Monday, August 6, 2012

Makaroni Beef Keema Masala Bakar

Assalamualaikum! Alhamdulillah hari ni...Ahad 5 Ogos 2012 bersamaan 16 Ramadhan 1433 H  timbul idea untuk mengolah sedikit resepi myChef atas sedikit kerajinan yang ada. Idea ni timbul setelah mengular dekat blog Koleksi 1001 Resepi. Tujuan asal nak cari resepi biskut raya...last2 ternampak resepi menarik kkida dan hasilnya...timbul idea ni...Makaroni Beef Keema Masala Bakar.

Dan produk myChef yang dipilih adalah Beef Keema Masala resepi dari Chef Liza yang mendapat banyak komen positif dari mereka yang pernah mencuba masakan ini. Jadi...bila idea datang tu...teringat la pada contest yang dianjurkan myChef iaitu The Gourmet Blog Challenge. Dah ada idea, tak salah mencubakan. Lagipun setakat yang diketahui cuma satu penyertaan saja yang ada setakat ini iaitu dari Ibu Yusuf. Melihat entri dialah membuatkan diri ni lebih bersemangat...tapiiiiiii...kenelah mencuba hasilnya dulu...mana tahukan...olah punya olah...soalnya rasa tak lulus. Jadinya bila dah cuba Makaroni Beef Keema Masala Bakar waktu berbuka tadi...rasanya lulus la pada tekak sendiri...maka cubalah mengadu nasib dengan menyertai contest ini. 

Taknak cerita panjang...jom kita layan step by step cara nak menghasilkan Makaroni Beef Keema Masala Bakar ni melalui gambar!!!

Pertama sekali...kita rebus makaroni bersama sedikit garam hingga lembut.


Keduanya panaskan produk myChef Beef Keema Masala menggunakan kuali(kalau nak guna microwave seperti langkah yang diberikan pada kotak produk tersebut pun boleh). Dan...di bawah ini adalah 2 bahan utamanya.


Langkah seterusnya kita sediakan sos ini. Saya guna 1 cawan susu cair + 1/2 cawan air, 2 biji telur, 3 sudu besar tepung gandum, sedikit garam dan lada sulah. Campur semua bahan dan kacau sebati.


Seterusnya masukkan makaroni yang telah direbus dan ditoskan tadi ke dalam bekas seperti di bawah. Tapi sebelum itu bekas tersebut hendaklah disapu dengan sedikit marjerin/butter.


Diikuti dengan sosnya


Masukkan pula Beef Keema Masala yang telah dipanaskan tadi 
(lebih kurang satu sudu makan penuh).


Dan taburkan hirisan daun bawang dan daun sup....


Koyakkan2 cheese dan taburkan atasnya

Akhir sekali letakkan sedikit sos cili...siap. Lepas tu boleh la dibakar dalam oven selama 20-25 minit dengan suhu 200 darjah celcius.


Taraaaaaaaaaaaaa...siap dibakar


Dan inilah hasilnya.........(gambar kelabu...macam biasa guna hp mahal...;)


Dan ini dalamnya...


Ok...selamat mencuba pada yang berminat. Kepada myChef terima kasih kerana memudahkan kerja masak memasak ibu2 di dapur! Saya tinggal entri ini dengan pantun 2 kerat

Makaroni Beef Keema Masala enak sekali
Kalau tak cuba tentunya rugi

Pergi ke kedai membeli sotong
Moga entri ini membawa untung

OK
Sekian...Wassalam...;)
*
*
*
UPDATE: Sudi2kan untuk menge"like" DI SINI ya!!! Sokongan anda penghargaan besar buat saya...didahulukan dengan ucapan TERIMA KASIH...;)

19 comments:

ainnoraini said...

Mmg nnpk menarik dan sedap..boleh cuba ni..

Zefa NorAsmara said...

Weewit... Sedapnya. Go kak zurina go!!

#ciksuzlin said...

nak try buat lah~

Zurina said...

k.ain...sila cuba...sgt sesuai untuk juadah berbuka...;)

Zefa...weewit...thanks ya!!!

suzlin...sila cuba ya!..:)

sudi2lah *menge"like" photo kt page myChef ya!...;)

Sari Yusa Ibrahim said...

telan-telan air liur, mesti sedap.. dah hantar link kat myChef fb lom, nt akak tlg like..

Good luck, Zurina :-)))

Zurina said...

Sari...cubalah buat utk juadah ptg ni! dh link kt fb mychef...jgn lupa like ya...thanks...;)

susumanis said...

yummeh..nanti kita like jugee..all d best yee

Salmi Khairil said...

good luck..ini kena sertai cepat nie, dah macam2 resepi yang ader..nanti saya like ok

Aziela said...

Menarik dan nampak mudah sangat. Harus cubalah weekend nie kan..

Zurina said...

susumanis, salmi & aziela...thanks ya! meh la sama2 kita meriahkan contest ni!!!

FnF Simple Life said...

fuhhh...mmg best laaa... nak join contest tapi kat jepun take lagi produk mychef so far... ada brahims je...hmmm :(

Zurina said...

FnF...jauhnya merantau...myChef xde, brahimspun jadilah..;)

ieda said...

hurmm menarik
bila tgk langkah2 tuu
same macam cheese bake pasta lah dik ekekek
nanti nak try
bezanya letak dlm bekas macam tu kan ;)

Nurul Akmal said...

Oh tidak.. nampak sungguh sedap dan sgt menyelerakan.. hehehe

Zurina said...

ieda..mcm cheese bake pasta ek...sy ni kurang arif pasal masakan ni...tu yg suka terjah blog masakan...bole gak tambah ilmu...;)

Nurul...nampak sedap...nti cubalah buat...mana tau ia benar2 myelerakan...l((((((

Nur-nba said...

Salam.. Kak, Nur dah klik 'like'.. Good luck.. Menarik untuk dicuba..

Zurina said...

TQ nur!!! jom join skali!!!...;)

Mummy Akmar said...

Salam Perkenalan..

Sedapnya resipi ni! Meleleh air liur..

Hehe

tqazai said...

sedap nye..nk try jgk la :D