Friday, February 1, 2013

Pusat Rekreasi Air, Pantai Pullman Putrajaya



Salam semua! sape penah jejak kaki kat tempat ni sila angkat tangan...hehehe. Rasanya dah ramai tahu...cuma aku jer yang baru tahu Dec 2012 aritu. Selalu jugak ke Putrajaya...tak tahu pulak adanya tempat ni...huhuhu...jakun...kesiankan...:) Tapi dia memang tempat yang baru dibangunkan. Dan bulan 12 haritu, masa my mom ikut kami balik Perak aku bawa la dia ke rumah abangder tercinta di Bangi...kebetulan en.suami ada urusan d KL. Jadinya masa kami pergi tu...bawalah abangder kami kat situ...maka dari situlah aku tahu.

Saje ubah selera..kakak iparku yang cadangkan kitaorang sarapan kat situ. Diaorangpun  1st time g situ...cuma dengar dari kawan2 yang pernah sampai. Masa pergi dengan diaorang...en.suami tak ikut sama sebab dia memang ada urusan kerajaan...hehe...urusan kerajaan la sangat. Kami pergi dengan niat nak santai2 sambil sarapan. Dah tu...bila jumpa air...Faris n sepupunya xcited la nak main air...huhuhu...persalinan kami tak bawa...jadinya dorang just jalan2 dalam air...no mandi manda keyyy...kang ada yang balik duk atas bumbung...:) Kami pegi pagi...dalam pukul 10/11...sebelum tengahari balik.

Faris tak puas hati tak boleh mandi manda...jadinya minggu depannya bila turun KL aku ajak en.suami pergi sat kat situ kasik puas hati sama itu puteraku. Jadinya ayahnya tunaikan hajat Faris tu. Dah sampai sana...ramai pulak orangnya...siap serombongan mat saleh duk mandi manda dari kecik sampai ke dewasa dan ada juga sekumpulan remaja remaji duk main apa tah berlari2an kat situ...ntah gamessss apa diaorang main...dan ada jugak 1 family lain duk berkelah2an sambil tengok anak mandi manda. Laaaaaaaaa...meriah pulak. Masa pergi dengan abang aku minggu sebelumnya...hanya kami jer...sikalang sudah manyak ramai pulak. Tapi...alang2 sampai...kasik ruang pada puteraku lepaskan hajatnya. Mula2 segan2 gak nak masuk air tu...lama2 hurmmmm dah tak nak balik. Pepun walau takde la lama sangat dia beremdam...hajatnya dah tertunai.

Hajat tertunai...suka la dia....tapi tak boleh main lama2...air kat sini tak sama macam kat pantai yang silih berganti dipukul ombak. Pantai ni rasanya dia pusing2 air yang sama jer...ciptaan manusia takkan menandingi ciptaaan Ilahi.***bangunan beratap nun di sana tulah Hotel Pullman.

sekitarnya...ala2 pantai la...ada pasir, pokok kelapa

 Antara pemandangan yang dapat dilihat dari pantai mini buatan manusia ni...:)

 Airnya yang tak berombak...ala2 tasik gitu. Sini tak selamat untuk anak2 mandi manda!..Tempat nak mandi manda tu atas sikit...ruang air berpasir yang agak cetek.



Jadinya pada yang belum sampai...boleh la terokai tempat ni kalau berminat. Pantainya kecik jer...milik Hotel Pullman. Kalau nak senang...yang jauh boleh la menginap di situ...hehe...iklam percuma. Nak tahu lebih lanjut...silalah ke sana yer!!! Berhampiran kawasan ni jugak ada kolam renang...berbayar...tapi harganya cukup mesra pelanggan...murah...so, apalagi...jom terjah!!!...;)

Sekian...wassalam!

16 comments:

Miss Zahirah said...

ad epantai erk?? x tau la plak sya..

Zurina said...

ya miss zahirah...pantainya kecik sajer...skrg dh tau...ada masa bolelah pergi ronda2 sana..;)

sekadar satu coretan said...

Tak tahubla plk...mcm menarik jer kst situ kannn...

Zurina said...

k.ain...agak menarik...dh tahu boleh la terjah...;)

Unknown said...

cantik pemandangan kt stu..

Kasih Salina said...

cantiknya tempat ni macam ok jer kan..siap ada pantai lagi tu..bawa anak2 mesti seronok..

Zurina said...

Nasuha...cantik kannn...;)

Kasih salina...haah...ok jugak la tempatnya...ank2 mmg seronok...:)

Mamasya said...

Aslmkum Zurina
budak2 nampak kalau tak mandi mmg tak sahkan. sesuai utk org sekitar ke tempat itu utk mandi2 di pantai...dah tak payah pergi jauh..

Zurina said...

wsalam mamasya...haah klau taknak pergi jauh...bg org sekitar kawasan ni bolehlah ke sini...cuma klau nk pantai yg ori dan feel lebih lg...kenalah ke pantai yg btul2 pantai...:)

Mimie said...

xpernh smp kat sini

Zurina said...

mimi...ada masa boleh la bkunjung sana...;)

Anonymous said...

kalau nak berenang kat swimming pool pullman hotel kena pakai swimming suit ke or boleh pakai baju biasa?

Anonymous said...

kalau nak berenang kat swimming pool pullman hotel kena pakai swimming suit ke or boleh pakai baju biasa?

Unknown said...

kat pantai tu.bole buat barbecue ke?

Unknown said...

kat pantai tu.bole buat barbecue ke?

nur said...

Lepas ni boleh datang melepak kat Cruise Tasik Putrajaya.. :)