Saturday, November 9, 2013

Hi!

Salam! Lamanya tak buat catatan kat sini. Sesekali tu ada juga menjengah ke sini tapi mood nak mengarang "0". Nak menjengak blog kawan2 yang kerap dilakukan sebelum ni jauh sama sekali. Cuma ada la intai2 beberapa blog yang dah serasi dengan tuan blog ni...hehe. 

Suka sebenarnya berblog ni...tapi bila "M" datang...semuanya ke laut. Suami pun ada tanya...mana catatan baru...maka jawapannya "0". Sekarang ni nak berjinak2 balik la kot. Tapi untuk kali ni takde apa2 cerita dulu....sekadar memanaskan blog yang dah sememangnya suam2 kuku. 

Agak2 ada lagi tak yang sudi bertandang kat sini?...Cuba angkat tangan!!! eheh...takpelah...untuk kepuasan diri sendiri dan kalau ada yang sudi tu...makasyihhhhh!!!...:)

K...sekian wassalam...sehingga bersua lagi pada catatan yang akan datang...;)


***saja letak gambar ni. Cepatnya masa berlalu...Tinggal seminggu lagi sekolah akan mula bercuti. Untuk murid2 jelah...tapi mungkin tidak bagi cikgu2. Gambar ni di ambil bulan Januari ... hari pertama Faris nak ke sekolah agama. Rasa baru sangat saat gambar ni diambil...tapi rupa2nya dah akhir tahun. Dan tahun depan Faris dah pun masuk tahun 2. Ermmm tengoklah gaya heroku...saje dia buat gaya dan muka macam tu bila ibunya suruh dia bergambar. Kalau ikutkan dia...memang tak mahunya dia nak bergambar. Aik...panjang lak citernya...rasanya dah wassalam tadi ...huhuhu...k salam!!!


Wednesday, July 24, 2013

GIVEAWAY RAMADHAN KOLEKSI 1001 RESEPI

Bismillah...
Pom pom pom!!! tumpang laluuuu...akak nak cepat ni sebab nak join itu GIVEAWAY RAMADHAN KOLEKSI 1001 RESEPI...Hari ni merupakan hari akhir penyertaan...so kenalah cepat2...kang kena reject dengan kkida pulak kannnnnnnn...hehehe. Pepun alhamdulillah...tertunai jugak hajat nak menyertai GA kedua KOLEKSI 1001 RESEPI ni.  

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang GA ni bolehlah menjengah ke blog KKIDA kita ya!!! Kat situ anda juga boleh tengok hadiah2nya. Jom! sama2 kita meriahkan ramadhan kali ini dengan menyertai GA ni...mana tahu rezeki ramadhan ni kita terpilih antara pemenang yang bertuah.

Oklah...tak nak celoteh panjang...jom kita layan juadah berbuka saya bersama 2 orang hero kesayangan!!!

Sup tulang...bazar ramadhan mari...eheh...:) Ni feveret en.suami. Kalau ada sup ni...sah2 bertambah makannya.

Ayam Percik Utara...bazar ramadhan mari jugak. Saya namakan ayam percik utara sebab ia berbeza dengan ayam percik yang selalu saya makan(pantai timur). Rasanya ala2 satay gitu...kena jugak la dengan selera kami anak beranak.

Ni kerabu tauge dan kucai...tunjuk kat bazar ramadhan jugak...isy3x...wife sapoooo la agaknya ya...semua main tunjuk jer...huhu. Nak buat camanakannnn...dah menu hari ni cap tunjuk semuanya....:)

Kuih muihnya...tak payah perkenalkan la ya...sila tengok dan namakan sendiri. Best gak bila tunjuk2 ni...boleh rasa macam2. Kalau buat sendiri takdenya nak buat 2,3 jenis kannnnnn....:) 
Tapi bila nak membeli tu...saya scan dulu jurujualnya...kalau tengok bersih, makanan yang dijual pun nampak bersih...baru mood nak membeli tu ada...hehe...tips kalau ke bazar ramadhan ni...:)

Air limau asam. Air ni hari2 beli...ada la sekali dua tak beli. En.suami suka sangat2...bukan setakat suka...dah ketagih...apa taknya...hari2 beli. Beli la sebab wife dia pernah cuba buat...tapi katanya tak cowwwwwwwww macam kat Bazar ramadhan...huhu...nak wak camanoooo...

