Saturday, February 26, 2011

Biler Musim Deghoyan(Durian)


Sebut pasal "musim" ni...rasanya buah2an skrg dh tak bermusim. Dulu, kl nak makan buah...kl bukan musimnya mmg susah nak cari...bole dikatakn mmg takde la. Tp sekarang, bole dikatakn sepanjang masa ada...xperlu tunggu musim. Cuma ada pasang surutnya...time byk tu byk la...time xde sgt tu...kene la mcari sikit. Ikut tempat kot.


Ni nak citer ckit pasal 'durian'...bukan apa, td my asben wak balik durian. Ktnya dia ikut kwn g beli durian(mkn c2)...so dia beli la 2 biji. Ktnya ingat wife dia ni suka durian(hehe...mekasih!!! ingat jugak dia kt aku). Tu ler...aku pun pelik, sejak dua menjak ni suka pulak aku ngan durian...kl yg kecik...sebijik pun aku boleh habiskan. wah! dahsyatkan? Peliknya sbb sblm ni mmg aku ni xbole makan sgt durian ni...makan seulaspun bole berdenyut2 sakit kepala...tp skrg...dh tak pula...alhamdulillah. SEBABnya?...akupon xtahu kenapa.

Berbalik pada durian 2 biji tu...my asben kt 2 biji RM23(timbang). Aku ingat RM10 jer sbb kecik jer...DAN sllnya kami beli durian...harga l/kurang tu jer (hg pasar mlm). Sebut pasal 'pasar malam' ni ...mengingatkan aku ttg kejadian beberapa minggu yg sudah. Mcm biasa...bila pergi p.mlm ni, tempat ptama aku tuju adalah tempat org jual sayur. Dh beli sayur...kt blkg dia tu ader la sorg pakcik ni jual durian(beberapa biji). Time tu aku mmg tgh teringin sgt nk mkn durian(bukan mengidam ye). So, akupun pegi la dekat pakcik tu...tgk dia tulis...xsilap RM7.90sekilo(lebih kurang la). Tpa pikir pjg...aku beli la...dan pakcik tu tunjuk la isi...ktnya takut beli mahal2 isi x elok. Ringkasnya citer...sebiji RM18 hengget(fullamak...mahal la bg aku). Buahnya takdelh besar sgt. Tp kempunan punya pasal...aku hantam jer. Lepas beli...suami kata kt depan ada org jual durian...selori lg. Dia p tgk...3 biji RM10...besarnya l/kurang dgn yg aku beli...huhu. Dh tbeli...aku ckp la ngan my asben..."biar lerrrrrrrr...rezki pakcik tu". Hahaha...nk sedapkn ati...kikiki.

Balik rumah...aku bukak ler durian tu (mmg sedia d kopek...suruh pcik jual durian tu). Maka mkn la aku ank beranak...haha...bunyi cam byk wpun cuma "sejibik"...;) Masa mkn tu aku naik hairan...sllnya bila aku mkn durian...hanya aku sorg jer yg mgadap benda ni...tp hari ni...hero2ku pun ikut sama. Ermmm...sbb durian mahal kot...kwang3x...sllnya beli durian 10 hengget 3 biji...ni 18hengget sebijik kot. Ringkas lg...faris habis gak 2 ulas n ayahnya pun l/kurang la. Selebihnya...hermmm...sape lg...ermmmm. Isinya ok la.

Nak sedapkan hati...bila abg aku ckp mahal...akupun kt la ngan dia...mgkin org jual byk2 tu durian dia xelok kot. Sllnya dia ambik durian tu tpa menunggu durian tu luruh. Tu yg isinya xbrp nk kowww(kurang manis). Kl yg jual sikit2 ni yg btul2 luruh. DAN bila g beli durian td...itulh cerita yg abg aku dpt...heh3x...lebih kurang la.

Begitulah al-kisahnya...kl ader pulut lg bestkan...mkn ngan santan/buat pengat...makan ramai2 lg bessss...jommmmm...serbuuuuuuuu...sekian...;))))

Friday, February 25, 2011

Cerita Buah Hatiku

Faris Oh Faris...

Selalunya dia nak pergi sekolah, aku mesti pesan "faris jgn nakal2, belajar rajin2+++". Bila aku cakap camtu, dia akan angguk kepala dan cakap "ok". Pagi tadi nak g sekolah...belum sempat aku bukak mulut, dia dl cakap "ibu, jgn nakal2 ek, blajar rajin2"(dgr nada seolah2 peringat apa yg aku sll pesan ngan dia). Hahaha...tgelak dlm hati aku dibuatnya.

