Assalamualaikum! Alhamdulillah hari ni...Ahad 5 Ogos 2012 bersamaan 16 Ramadhan 1433 H timbul idea untuk mengolah sedikit resepi myChef atas sedikit kerajinan yang ada. Idea ni timbul setelah mengular dekat blog
Koleksi 1001 Resepi. Tujuan asal nak cari resepi biskut raya...last2 ternampak resepi menarik kkida dan hasilnya...timbul idea ni...Makaroni Beef Keema Masala Bakar.
Dan produk
myChef yang dipilih adalah Beef Keema Masala resepi dari Chef Liza yang mendapat banyak komen positif dari mereka yang pernah mencuba masakan ini. Jadi...bila idea datang tu...teringat la pada contest yang dianjurkan myChef iaitu
The Gourmet Blog Challenge. Dah ada idea, tak salah mencubakan. Lagipun setakat yang diketahui cuma satu penyertaan saja yang ada setakat ini iaitu dari
Ibu Yusuf. Melihat entri dialah membuatkan diri ni lebih bersemangat...tapiiiiiii...kenelah mencuba hasilnya dulu...mana tahukan...olah punya olah...soalnya rasa tak lulus. Jadinya bila dah cuba Makaroni Beef Keema Masala Bakar waktu berbuka tadi...rasanya lulus la pada tekak sendiri...maka cubalah mengadu nasib dengan menyertai contest ini.
Taknak cerita panjang...jom kita layan step by step cara nak menghasilkan Makaroni Beef Keema Masala Bakar ni melalui gambar!!!
Pertama sekali...kita rebus makaroni bersama sedikit garam hingga lembut.
Keduanya panaskan produk myChef Beef Keema Masala menggunakan kuali(kalau nak guna microwave seperti langkah yang diberikan pada kotak produk tersebut pun boleh). Dan...di bawah ini adalah 2 bahan utamanya.
Langkah seterusnya kita sediakan sos ini. Saya guna 1 cawan susu cair + 1/2 cawan air, 2 biji telur, 3 sudu besar tepung gandum, sedikit garam dan lada sulah. Campur semua bahan dan kacau sebati.
Seterusnya masukkan makaroni yang telah direbus dan ditoskan tadi ke dalam bekas seperti di bawah. Tapi sebelum itu bekas tersebut hendaklah disapu dengan sedikit marjerin/butter.
Diikuti dengan sosnya
Masukkan pula Beef Keema Masala yang telah dipanaskan tadi
(lebih kurang satu sudu makan penuh).
Dan taburkan hirisan daun bawang dan daun sup....
Koyakkan2 cheese dan taburkan atasnya
Akhir sekali letakkan sedikit sos cili...siap. Lepas tu boleh la dibakar dalam oven selama 20-25 minit dengan suhu 200 darjah celcius.
Taraaaaaaaaaaaaa...siap dibakar
Dan inilah hasilnya.........(gambar kelabu...macam biasa guna hp mahal...;)
Dan ini dalamnya...
Ok...selamat mencuba pada yang berminat. Kepada
myChef terima kasih kerana memudahkan kerja masak memasak ibu2 di dapur! Saya tinggal entri ini dengan pantun 2 kerat
Makaroni Beef Keema Masala enak sekali
Kalau tak cuba tentunya rugi
Pergi ke kedai membeli sotong
Moga entri ini membawa untung
OK
Sekian...Wassalam...;)
*
*
*
UPDATE: Sudi2kan untuk menge"like"
DI SINI ya!!! Sokongan anda penghargaan besar buat saya...didahulukan dengan ucapan TERIMA KASIH...;)