Thursday, August 30, 2012

Hikmah Senyuman

Salam semua!

 Entri ni susulan dari lawatan saya ke blog Cikgu Nur. Beliau buat entri ringkas mengenai senyuman...jadi dari situ saya nak kongsikan satu cerita mengenai hikmah memberi senyuman ni. Jom layan cerita ringkas ni....!!!!

*** Penah 1 ketika saya melawat orang sakit. Dia baru beberapa tahun di tempat baru. Ramai orang sekitar yang dia tidak kenali. Tapi-tiap kali bertemu dia lemparkan senyuman dan salam!!! Bila sakit...ramai orang yang tak dikenali melawatnya...bila ditanya kenal di mana...mereka kata selalu bertembung dan berbalas senyum &  salam...itulah salah 1 rahsia disebalik senyuman. 

p/s...moraly of the story...jangan kedekut sedekahkan senyuman. Tapi kenalah bertempat ya...jangan pula senyum menggoda atau yang sewaktu dengannya.

Sekian Wassalam!

Wednesday, August 29, 2012

myChef - gourmet blog challenge


Ingatkan dah tamat tempoh...rupa2nya masih dipanjangkan lagi tempohnya ek...huhuhu...saya ni memang selalu sangat ketinggalan. Pulak2 raya...lagi la tak peka dengan hal2 macam ni. Nak kata raya sakan tak juga...tapi masih dalam mood aka demam2 raya...hehe. 

Okeyh...oleh kerana masih ada masa...nak promote + minta tolong pada yang sudi untuk menyokong(chewah...cam nak jd calon YB la pulak) aka menge"like" foto ni ya...pergi ke LINK NI n like...Terima kasih pada yang memberi sokongan ya!!!!.....;))))))))))

Okay...Salam Syawal yang ke 11! Mesti hujung minggu ni ramai yang akan memenuhi undangan rumah terbuka...yang masih dalam mood raya tuuuuuuu...kerja leklok ya!

Sekian Wassalam

Tuesday, August 28, 2012

Surah2 Amalan Untuk Ibu Mengandung


p/s : Seeloknya baca Surah dan Terjemahan sekali agar kita tahu apa yang kita baca dan penceritaan dalam Surah2 tersebut!!!... :)

Sunday, August 12, 2012

Agenda Biskut Raya

Salam semua! Sekarang ni dah ada dalam mood raya...yeyyyy yeeyyy balik kampung...ahahhh...kalah budak kecik kannnnnnn? Pepun ni nak citer sikit pasal agenda biskut rayaku tahun ni. Bukan apa...dah lama sangat tak buat biskut raya ni...asyik tunjuk2 jer. Rasanya last buat masa sekolah2 dulu...wahhhhhhh...lamo bebenor. Tapi betul...lepas tu kalau buatpun tolong2 orang je adalah. Masa sekolah dulupun buat sebab dipaksa oleh kakak ipar. Hihihi...mungkin dia kesian tengok adik iparnya ini tak reti nak mem"biskut" raya(kellas BM)..huhu. Yelah...omaknya tak pernah buat biskut...asal rayo jer...ketupat...tupun sampai sudah eden tak reti nak membungkusnya...terukkan???isy3x. Takpo la...janji tahun ni eden buat...aik..awat yang jadi bahaso rojak ni...kikiki...kitakan 1 Malaysia.

Lupakan pasal citer lama2 tu. Ni kita citer pasal tahun ni. Agenda biskut raya ini tahun bermula Sabtu lepas(15 ramadhan). Hari sabtu tu...aku hangkut my lalink n my hero pegi shoping itu bahan2 nak buat biskut. Tapi masa bawa balik bahan2 tu...masih lagi dalam mood jadi ke tidak ni???...so...ni hah antara bahan2 yang dihangkut...


Malamnya...memang ada dalam fikiran nak memulakan agenda...tapi hari tu penat sangat rasanya. Pepun dalam penat2 tu...anak teruna sorang tu tak sabar2 duk pujuk ibunya ni buat "cookies"...maka agenda terpaksa la diteruskan. Masa tu belum ada idea nak buat biskut apa. Yang hero sorang tu tak sabar nak guna acuan tekap yang dia pilih...huhuhu...memandai jerk dia. Jadi...dalam takde idea tu maka maknye inipun buat la biskut "hantam jerlah"...hahaha...ditekap2 dengan pelbagai bentuk....huhu...takpelah...janji masih nampak rupa biskut raya. Ni hah kejadiannya...maaf la snap dalam bekas...nampak macam biskut tak?...huhu. 