Masa jemput dia kt sekolah tadi ... aku jumpa cikgu dia jap...bayar yuran utk bulan Mac. Sambil2 tu aku tanya la perkembangan Faris sikit. Bukan apa...nak gak tahu macamana dia kt sekolah...kl tanya dia, bukannya dia nk cerita sgt. Lagipun dgr dr mulut cikgu lagi baik...dia yg menilai.

Bulan lepas, masa bayar yuran gak aku tanya cikgu dia...cikgu kt dia ok, tp dia suka kacau kawan dia(pukul2) & sbb tu cikgu kt faris sll kena denda...hehe. Tp kl suruh buat keje sekolah dia rajin kt cikgu lg. Masa tu dia ada skali ...so,aku tanya la dia..."faris kacau kawan ek?"...ngan spontan dia jwb "tak". hahaha..depan2 cikgu tu...hihihi...tak nak ngaku..;) Dh tu masa balik...dia cerita la, "Faris pukul kawan faris sbb dia pukul faris". Hmmmm...dgr je la, harap2 dia dpt pengajaran & pengalaman dr semua tu. Tugas aku memantau & mberi nasihat mana yg buruk sta mana yg baik. Moga dia akan terus belajar & dpt menilai kebaikan & keburukan itu.

Alhamdulillah...bila aku tanya cikgu td, dia kt perkembangan positif, masa belajar dia tak nakal2 & tak kacau kawan dh. Cuma masa rehat, sbb cikgu biar mereka main2 ngan kawan, ada sikit kenakalannya(cikgu kt semua gitu). +++...ada la perkembangannya. Harap2 faris akan terus menunjukkan perkembangan yg positif dan terus belajar dan belajar. Belajar menimba ilmu yg pelbagai...bukan sahaja mgenal huruf & angka(mbaca & mgira)+ilmu agama...jua ilmu pergaulan dalam mengenal kehidupan. Semua ibubapa nakkan yg terbaik utk anak2 mereka. Begitulah juga harapan aku.



DOA UNTUK ANAK SOLEH

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

SURAH ALI-IMRAN AYAT 38

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

At that time Zakariyya invoked his Lord, saying: “O my Lord! Grant me from You, a good offspring. You are indeed the All-Hearer of invocation.”

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

DOA AGAR ANAK2 MENGERJAKAN SOLAT
SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40

رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلوةِ وَمِن ذُرِّيَتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ

“O my Lord! Make me one who performs Salah, and (also) from my offspring, our Lord! And accept my invocation.

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK2 YG NAKAL
SURAH TAHA AYAT 1-6

طه

1. Ta Ha

مَآ أَنَزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْءَانَ لِتَشْقَى

2. We have not sent down the Qur’an unto you to cause you distress,

إِلاَّ تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى

3. But only as a Reminder to those who fear (Allah)

تَنزِيلاً مِّمَّنْ خَلَق الاٌّرْضَ وَالسَّمَـوَتِ الْعُلَى

4. A revelation from Him Who created the earth and high heavens

الرَّحْمَـنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

5. The Most Gracious Istawa the Throne

لَهُ مَا فِي السَّمَـوَتِ وَمَا فِي الاٌّرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَى

6. To Him belongs all that is in the heavens and all that is on the earth, and all that is between them, and all that is under the soil

DOA AGAR DIBERI ZURIAT YG MENYEJUKKAN HATI

SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً

“Our Lord! Bestow on us from our wives and our offspring the comfort of our eyes, and make us leaders of those who have Taqwa.”

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

AJARKAN ANAK-ANAK DOA UNTUK IBUBAPA

SURAH IBRAHIM (14) AYAT 41

رَبَّنَا اغْفِرْ لِى وَلِوَالِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

“Our Lord! Forgive me and my parents, and (all) the believers on the Day when the reckoning will be established.”

Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

Doa agar anak2 patuh pada Allah SWT
SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

Doa agar anak2 mengerjakan Solat
SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40-41

Doa melembutkan hati anak2 yg nakal
SURAH TAHA AYAT 1-6

Doa agar diberi zuriat yg menyejukkan hati
SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74



Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

- Artikel iluvislam.com

Thursday, February 17, 2011

Joran Family

Selasa, 14 Disember 2010...memancing di Taman Tengku Anis Bersama Mek, K.Yah & Kah 1 Family. Mendapat banyak ikan...DAN juara kita pada hari itu adalah K.Ngah. Dia berjaya mendapat 3 ekor ikan dalam masa seminit. Rasanya lebih 50 ekor dia dapat hari tu...kebanyakkan cuma ikan kecil2 je la...yg pasti hati puas walaupun cuma mendapat hasil yg kecil. Kepuasan tergambar dalam diri pemancing semua bila mendapat hasilnya. DAN yg paling bestnya mek...lokasi memancingnya agak jauh dr org lain...so, hasil tangkapannya pun tidak banyak. Walau bagaimanapun, dalam menunggu penuh sabar...kami dikejutkan dengan hasil pancingan Mek yg ptama...wah! Udang Galah(Gambar Atas)...berbaloi-baloi. Bukan main suka lagi Mek...hehe.

Masing-masing leka dengan joran hingga lupa akan terik matahari. Itulah sebabnya sampai ada yg demam lepas tu...;(. Walau bagaimanapun semua pulang dengan puas hati kerana masing2 mendapat hasilnya. Yang pasti...pulang dalam keletihan. Apa tidaknya...berjemur...huhu.
Sekian...untuk kenangan...LuV so Much my FaMilY!

Thursday, February 10, 2011

Senarai Makanan & Hikmahnya Dalam Islam

Roti (khubz)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”.

Jintan Manis (anisun)

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya’ir)

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)

Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)

Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)

Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)

Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah

Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)

Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati”. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa “ia” itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ‘leukoderma’ dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)

Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal,

warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu”. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta’)

Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)

Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)

Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan”. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)

Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)

Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

“Endive” (hindiba)

Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan “makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba”.

Fenugreek (Hulbah)

Nabi s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).

Buah Ara fig (fin)

Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga”. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)

Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

Bawang putih (thum)

Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.”

Minyak sapi (samn)

Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)

Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)

Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a’sal)

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.” Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a’das)

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)

Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)

Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Daging kuda:

Menurut Rasulullah SAW, banyak makan daging kuda boleh terbitkan kesombongan dlm hati, kerana kuda itu sifatnya sombong.

Monday, February 7, 2011

Penang Oh Penang

Cuti raya cina aritu tak balik kg. Hajat nk gak balik kg...tp dekat2 ngan cuti tu Faris lak demam selsema. Seminggu gak demamnya buat aku risau. Tidurpun xlena dek gangguan sistem pernafasan(hidung tersumbat). Walau bagaimanapun demamnya beransur pulih rabu sehari sblm raya cina. Nak balik kg serba salah sbb cutinya cuma 4 hari. Kl balik...tolak waktu perjalanan cuma 2 hari jer kt kg. So rasa xberbaloi dgn ank tak berapa sihat. Lgpun cuti sekolah bulan 3 ni mmg plan nk balik kg.

Plan asal...dh tak balik kg, nk lepak2 jer la kt rumah n round sekitar perak je. Hari kedua cuti...farispun nampaknya dh kembali aktif spt biasa...timbul lak keinginan nk g jln2...hehe. Suamipun nampak keboringan dsebabkn takde aktiviti sukannya(badminton & futsal) krn geng2 bercuti. So, pg jumaat tu tiba2 jer tkeluar idea ajak suami g "penang". Diapun tanpa pk pjg...mcm xcited jer terus setuju. Pendek citer...plan tiba2 tu bjln ngan lancar...DAN pg jumaat itu kami sekeluarga bertolak ke penang. Sblm tu abg call kawan dia(org penang)...tanya tempat2 menarik kt penang tu. Kawan dia sarankn kami ke batu Feringgi...erm...bole la kot. Saje nk bjln2 sbb kami pun belum penah sampai kt Bt. Feringgi tu.

Bila sebut pasal Batu Feringgi ni...dlm kepala aku...tmpatnya mestilah menarik. Yelah...namanya tersenarai antara pusat pelancongan menarik kt Penang. Terlintas difikiran tempatnya ada batu bata di atas tanah berbukit, taman yg indah + suasana yg mendamaikan. Maklum la xpernah sampai...mesti la xcited(kt org klate...ader ke"darat"an sedikit...huhu).

