Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri Untuk Semua!

Hari raya bakal tiba,
Moga disambut dengan meriah,
Bila raya sudah menjelma,
Moga ibadah diterima Allah.
...insyaAllah


Selamat Hari Raya untuk semua umat Islam!!!

Wednesday, August 24, 2011

Senyum

Senyum...ramai yang mengabaikan senyum walaupun tahu bahawasanya "senyum itu adalah sedekah"

Dalam satu rancangan temubual dengan ustazah kt TV...menyatakan...kenapa kita hanya nampak ibadat yang besar2(solat,puasa,sedekah...) tanpa memikirkan ibadat dan barakah yang kecil...contohnya senyum. Jumpa seseorang...masammmmmmm jer. Nak senyum punyelah susah sangat...orang senyumpun dia masih menyimpan senyumnya itu. Terputus urat senyum kah?

Disuruh...supaya kita senyumlah kerana Allah...kerana kita akan dapat berkat dan pahala dari amalan itu. Sekalipun senyum kita itu tidak berbalas....ingatlah bahawa kita senyum tu kerana Allah...dan insyaAllah akan datang keberkatannya kepada kita. Dan bila senyum kita itu tak berbalas...jangan pula kita pasang niat "malas aku nak senyum dekat si pulan2 tu(contoh) sebab bila senyum dia tak pernahpun nak senyum balik"..ahaaaaa...itu salah. Niatkan "biarlah dia tak balas senyumku kerana aku senyum kerana Allah." Malah diceritakan...kalau ikhlas senyuman kita itu kerana Allah...malaikat akan mendokan kebaikan untuk kita.

So, marilah sama2 kita sedekahkan senyuman yang ikhlas kerana Allah...insyaAllah sama2 kita akan mendapat keberkatan darinya.

***Tapi jangan pulak kita menyalahgunakan senyuman itu kepada senyuman menggoda atau manja atau ngada2 dan yang sewaktu dengannya...;)

Sekian...as-salam!

Tuesday, August 16, 2011

Pertengahan Ramadhan


Hari ni dah masuk hari ke 16 kita berpuasa. Cepat ya masa berlalu...dengan itu separuh peluang untuk mendapat habuan sudah berlalu. Sudah tertunaikah azam dan tekad yang kita ikrarkan pada awal Ramadhan? Adakah ia dapat dicapai pada penghujungnya? Jika ada kecuaian dan kelalaian pada hari-hari yang berlalu, jadikan ia sebagai pengajaran. Moga separuh masa lagi yang ada akan dapat kita manfaatkan dengan lebih bermakna & penuh keazaman....insyaAllah.

***PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI

Wednesday, August 10, 2011

Hasilku...;)

Sebelum ni ada buat N3 pasal "popia simpul"...tanya macamana nak simpul. Bukan apepun...popia ni memang my feveret. Tengok orang buat simpul2 macam cantik jer...tapi macam susah. Sebelum ni memang aku pernah buat, tapi main gulung2 jer walaupun tak cantik...soalnya rasa kira ok la..;) So, beberapa hari yang lepas aku cuba la membuatnya...inti guna serunding ikan(beli...tak reti nak buat). Rupa2nya tak susah untuk menyimpulnya...yang susahnya bila kulit popia dah kering(bila lama2 terdedah kot)...maka masalah la sikit. Kalau dah jadi macam tu...tak boleh la nak simpul...dia jadi rapuh...huhu. Maka...dari itu...lepas percubaan pertama tu...timbul la "kemalasannya"...huhu. Tapi lihat la hasilnya(gambar)...sedap...ade sesaper nak tempah?...ehehe...nak ambik tempahan camana...untuk sendiri makanpun tak lepas...isy3x...;)

Hasilnya...sebelum digoreng
Taraaaaaaa...hasilnya...ok la...;)

Tu cerita pasal popia simpul...ni nak tayang pulak air special rekaanku...feveret sekeluarga. Oleh kerana ia adalah ciptaan sdn bhd...maka aku namakan air ni "Air Limau Jelly Special"...ok la tuh...eheh. Dan...inilah rupanya....

Air Limau Jelly Special
(sesuai untuk diminum waktu berbuka)


Yang bawah tu..."colek aple"


"Colek aple" tu adalah hirisan epal yang direndam dalam air garam & digaul dengan sos pencicah buah-buahan. Sedap dijadikan menu selepas terawih...:)

Ok setakat ini dulu ya...As-salam!!!

Thursday, August 4, 2011

Juadah Berbuka

Cepatnya masa berlalu...hari ni dah hari keempat kita berpuasa ya. Sekarang ni ana tengah fikir2kan...apa yer nak masak petang ni? Kalau ramadhan yang lepas2...selalu gak menjenguk bazar ramadhan...bole dikatakan tiap2 hari...huhu. Tapi setakat ni...ramadhan kali ini cuma hari pertama puasa jer juadahnya "cap tunjuk"...mana lagi kalau tak kat bazar ramadhan. Memandangkan hari pertama pergi tu...tengok juadah kat bazar ramadhan tidak begitu menarik hati...jadi hari ke2, ke3 ana masak sendiri lllah. Dan...hari ni pun tengah berkira2 nak masak apa yer untuk juadah berbuka petang ni???

Hari ke2 hari tu...menunya roti jala & kuah kari yang ringkas tapi kawwww(eheh...sendiri masak sendiri puji...ala2 syok sendiri...;). Pastu untuk basahkan tekak yang kering seharian berpuasa tu ana buat la koktail(feberet sekeluarga)+milo ais. Lauknya pula ringkas jer...cuma masak sup sayur & daging goreng biasa2 + ulam2an.

Semalam punya ana masak tomyam campur, telur dadar, berulamkan timun & bendi celur. Memandangkan kuah roti jala masih ada...maka semalam pun ana menjala roti & jala sekali lagi...;). Pencuci mulut masih koktail. Dan...milo ais masih menjadi pilihan.

Hari ni berkira2 nak masak udang gulai kuning + ayam goreng berempah. Tu jela lauknya kot...+++ulam2 untuk aweks muder...hehe walaupun proses penuaan tetap berlaku...huhu. Yang pastinya...tembikai dan kurma sentiasa ada tiap kali berbuka dan sahur.Dan hari ni bercadang nak buat air tembikai...dan pencuci mulutnya puding berkuah. uhuhu...puasa2 ni cakap pasal makan...lagi kering tekak...k dl la ya...selamat berbuka semua (tunggu maghrib dulu k!)

As-salam!


*gambar...ehsan en google...;)