Wednesday, September 29, 2010

Sembahyang Dalam Air

Gambar di bawah menunjukkan pekerja di sebuah syarikat minyak di Arab Saudi. Setiap hari, mereka perlu bekerja di dalam air di tengah laut selama 4-5 jam sehari. Sekiranya pada waktu tersebut masuknya waktu solat, maka mereka akan terus menunaikan solat di dalam air dengan berpakaian selam. Kalau nak keluar ke permukaan dulu, tukar2 baju apa semua mungkin tak sempat, jadi diteruskan sahaja solat di dalam air.

Tak salah!
Sebab hanya solat membezakan antara Islam dan bukan islam...

Sebesar2 pencuri adalah orang yang mencuri dalam waktu solatnya..

Tuesday, September 28, 2010

Teknik Urut Bayi Anda + manfaatnya


Dr Zulkifli, pakar kanak-kanak menyarankan agar semua ibu-bapa mengurut bayi mereka. Banyak faedah apabila mengurut bayi. Paling penting bayi akan di rangsang dan peredaran darah semakin baik.

Bayi akan erat dengan ibu atau bapanya. Selain itu beliau sarankan ibu membaca buku, Al Quran atau cerita sebelum bayi tidur. Ini akan membantu tingkat ketajaman minda anak mereka.


Berikut ada tip atau kaedah urutan yang boleh dijadikan panduan & dikongsi bersama:

Mulakan urutan dengan:

1. Kaki — Urut menghala menjauhi jantung dengan usapan bentuk C. Urutan bermula di buku lali, bergerak ke paha dan balik ke buku lali. Bengkok dan luluskan kaki bayi serta buat pergerakan seperti mengayuh dan lakukannya secara perlahan-lahan. Buat latihan jari dengan membengkok dan meluruskan setiap jari supaya semua sendi digerakkan. Tolak sedikit jari ke belakang perlahan-lahan.

2. Perut — Gunakan kedua-dua tangan. Lebih mudah jika anda di hujung kepala bayi. Urut perutnya perlahan-lahan dalam bentuk huruf U. Pegang kakinya dan bengkokkan hingga ke perut.

3. Tangan — Ulang proses sama seperti mengurut kaki.

4. Dada — Urut dengan menggunakan tapak tangan. Urut ke arah keluar (melintang) dari tengah dada menghala ke atas sehingga ke bahu, dan turun ke tulang rusuk. Urut secara menyerong dari paha kanan ke bahu kiri. Ulang untuk kaki sebelah lagi.

5. Muka — Urut secara bulatan kecil pada kulit kepala. Urutan ini juga boleh dilakukan ketika mandi dan memakai syampu. Usap dahi, keliling mata dan kening. Untuk pipi, usap secara melintang dari tulang pipi ke telinga. Urut secara bulatan di bawah dagu, keliling telinga dan tengkuk. Urut perlahan-lahan dengan memberi sedikit tekanan. Cara ini akan membuatkan bayi berasa lebih selesa.

6. Belakang badan — Tiarapkan bayi anda. Gunakan minyak dan urut badan belakang dari atas tulang belakang hingga ke pangkal punggung menggunakan kedua-dua tangan. Buat urutan secara bulatan dari bahu, turun ke badan, punggung, paha dan kaki.

Urut bahu menggunakan tapak tangan dan akhiri dengan satu usapan panjang dari bahu ke kaki. Urutan ini mengambil masa antara 20 hingga 30 minit dan kanak-kanak akan lebih tenang serta segar apabila diurut.

Manfaat Urutan Pada Bayi

Urutan bayi bukan saja merapatkan ikatan antara ibu atau ayah dan anak, tetapi turut mempunyai pelbagai manfaat seperti:

1. > Memperbaiki perjalanan darah.
2. > Merangsang deria.
3. > Mengurangkan tekanan.
4. > Memperbaiki sistem penghadaman.
5. > Meningkatkan daya ketahanan badan.
6. > Merangsang perkembangan fizikal dan psikologi.
7. > Membantu memudahkan bayi tidur.
8. > Merangsang aliran oksigen dalam badan.
9. > Memudahkan penyingkiran bahan toksin.
10. > Membantu perkembangan fungsi otot.
11. > Membantu meredakan kesakitan apabila demam.
12. > Merangsang penghasilan hormon.

p/s: sumber komuniti mengandung.com

Sumber : Jonhson & Jonhson