Hari ini Ahad...ramadhan yang ke 23...aku kira agenda biskut raya yang last. Bermula sabtu lepas...setiap hari, kadang selang sehari aku mula buat biskut...selalunya malam2 la. Yang seronoknya dibantu sukarela oleh hero2ku. Sorang tu ikut mood...sorang lagi tu tukang kasik gegar...hihihi. Adunan aku buat...yang lain time ada pembantu sukarela tu...aku serahkan kat mereka la...tapi masih dalam seliaanku. Jadinya...dalam kalut melalut, mood malas2 rajin tu...akhirnya dapat la juga aku menyiapkan beberapa jenis biskut raya...kejadiannya walau tak berapa nak cantik...nampak la jugak rupanya macam biskut raya. Soalnya rasa ...boley la. Dan salah satunya biskut Arab Susu....my feveret tu. Kejadiannya...aku puas hati...kene ngan tekakku...walaupun ia digontel2 agak besar oleh pembantuku(kes nak cepat siap...huhu). Selain tu ada juga biskut tat nenas n tart gulung....juga cornflakes rangup.


 

Dan...inilah kesemua hasilnya yang akan dihangkut balik kampung...insyaAllah. Tambahan 3 balang last...lupa snap...dah siap packing masuk beg...semangat nak balik kampung dah...hehe. Taraaaaaaaaaaaaa....inilah hasilnya....


Ada rupa biskut raya tak?

 Ok...mood raya sudah datang...pepun jangan lupa gandakan amalan dipenghujung ramadhan ni ya!!! 

*
*
*
Sekian...wassalam...;)

Thursday, August 9, 2012

Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar



Kita dah masuk 10 malam terakhir ramadhan. Bila sebut pasal tu...tentunya kita akan  teringat akan hadirnya satu malam istimewa pada 10 malam terakhir itu yang dinamakan malam Lailatul Qadar. Pagi tadi bila jenguk FB ada kawan yang share Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar yang diambil kat sini MyIbrah. Pepun suka untuk saya kongsikan juga di sini sebagai rujukan dan sumber ilmu kita bersama..insyaAllah.
*
*
*
Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda malam qadar ialah :
  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
  3. Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.

Sumber asalhttp://syedsallehalattas.blogspot.com/

Sekian...wassalam!

*** Sudi2kan untuk menge"like" DI SINI ya!!! Sokongan anda penghargaan besar buat saya...didahulukan dengan ucapan TERIMA KASIH...;)

Wednesday, August 8, 2012

Rendang Daging Sure Sedap




Salam semua! hari ni kita dah masuk 19 ramadhan...bermakna dah masuk 19 hari kita berpuasa. Tapi kalau ada yang ter"miss" tu pastikan anda ada alasan yang munasabah ya...;) Bila dah 19 hari...maknanya lagi seminggu lebih kita nak sambut raya...ermmm...keterujaan nak raya dah mula terasa dah ni. Yang pasti...moga2 kita semua sentiasa diberikan kesihatan untuk sama2 memeriahkan aidilfitri nanti...insyaAllah...amin3x.

Masih dalam kuali lagi...;)
La...tajuknya RENDANG...citernya pasal RAYA plak...huhuhu...salah citer ek? Oklah...sekadar nak kongsi resepi rendang ni. Saya masak hujung minggu hari tu. Resepinya saya ambil dari My Resipi...sila ke link ini untuk dapatkan resepinya. Soalnya rasa tersangatlah kena dengan selera saya seisi keluarga. Cubalah...tak rugi kalau anda mencuba kerana ia betul2 sedap...sebab tu sangat teruja untuk saya kongsikan di sini. DAN untuk rempah kurma yang digunakan tu saya gunakan rempah kurma Babas(resepi ni dia gunakan rempah kurma bukan rempah rendang. Sekadar penambah rasa). Pada rakan2 GA kkida hari tu...cubalah...hari tu kan Babas ada bagi rempah ratusnya...siap dengan bekas rempah ratus lagi...;) Nanti kita cuba pula rendang versi Rempah Rendang Babas.

