang2 ada kat sini...kene la citer2 sikit...;)

Oleh kerana kita masih lagi dalam bulan syawal...jadi aku nak cerita la sikit pasal raya. Tapi yang frust sikit...raya tahun ni tak banyak gambar/video yang aku ambik...ntah nape...seronok beraya/blur ke apa sampai lupe sesi fotografi...hehe. Nak kata takde langsung tu tak juga...ada la beberapa gambar yang tak berapa nak nampak suasana raya sangat...huhu.

Heroku yang sudah keletihan beraya

Raya tahun ni...kat kampung aku tak sempat jumpa kawan2 macam tahun lepas...masing2 mempunyai jadual padat untuk beraya dengan saudara mara, hadir rumah terbuka, dan tak kurang jugak memenuhi undangan majlis perkahwinan. Jadi masing2 dengan agenda tersendiri.

Menu Raya (ni gambar bulan posa punyer...masa raya luper snap...huhu)

Ermmm...ketandusan idea...k dulu untuk kali ini ya...;)

Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri Untuk Semua!

Hari raya bakal tiba,
Moga disambut dengan meriah,
Bila raya sudah menjelma,
Moga ibadah diterima Allah.
...insyaAllah


Selamat Hari Raya untuk semua umat Islam!!!

Wednesday, August 24, 2011

Senyum

Senyum...ramai yang mengabaikan senyum walaupun tahu bahawasanya "senyum itu adalah sedekah"

Dalam satu rancangan temubual dengan ustazah kt TV...menyatakan...kenapa kita hanya nampak ibadat yang besar2(solat,puasa,sedekah...) tanpa memikirkan ibadat dan barakah yang kecil...contohnya senyum. Jumpa seseorang...masammmmmmm jer. Nak senyum punyelah susah sangat...orang senyumpun dia masih menyimpan senyumnya itu. Terputus urat senyum kah?

Disuruh...supaya kita senyumlah kerana Allah...kerana kita akan dapat berkat dan pahala dari amalan itu. Sekalipun senyum kita itu tidak berbalas....ingatlah bahawa kita senyum tu kerana Allah...dan insyaAllah akan datang keberkatannya kepada kita. Dan bila senyum kita itu tak berbalas...jangan pula kita pasang niat "malas aku nak senyum dekat si pulan2 tu(contoh) sebab bila senyum dia tak pernahpun nak senyum balik"..ahaaaaa...itu salah. Niatkan "biarlah dia tak balas senyumku kerana aku senyum kerana Allah." Malah diceritakan...kalau ikhlas senyuman kita itu kerana Allah...malaikat akan mendokan kebaikan untuk kita.

So, marilah sama2 kita sedekahkan senyuman yang ikhlas kerana Allah...insyaAllah sama2 kita akan mendapat keberkatan darinya.

***Tapi jangan pulak kita menyalahgunakan senyuman itu kepada senyuman menggoda atau manja atau ngada2 dan yang sewaktu dengannya...;)

Sekian...as-salam!