Alhamdulillah...kupanjatkan syukur padaMu ya Allah kerana telah mengembalikan keceriaan dalam rumahku syurgaku. Sudah beberapa hari keriuhan itu hilang lantaran anakanda tercinta "Ahmad Faris" tidak bersuara...;( ...sedih bila mengenangkan saat itu. Tidak mahu buka mulut...tidak berkata2 walau sepatah, tidak juga pada 'makan". Luluh hati ibu melihat keadaannya...apalagi melihat raungan dan deraian airmata akibat kesakitan yang amat ketika mulutnya dipaksa buka untuk menyapu ubat. Apalagi...dah terkenal dengan "sensitifnya" hati seorang ibu ni...akupun turut sama mendermakan mutiara jernih ini.
"Ya Allah! moga saat sebegitu tidakkan berulang lagi...moga satu2nya puteraku ini dikurniaan kesihatan yang baik sentiasa. Moga dipanjangkan umur beliau dalam keaadaan yang sihat sejahtera sebagai anak yang soleh. Moga beliau membesar dalam lindunganMu sentiasa ya Allah! Agar berjaya hidupnya di dunia lebih2 lagi akhirat...amin3x!!!"
Khamis lepas(29/3/12) badan Faris mulai panas. Dah seminggu dia selsema dan batuk2...tapi alhamdulillah tak melarat. Demampun tidak masa tu. Khamis malamnya suhu badan dia makin panas...awalnya aku ingat biasa2 jer. Tapi bila dah makin tinggi suhunya aku tengok2 kat tangan dan kaki dia ada bintik2 merah. Lepas tu cek kat mulutpun ada. Bila tengok camtu hati aku ni dah mula risau...mungkin kene "demam campak" kot. Esoknya bangun tidur...aku cek suhu badan dia...ok jer. Cek kat kaki...merah2 tu takde. Tapi kat tangan masih ada. Tapi sikit jer. Ingatkan nak g klinik pagi tu...dah tengok ok tu...suruh dia pergi sekolah la. Masa jemput dia balik sekolah tu...tengok moyok semacam jer...hati aku mula risau. Badan dia panas...kaki tangan mulut...penuh bintik2 merah. Lepas balik makan mandi...terus bawa dia g klinik. DR cakap...kena jangkitan virus kaki tangan dan mulut(coxsackie). Sobsobsob...sebelum g klinik tu aku dah agak dah...sebab merah2nya banyak di bahagian kaki tangan dan mulut...dan cuma sedikit saja di bahagian punggung dan sendi.
Jumaat tu dia masih boleh makan. Tapi dah 2,3 hari seleranya berkurang. Ingatkan normal la sebab selera kanak2 ni kadang ok kadang2 tak ok. Lagipun dia selsema+batuk. Rupa2nya nak naik benda tu. Hari sabtu bermula la episod menyayat hati. Paginya masih bercakap lagi...tapi dah tak berapa nak buka mulut. Nak masuk tengahari tu...mulutnya dah tak mahu buka dah. So bila dah jadi gitu...malamnya bawa Faris g klinik skali lagi...;( Nak minta ubat sapu kat dalam mulut tak bagi sakit(kebas) sebenarnya. Masa 1st pergi klinik hari tu DR tak bagi ubat tu...mungkin sebab merah2 jer belum melecur lagi.
Ringkasnya cerita ...Ahad Isnin Selasa...dia main bahasa isyarat. Pe2hal...main ermmm ermmm ermmm jer. Mulut tak nak bukak...merah2 kat mulut melecur. Bayangkan kita melecur satupun sakit berdenyut2...ini penuh satu mulut n lidah. Hati ni menangis melihat keadaan anak cenggitu. Setiap masa paksa dia minum...buat jus tembikai, sup cendawan, bubur nasi...sikit2 masuk pon jadilah...janji tak dibiarkan perutnya kosong. Walaupun dalam kepayahan...masuk la jugak sikit2.
Dan hari ini...Faris dah kembali ceria. Semuanya dah beransur pulih...insyaAllah. Dia dah boleh makan nasi biasa...bukan lagi bubur. Bercakapnya pun tak henti2...bukan main happy sangat2 dia bila dah sihat...macam ibunya juga..."kupanjatkan kesyukuran padamu ya Allah kerana anakku telah kembali ceria." Esok atau lusa mungkin Faris dah boleh pergi sekolah macam biasa. Kesian dia...dah banyak hari tak g sekolah.
K...doakan kesihatan yang baik untuk kami sekeluarga ya! Moga anda semua juga diberi kesihatan yang baik!!!
Sekian dulu
Wassalam!!!
***gambarnya takde...tak nak tengok n tak nak ingat dah...huhuhu.
No comments:
Post a Comment