K...Selamat Mencuba...Wassalam
 *
*
*
pssstttt...kalau sudi...sila ke link ni INI dan  "like" gambarnya ya!!! sokongan anda amat2 saya hargai...;)

Monday, August 6, 2012

Makaroni Beef Keema Masala Bakar

Assalamualaikum! Alhamdulillah hari ni...Ahad 5 Ogos 2012 bersamaan 16 Ramadhan 1433 H  timbul idea untuk mengolah sedikit resepi myChef atas sedikit kerajinan yang ada. Idea ni timbul setelah mengular dekat blog Koleksi 1001 Resepi. Tujuan asal nak cari resepi biskut raya...last2 ternampak resepi menarik kkida dan hasilnya...timbul idea ni...Makaroni Beef Keema Masala Bakar.

Dan produk myChef yang dipilih adalah Beef Keema Masala resepi dari Chef Liza yang mendapat banyak komen positif dari mereka yang pernah mencuba masakan ini. Jadi...bila idea datang tu...teringat la pada contest yang dianjurkan myChef iaitu The Gourmet Blog Challenge. Dah ada idea, tak salah mencubakan. Lagipun setakat yang diketahui cuma satu penyertaan saja yang ada setakat ini iaitu dari Ibu Yusuf. Melihat entri dialah membuatkan diri ni lebih bersemangat...tapiiiiiii...kenelah mencuba hasilnya dulu...mana tahukan...olah punya olah...soalnya rasa tak lulus. Jadinya bila dah cuba Makaroni Beef Keema Masala Bakar waktu berbuka tadi...rasanya lulus la pada tekak sendiri...maka cubalah mengadu nasib dengan menyertai contest ini. 

Taknak cerita panjang...jom kita layan step by step cara nak menghasilkan Makaroni Beef Keema Masala Bakar ni melalui gambar!!!

Pertama sekali...kita rebus makaroni bersama sedikit garam hingga lembut.


Keduanya panaskan produk myChef Beef Keema Masala menggunakan kuali(kalau nak guna microwave seperti langkah yang diberikan pada kotak produk tersebut pun boleh). Dan...di bawah ini adalah 2 bahan utamanya.


Langkah seterusnya kita sediakan sos ini. Saya guna 1 cawan susu cair + 1/2 cawan air, 2 biji telur, 3 sudu besar tepung gandum, sedikit garam dan lada sulah. Campur semua bahan dan kacau sebati.


Seterusnya masukkan makaroni yang telah direbus dan ditoskan tadi ke dalam bekas seperti di bawah. Tapi sebelum itu bekas tersebut hendaklah disapu dengan sedikit marjerin/butter.


Diikuti dengan sosnya


Masukkan pula Beef Keema Masala yang telah dipanaskan tadi 
(lebih kurang satu sudu makan penuh).


Dan taburkan hirisan daun bawang dan daun sup....


Koyakkan2 cheese dan taburkan atasnya

Akhir sekali letakkan sedikit sos cili...siap. Lepas tu boleh la dibakar dalam oven selama 20-25 minit dengan suhu 200 darjah celcius.


Taraaaaaaaaaaaaa...siap dibakar


Dan inilah hasilnya.........(gambar kelabu...macam biasa guna hp mahal...;)


Dan ini dalamnya...


Ok...selamat mencuba pada yang berminat. Kepada myChef terima kasih kerana memudahkan kerja masak memasak ibu2 di dapur! Saya tinggal entri ini dengan pantun 2 kerat

Makaroni Beef Keema Masala enak sekali
Kalau tak cuba tentunya rugi

Pergi ke kedai membeli sotong
Moga entri ini membawa untung

OK
Sekian...Wassalam...;)
*
*
*
UPDATE: Sudi2kan untuk menge"like" DI SINI ya!!! Sokongan anda penghargaan besar buat saya...didahulukan dengan ucapan TERIMA KASIH...;)

Friday, August 3, 2012

Cerita Tentang Pasar Ramadhan

Salam ramadhan yang ke 14 buat semua umat Islam. Moga kita semua dalam keadaan sihat sejahtera untuk terus beramal di bulan penuh keberkatan ini...dan seterusnya akan meraikan Syawal yang mulia nanti...insyaAllah.