Di ringkaskan cerita...bila sampai ke sana...rupa2nya...huhu(bg aku la) ..INDAH KHABAR DR RUPA.(jgn mare no oghang penang...;). Rupa2nya ia hanyalah pantai biasa yg sering aku kunjungi. Cuma mungkin yg sedikit berbeza...di sana ada mcm2 xtiviti sukan air di sediakan spt jet ski, naik bot, payung terjun(Ntah pebenda nama...aku reka2 lebih kurang la...haha). Dan yg rasa janggalnya...boleh dikatakan 80% pengunjungnya adalah yg "bkulit hitam". Mgkin sbb penang tkenal ngan keturunan mamaknya. Sesuai ngan "gahnya" nama tempat ni, mmg ramai pengunjung yg dtg pd hari itu...tambah2 lg musim cuti. Dilihat dr sudut persekitaran pantai pula bg aku kurang memuaskan...tidak ada pokok2 cantik(rhu ke) yg mhiasi pantai. Tahap kebersihan masih perlu di perbaiki lg...hehe, sekadar mberi pendpt. Tp...pesisir pantainya agak cantik...airnya biru kehijauan. Dan...dpt kita lihat byk tempat2 pkelahan yg mjadi tumpuan sblm sampai ke BF...cantik jugalah.

Yg peliknya...nk masuk ke kawasan pantai tu kena bayar. Mungkin trip zaman skrg kot...kl dulu2 mmg aku tak pernah jumpa amalan spt ini. Skrg...kt pantai teluk batek pun kena bayar(tp cuma pd hari minggu jer)...ermmm...mcm2 cara nk dptkan duit skrg ni. Sllnya bila g pntai...suka hati kita jer nk masuk n letak kete kt mana2...skrg ni bila nk masuk pantai...ader org jg lak...mcm masuk parking pulak. Yg xbestnya kt cni...nk masuk pantai...dek krn adanya "tol"...semcm perumahan setinggan dbina pd laluan nk masuk ke pantai tu. Ini mcacatkan pemandangan pantai...tu pdpt aku, bg org lain xtau la...;)

Di ringkaskn lg...xlama aku kt c2 wpun faris cukup2 seronok nk main ngan pasir...smpai nangis2 xnak balik(cian dia). Bukan apa...cuaca panas sgt...lgpun dia baru je sihat. Dh tu...kami nekad nk pusing2 bandar georgetown la...sblm tu singgah kt Taman Negara Pulau Pinang dan Masjid Terapung.


Masjid Terapung Pulau Pinang

Jeti ke Taman Negara Pulau Pinang

Kesimpulannya...ermmm, trip ke penang ni biase2 aje...bandar penang ni majoriti "shina mali". Nk cari kedai mkn melayu mmg syusyah sgt. Psekitaran bandar kureng bersih...hehe, skali lg jgn mrh org penang...;). Tp mgkin dsebabkan trip tiba2 yg xde perancangan...main gemble jer. yg mjadikan trip ni kureng memuaskn...hehe. Pepun nk puji, nasi kandaQnya mmg "best giler"...zasssssssss, sehingga dsini dl...bye2 penang. As-Salam!!!

Saturday, February 5, 2011

Ronda 360 Darjah

Hujung minggu selalunya masa untuk merehatkan diri & minda. Ada yg menghabiskan masa dengan memanjakan diri berehat bersama keluarga di rumah, bangun tidur bangun n tidur lagi(hehe), para isteri yg bekerja mungkin menjadikan hari minggu masa utk meng"clearkan" urusan rumahtangga(basuh pakaian, kemas rumah, masak special ckit bbanding hari biasa dll), dan mungkin juga masa utk beriadah/bsiar2 bersama2 keluarga.

Di hujung minggu aku dan keluarga(anak & suami) selalunya menghabiskan masa bersama. Selain lepak di rumah...selalunya ada la destinasi kami pada setiap hujung minggu. Walaupun hanya sekadar jalan2 "class ekonomi"...hehe. Maksudnya tidaklah memrlukan kami berjalan beribu2 batu atau naik "belon".

Selalunya tempat yg paling suka di kunjungi ialah...tasik UTP(Universiti Teknologi Petronas).

Faris tgh tunjuk skill bermain badminton tu...;)


Pemandangan tasik yg mdamaikan bisa menenangkan jiwa

Di sini macam2 aktiviti boleh di lakukan bsama spt jogging, main badminton, Faris boleh berbasikal dan bagi makan ikan kat dalam tasik. Seronok...selalunya kami pergi di awal pagi @ petang.

Destinasi terdekat yg juga selalu kami kunjungi adalah Tasik yg sedang dlm proses utk dimajukan berdekatan dgn taman perumahan kami. Tasik ni sesuai utk dikunjungi pada waktu petang utk menikmati suasana yg tenang dan pemandangan yg sejuk. Selalunya kami ke sini waktu petang. Bila sampai jer kt sini, fikiranku selalu teringatkan suasana kt kg dulu2...krn tasik ni di kelilingi tumbuh2an hutan yg renek2.

