Thursday, August 9, 2012

Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar



Kita dah masuk 10 malam terakhir ramadhan. Bila sebut pasal tu...tentunya kita akan  teringat akan hadirnya satu malam istimewa pada 10 malam terakhir itu yang dinamakan malam Lailatul Qadar. Pagi tadi bila jenguk FB ada kawan yang share Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar yang diambil kat sini MyIbrah. Pepun suka untuk saya kongsikan juga di sini sebagai rujukan dan sumber ilmu kita bersama..insyaAllah.
*
*
*
Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda malam qadar ialah :
  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
  3. Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.

Sumber asalhttp://syedsallehalattas.blogspot.com/

Sekian...wassalam!

*** Sudi2kan untuk menge"like" DI SINI ya!!! Sokongan anda penghargaan besar buat saya...didahulukan dengan ucapan TERIMA KASIH...;)

4 comments:

susumanis said...

Alhamdulillah, May Allah swt belss us with his LOves n his Pardon to all of us on Lailatul Qadar..aaminn :)

Sari Yusa Ibrahim said...

insyaAllah...

Mummy Akmar said...

Salam Perkenalan..

Terima kasih dengan perkongsian ni.

Zurina said...

susu manis...amin3x

Sari...insyaAllah...mg kita sentiasa dlm lindunganNya

Mummy Akmar...sama2...salam kenal...;)