Haaaa...taraaaaaaaaa...yang ni airtangan sdn bhd okeyyy...adalah jugak kannnnn...roti jala special...hehe.

DAN 

sekarang jom kita menjamu selera..

  "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang."
"Ya Allah bagi Engkau kami berpuasa dan dengan Engkau kami beriman dan dengan rezeki Engkau kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang." - See more at: http://www.doaharian.mytoha.net/2013/06/doa-berbuka-puasa.html#sthash.nBukBjLd.dpuf
.
Berselera hero2ku menjamu selara

Tak ambil peduli dah orang nak tangkap gambar...

K...sekian wassalam...:)

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan

Salam ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat Islam....semoga ramadhan kita kali ini lebih baik dari sebelum ni...jom!!!


 

 *** 
Dah lama tidak ber"n3"...terima kasih pada semua yang sudi bertandang ya!!!....:)


Thursday, March 28, 2013

Maaf & Memaafkan

Dalam hidup ni kita tidak boleh lari dari salah dan silap. Sifat manusia tak semuanya sempurna. Dan jangan sesekali mengharapkan kesempurnaan orang lain kerana kita sendiripun tidak sempurna dalam semua perkara. Justeru kalau ada salah dan silap tu tak salah kalau kita cepat2 minta maaf @ cepat2 memaafkan. Tak kiralah salah siapa...kita/orang lain...memohon maaf dan memaafkan adalah suatu tindakan yang bijak untuk kesihatan hati dan minda. DAN tak perlu tunggu hari raya untuk saling maaf memaafkan. Jiwa kita ni kalau nak bersih...sifat maaf memaafkan ni penting.



*** jom sama2 muhasabah diri! Permusuhan tidak membawa kita ke mana2.

~SEKIAN WASSALAM~

Saturday, March 23, 2013

Edisi Tayang Makanan

Salam semua! Selamat berhujung minggu...dan pada adik2 yang masih bersekolah...selamat bercuti rehatkan minda dan rehatkan diri selama seminggu. Tapi jangan abaikan tanggungjawab, belajar tetap belajar k! Kerja yang cikgu bagi jangan lupa buat...dan rajin2kan diri untuk ulangkaji pelajaran tau!!! Seperti biasa...bila cuti sekolah ni tentunya ramai ambil kesempatan untuk balik kampung...akupun nak balik jugak...walaupun cuma 2 hari...jadilah. K, lari tajuk jap...jom kita berbalik pada tajuk asal...makanan...hehe. Tak nak citer panjang2...Meh! layan gambar sambil stori mori ya!!!

 Apa yang otai...apa yang no.1 di Malaysia???...ermmmm sila lihat gambar bawah...tu la dia...:)

  Ini haaaaaaaa...burger Otai no.1 di Malaysia. Kalau anda nak tau best ke tak...cubalah ya! 

Ini versi tayang masakan sendiri...cream puff percubaan pertama. Dah lama teringin nak buat...dan akhirnya kejadiannya terhasil jugak awal Mac aritu. Nak senang kerja aku main sudu2kan ajer...tade munga2...tapi tetap cantik kannnnnn?(hehe...versi nak sedapkan hati). Jangan persoal tentang rupanya...tapi persoalkan soalnya rasa...bila lulus pada tekak en.suami...kukira misi ini berjaya...:)...alhamdulillah. Resepinya aku ambil kat blog Dapur Mamasya...dan kalau nak tengok resepinya sila ke SINI ya!!!

 Sesekali ubah selera mat saleh walau aku ni tekak melayu original...tapi untuk citarasa en.suami aku rajinkan diri mencuba beberapa resepi ala2 mat saleh ni. Resepinya ala2 suka hati dan syok sendiri...kalau anda nak...sila google ya...banyak di pasaran...:)

 Taraaaaa...jemput makan!!! ...:)

Ini feveret en.suami...yong taufuuuuuuu....dua pilihan kuahnya...satu yang "pedas" satu "sup"...selalunya kuah pedas jadi pilihan kami. Heroku Faris selalunya makan tanpa kuah...kalau ambik sup pun dia tak makan. Gambar kuah lupa snap...akan di snap d masa akan datang...:) ...k, banyak kerja mahu dibereskan...permisi dulu...