Posing 360 darjah...hehe

Satu lagi tempat yg letaknya tidaklah jauh sgt dr rumah ialah Pulau Pangkor. Tp xler sll pergi...sesekali jer. Kenapa ek?...krn kl nk bjln2 tmpat begini, "poket" kene penuh sikit(hehe) baru bes...:). Destinasinya utk sampai ke jeti lebih kurang 1 jam dari rumah.

Ni sajer ronda2 cuci mata kt kedai di sekitar jeti

Atas feri menuju ke Pangkor

Destinasi yg paling Faris suka adalah Pantai Teluk Batek. Kenapa dia suka? hehe...krn dia suka sgt main pasir sambil main air di birai pantai. Sekadar duduk di birai pantai sambil menunggu pukulan ombak jer...nk masuk air takut. Elok juga sbb akupun risau. Awal2 dl mmg dia mmg tak berani langsung nk main air. Kalau ke pantai, sekadar main pasir je la. Tp sekarang keberanian utk menyentuh air tu sudah ada...;)

Basah...

Tunggu pukulan ombak...sambil posing jap

Dan destinasi kami yg seterusnya adalah Cameron Highlands. Selalunya pergi CH semasa ada tetamu (selalunya anak buah dan Mek) berkunjung ke sini. Perjalanannya dari rumah memakan masa lebih kurang 2 1/2 jam. Destinasi pertama bila sampai ke sana tentulah Tanah Rata...ladang teh.


DAN beberapa destinasi lain sekitar Perak yg penah di lawati...antaranya Zoo Taiping. Zoo ni tkenal dgn Night Safari. Tp aku belum penah mgunjunginya waktu malam...ermmmm...takut, gerun +++...;)

Binatang yg di letak dlm 1 kawasan...selamat

Taman Kinagapuram(kl xsilap) yg letaknya di Ipoh. Berdekatan dgn Hospital Ipoh. Jaraknya lebih kurang 40 minit perjlnan dr rumah. Kat sini selalunya Faris begitu teruja ngan taman permainan kanak2. Walaupun alat2 permainan yg disediakn tidaklah begitu byk, tp sudah cukup bg kanak2 spt faris teruja apabila sampai ke sana. Taman beserta padang yg agak luas mberi ruang juga utk pengunjung bersukan. Kt sini juga ada tasik yg cukup menarik dgn keunikan landskapnya...agak sesuai utk beriadah bsama keluarga. Selain tmn ini...ada beberapa tmn lg di sekitar ipoh yg sll kami kunjungi.


Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh. Taman ni baru jer kami terokai stlh > 5 tahun kt Perak. Tu pun dpt tahu dr kawan abg(orang Tambun). Agak menarik juga...dilengkapi dgn taman2 permainan kanak2, tasik yg dikelilingi bukit bukau, ikan & kura2 yg besar serta jinak(dlm tasik), serta hiasan taman yg cukup menarik. Paling teruja apabila nk ke taman ni kita perlu naik bot...sukalah faris.



Bersiar2 di sekitar taman sambil melihat keindahan landskapnya. Rasanya pengujung yg paling awal sampai selain pekerja2 di situ.

Air Terjun buatan manusia...menarik

Pemandangan jauh taman dr ats bot

Lost World Of Tambun(Sunway City). Fokus utama bila sampai ke sini adalah "berendam" dlm kolam. Faris punya stail...awal2 tu control2 encem dl...tunggu kejap...pas2...hurmmmm...ligat. Demampun jd sihat. Agak menarik juga utk riadah keluarga...ala2 sunway lagoon.

Seronok main air. Masuk air...demam terus ok...;)

Dh tlebih seronok sampai tak nak keluar kolam...huhu

Mini Zoo juga ada...selain kandang harimau


Itulah antara tempat2 yg dekat/tidak jauh & tidak dekat yg sll kami kunjungi. Tp yg paaaaling sll sgt suami bawa kami ank beranak adalah..."TESCO"(paling kerap) n "JUSCO". Kenapa tesco??? krn di situ mcm2 ada...mcm astro kot...;)

Hmmm...penat la dh tua2 ni nk mgarang...dh pjg sgt. Kemalasan kdg2 melanda...k, benti stakat ni ajer...mg ada yg bole d kongsi2 bsama!!!...As_salam!...:)