Ni nak ringkas citer pasal pasar ramadhan(param)...

* Makanan yang dibeli kebanyakkannya mengecewakan...ada yang langsung takde rasa. Kalau sup tu...rasa macam air kosong yang diletak garam jer. Yang lemaknya langsung tak rasa santan. Bab masin manis tu boleh la diterima sebab puasakan...tak boleh nak rasa. 

* Makanan yang dipanas/dihangatkan lebihan jualan semalam. Yang ni rasanya ramai yang pernah terkena. Kalau kuah tu...mungkin dia campur yang semalam punya. Itu yang kadang2 bila kita makan ada rasa yang kurang menyelerakan sikit. DAN yang tak bestnya...ada yang dah basi. Ya Allah...moga peniaga2 kat param tu sedar yang mereka berniaga tu juga satu ibadah...bukan nak kaut keuntungan semata2. Tapi kalau dah gitu caranya...dah dapat dosa free.

* Tidak menjaga kebersihan...banyak di kalangan peniaga ni tidak menutup jualan mereka. Kadang2...cik lat(lalat la tu)...merewang2 kat situ. Bukan saja lalat...param ni kan letaknya kat tempat terbuka...lokasinya pula kebanyakkan kat tepi2 jalan. Jadi tentunya banyak habuk2 kat situ...so, apa cerita pakcik makcik adik kakak...soal kebersihan penting jugak tau. Selain makanan...empunya badan(peniaga) tupun kenelah tampak kemas dan bersih. Terutama tangan yang nak ambik makanan tu...kalau dah kuku panjang...hitam lak tu...lalu ker customer nak beli makanan kita. Kalau aku...nak beli makanan tu...1st memang tengok orang yang menjualnya dulu...kalau semacam jer...memang tak jadi terus wallllllllllauuuuuuuuupun makanan yang dijual nampak sedap.

* Peniaga kene sabar...kene ada mesra pelanggan. Senyum kene ada...jangan lak masam macam nak tak nak jer berniaganya. Cakap pasal ni...aku ada citer sikit. Minggu pertama ramadhan rasanya. Aku singgah la satu gerai jual mee, bihun dan segala sup2 tu. Kedai tu dikendalikan oleh sorang makcik(50-an) dengan dua anak lelakinya(lebih kurang 12 dan 17 tahun). Itu kali kedua aku singgah gerai tu...bihun sup dia ok la jugak. Jadi dah 1st beli ok...nak la beli lagi. Masa tengah menunggu sup di bungkus tu ada sorang pakcik nak beli sup...dia minta daging di potong besar2(yang macik tu jual...dia potong kiub kecik2). Pakcik tu berurusan dengan anak lelaki yang besar. Bila dah pakcik tu mintak lain dari yang lain...si anak suruh la ibunya buatkan. Dia serahkan plastik yang berisi bihun pada maknya...dan dengan garangnya makcik tu letak(ala2 baling) plastik bihun tu sambil membebel "banyak songeh pulak...kita tak jual macam tu...nak beli arah2 pulak...bla bla bla"...apa lagi..pakcik tupun terus blah. Tapi makcik tu terus bla bla bla...maka telinga aku dan sorang lagi customer la yang jadi mangsa. Si anak tertunduk sikit sambil buat kerja...mungkin malu dengan tindakan maknya. Sampai la aku selesai membeli dan berlalu...bebelan makcik tu belum lagi habissss...huhuhu. Renung2kan. Berbaik sangka jerlah...mungkin dia penat kowtttttt...tu yang tak bole nak sabar..lagi2 puasa...huhuhu.

Ermmmm...setakat ni jelah dulu akak nak citer. Tapi nak simpulkan sikit dari apa yang diperkatakan kat atas tu...
*** kalau nak pastikan makanan itu sempurna dari segi rasa, kebersihan +++...eloklah kita amalkan masak sendiri kat rumah. Cuma...kalau yang tak sempat tu...kena pandai2lah pilih gerai/kedai yang menjual makanan yang "baik"(ada rasa +bersih) untuk kita seisi keluarga. 

Ok...SEKIAN...wassalam!!!...;)