~sekian wassalm~

Friday, March 15, 2013

AZAB BAGI YANG TIDAK SEMBAHYANG


AZAB BAGI YANG TIDAK SEMBAHYANG

14 JENIS SEKSAAN..

5 SEKSAAN DI DUNIA:
1.Dicabut berkat umurnya(hidup susah dan tidak aman damai)
2.Dihapuskan tanda orang soleh dimukanya(wajahnya tidak bercahaya)
3.Setiap amalan kebajikan yang dilakukan tidak diberi pahala oleh Allah.
4.Doanya tidak dimakbul oleh Allah.
5.Tidak tergolong kedalam golongan Mukmin yang mendapat bahagian daripada doa orang yang soleh.

3 SEKSAAN KETIKA HENDAK MATI
1.Mati hina.
2.Mati dalam keadaan kelaparan.
3.Mati dalam keadaan dahaga yang amat sangat.

3 SEKSAAN DALAM KUBUR
1.Disempitkan kubur sehingga hancur tulang rusuknya.
2.Dinyalakan api didalam kubur untuknya,maka bergelumanglah didalam api siang dan malam.
3.Datang menggigitnya ular yang bernama 'SYUJA',matanya dari api neraka dan kukunya daripada besi panas neraka dan menggigit setiap ketika sehinggalah hari kiamat.

3 SEKSAAN SEMASA KELUAR DARIPADA KUBUR UNTUK KE AKHIRAT
1.Diberatkan hisab(banyak soal jawab)
2.Dimurkai oleh Allah.
3.Dimasukkan kedalam api neraka.
***(ustaz Dato' Haji Ishak Baharom)

 
***buka fb pagi ni terbaca pasal ni...jadinya tak salah kiranya saya copy paste dan kongsikan kat sini...sebagai peringatan untuk diri sendiri juga. 
*** SOLAT ITU TIANG AGAMA...jadi jangan sesekali mengabaikannya ya walau sesibuk manapun kita dengan urusan dunia! 

~ SEKIAN, WASSALAM! ~

Tuesday, March 5, 2013

Pulut Kuning

Salam semua...hari ni nak tayang pulut kuning yang kejadiannya minggu lepas. Ini berikutan keinginan tekak ni nak makan pulut kuning ekoran minggu sebelumnya jiran ada bagi pulut kuning+rendang. Biasalah benda kalau dah sikit...sedapppp sangat rasanya. Disusuli pulak lepas tu tertengok rancangan masakan kat tv...adalah sorang chef tu masak pulut kuning...pelagi, keinginan tu kian membuak. Bila terjah ke dapur ada pula beras pulutnya...maka chef hebat nipun merajinkan diri menunjukkan skil dan kepandaian membuat pulut kuning yang dikukus dan di"arun". Ini adalah percubaan pertama chef berbekalkan pengalaman melihat ibunda tercinta dan nenda yang pernah membuat benda ni. Maka...dengan itu inilah kejadiannya taraaaaaaaaaaaa....cantik tak? hehe...syok sendiri kannnnnn..;)

Dipadankan dengan telur dadar nipis gulung yang di hiris halus warna warni lagi. Ingat dulu2 tiap kali ada orang khatam Quran mesti mak ayah mereka buat pulut kuning macam ni + gulai ayam @ daging untuk dijamu kepada rakan2 di rumah guru Quran.


Sedia untuk dimakan....:) Kebetulan rendang semalamnya ada lagi...padanan yang sesuai dan sedap...ermmm yummy...


Pada hari yang sama...kerajinan tu lebih sikit, maka buat la pizza simple ni. Anakanda Faris suka walaupun kejadiannya tersangatlah ringkas. Ala2 telur dadar jer...cuma di celup roti, di tabur sosej, bawang, sos, cheese...siap...resepinya lupa pulak dapat kat mana...tapi dari blog jugak la...k, jemput makan!!! 

Ok, berundur dulu...jom sama2 kita doakan masalah di Sabah dapat diselesaikan seberapa segera dengan cara aman...amin!..wassalam!