Sunday, August 12, 2012

Agenda Biskut Raya

Salam semua! Sekarang ni dah ada dalam mood raya...yeyyyy yeeyyy balik kampung...ahahhh...kalah budak kecik kannnnnnn? Pepun ni nak citer sikit pasal agenda biskut rayaku tahun ni. Bukan apa...dah lama sangat tak buat biskut raya ni...asyik tunjuk2 jer. Rasanya last buat masa sekolah2 dulu...wahhhhhhh...lamo bebenor. Tapi betul...lepas tu kalau buatpun tolong2 orang je adalah. Masa sekolah dulupun buat sebab dipaksa oleh kakak ipar. Hihihi...mungkin dia kesian tengok adik iparnya ini tak reti nak mem"biskut" raya(kellas BM)..huhu. Yelah...omaknya tak pernah buat biskut...asal rayo jer...ketupat...tupun sampai sudah eden tak reti nak membungkusnya...terukkan???isy3x. Takpo la...janji tahun ni eden buat...aik..awat yang jadi bahaso rojak ni...kikiki...kitakan 1 Malaysia.

Lupakan pasal citer lama2 tu. Ni kita citer pasal tahun ni. Agenda biskut raya ini tahun bermula Sabtu lepas(15 ramadhan). Hari sabtu tu...aku hangkut my lalink n my hero pegi shoping itu bahan2 nak buat biskut. Tapi masa bawa balik bahan2 tu...masih lagi dalam mood jadi ke tidak ni???...so...ni hah antara bahan2 yang dihangkut...


Malamnya...memang ada dalam fikiran nak memulakan agenda...tapi hari tu penat sangat rasanya. Pepun dalam penat2 tu...anak teruna sorang tu tak sabar2 duk pujuk ibunya ni buat "cookies"...maka agenda terpaksa la diteruskan. Masa tu belum ada idea nak buat biskut apa. Yang hero sorang tu tak sabar nak guna acuan tekap yang dia pilih...huhuhu...memandai jerk dia. Jadi...dalam takde idea tu maka maknye inipun buat la biskut "hantam jerlah"...hahaha...ditekap2 dengan pelbagai bentuk....huhu...takpelah...janji masih nampak rupa biskut raya. Ni hah kejadiannya...maaf la snap dalam bekas...nampak macam biskut tak?...huhu. 


Hari ini Ahad...ramadhan yang ke 23...aku kira agenda biskut raya yang last. Bermula sabtu lepas...setiap hari, kadang selang sehari aku mula buat biskut...selalunya malam2 la. Yang seronoknya dibantu sukarela oleh hero2ku. Sorang tu ikut mood...sorang lagi tu tukang kasik gegar...hihihi. Adunan aku buat...yang lain time ada pembantu sukarela tu...aku serahkan kat mereka la...tapi masih dalam seliaanku. Jadinya...dalam kalut melalut, mood malas2 rajin tu...akhirnya dapat la juga aku menyiapkan beberapa jenis biskut raya...kejadiannya walau tak berapa nak cantik...nampak la jugak rupanya macam biskut raya. Soalnya rasa ...boley la. Dan salah satunya biskut Arab Susu....my feveret tu. Kejadiannya...aku puas hati...kene ngan tekakku...walaupun ia digontel2 agak besar oleh pembantuku(kes nak cepat siap...huhu). Selain tu ada juga biskut tat nenas n tart gulung....juga cornflakes rangup.


 

Dan...inilah kesemua hasilnya yang akan dihangkut balik kampung...insyaAllah. Tambahan 3 balang last...lupa snap...dah siap packing masuk beg...semangat nak balik kampung dah...hehe. Taraaaaaaaaaaaaa....inilah hasilnya....


Ada rupa biskut raya tak?

 Ok...mood raya sudah datang...pepun jangan lupa gandakan amalan dipenghujung ramadhan ni ya!!! 

*
*
*
Sekian...wassalam...;)

10 comments:

Mak Lin said...

Rajinnya akak (^_______^)

Zurina said...

merajinkan diri setelah berbelas tahun dik...;)

Unknown said...

Nurul dah lama tak buat Kuih raya, sejak2 mak malas nak masuk dapur tuk buat kuih raya.. hehehe

Zurina said...

ye ke...samela kita...akakpun dah lama tak buat...tahun ni jer tiba2 mengigau...;)

Cheqno said...

Zurina,
Selamat hari raya, maaf zahir & bathin.
Berwaspada selalu semasa perjalanan ke-kg (kg kat mana?)

sekadar satu coretan said...

banyak tuu...

ina,selamat menyambut hari raya dari kakaian..maaf dipinta jika terdapat silap dan salah...

Zurina said...

slmt hari raya juga buat chqeno dan k.ain...ada salah silap mohon dimaafkan ya!!! kg kiter p.mas...;)

Nur-nba said...

Wah bersemangat akak buat kuih raya sendiri. Samalah dengan Nur, tahun ni pun Nur buat kuih raya sendiri.. Bawa sebahagian balik kg.. Anak2 saudara suka makan. :)

Zurina said...

sesekali semangat tu dtg...tp xtau la raya lepas ni smgt tu ada lg ke x...;)

Errah Najwa said...

pandainya bt kuih