Hujung minggu selalunya masa untuk merehatkan diri & minda. Ada yg menghabiskan masa dengan memanjakan diri berehat bersama keluarga di rumah, bangun tidur bangun n tidur lagi(hehe), para isteri yg bekerja mungkin menjadikan hari minggu masa utk meng"clearkan" urusan rumahtangga(basuh pakaian, kemas rumah, masak special ckit bbanding hari biasa dll), dan mungkin juga masa utk beriadah/bsiar2 bersama2 keluarga.
Di hujung minggu aku dan keluarga(anak & suami) selalunya menghabiskan masa bersama. Selain lepak di rumah...selalunya ada la destinasi kami pada setiap hujung minggu. Walaupun hanya sekadar jalan2 "class ekonomi"...hehe. Maksudnya tidaklah memrlukan kami berjalan beribu2 batu atau naik "belon".
Selalunya tempat yg paling suka di kunjungi ialah...tasik UTP(Universiti Teknologi Petronas).
Di sini macam2 aktiviti boleh di lakukan bsama spt jogging, main badminton, Faris boleh berbasikal dan bagi makan ikan kat dalam tasik. Seronok...selalunya kami pergi di awal pagi @ petang.
Destinasi terdekat yg juga selalu kami kunjungi adalah Tasik yg sedang dlm proses utk dimajukan berdekatan dgn taman perumahan kami. Tasik ni sesuai utk dikunjungi pada waktu petang utk menikmati suasana yg tenang dan pemandangan yg sejuk. Selalunya kami ke sini waktu petang. Bila sampai jer kt sini, fikiranku selalu teringatkan suasana kt kg dulu2...krn tasik ni di kelilingi tumbuh2an hutan yg renek2.
Satu lagi tempat yg letaknya tidaklah jauh sgt dr rumah ialah Pulau Pangkor. Tp xler sll pergi...sesekali jer. Kenapa ek?...krn kl nk bjln2 tmpat begini, "poket" kene penuh sikit(hehe) baru bes...:). Destinasinya utk sampai ke jeti lebih kurang 1 jam dari rumah.
Destinasi yg paling Faris suka adalah Pantai Teluk Batek. Kenapa dia suka? hehe...krn dia suka sgt main pasir sambil main air di birai pantai. Sekadar duduk di birai pantai sambil menunggu pukulan ombak jer...nk masuk air takut. Elok juga sbb akupun risau. Awal2 dl mmg dia mmg tak berani langsung nk main air. Kalau ke pantai, sekadar main pasir je la. Tp sekarang keberanian utk menyentuh air tu sudah ada...;)
Dan destinasi kami yg seterusnya adalah Cameron Highlands. Selalunya pergi CH semasa ada tetamu (selalunya anak buah dan Mek) berkunjung ke sini. Perjalanannya dari rumah memakan masa lebih kurang 2 1/2 jam. Destinasi pertama bila sampai ke sana tentulah Tanah Rata...ladang teh.
DAN beberapa destinasi lain sekitar Perak yg penah di lawati...antaranya Zoo Taiping. Zoo ni tkenal dgn Night Safari. Tp aku belum penah mgunjunginya waktu malam...ermmmm...takut, gerun +++...;)
Taman Kinagapuram(kl xsilap) yg letaknya di Ipoh. Berdekatan dgn Hospital Ipoh. Jaraknya lebih kurang 40 minit perjlnan dr rumah. Kat sini selalunya Faris begitu teruja ngan taman permainan kanak2. Walaupun alat2 permainan yg disediakn tidaklah begitu byk, tp sudah cukup bg kanak2 spt faris teruja apabila sampai ke sana. Taman beserta padang yg agak luas mberi ruang juga utk pengunjung bersukan. Kt sini juga ada tasik yg cukup menarik dgn keunikan landskapnya...agak sesuai utk beriadah bsama keluarga. Selain tmn ini...ada beberapa tmn lg di sekitar ipoh yg sll kami kunjungi.
Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh. Taman ni baru jer kami terokai stlh > 5 tahun kt Perak. Tu pun dpt tahu dr kawan abg(orang Tambun). Agak menarik juga...dilengkapi dgn taman2 permainan kanak2, tasik yg dikelilingi bukit bukau, ikan & kura2 yg besar serta jinak(dlm tasik), serta hiasan taman yg cukup menarik. Paling teruja apabila nk ke taman ni kita perlu naik bot...sukalah faris.
Bersiar2 di sekitar taman sambil melihat keindahan landskapnya. Rasanya pengujung yg paling awal sampai selain pekerja2 di situ.
Air Terjun buatan manusia...menarik
Pemandangan jauh taman dr ats bot
Lost World Of Tambun(Sunway City). Fokus utama bila sampai ke sini adalah "berendam" dlm kolam. Faris punya stail...awal2 tu control2 encem dl...tunggu kejap...pas2...hurmmmm...ligat. Demampun jd sihat. Agak menarik juga utk riadah keluarga...ala2 sunway lagoon.
Itulah antara tempat2 yg dekat/tidak jauh & tidak dekat yg sll kami kunjungi. Tp yg paaaaling sll sgt suami bawa kami ank beranak adalah..."TESCO"(paling kerap) n "JUSCO". Kenapa tesco??? krn di situ mcm2 ada...mcm astro kot...;)
Hmmm...penat la dh tua2 ni nk mgarang...dh pjg sgt. Kemalasan kdg2 melanda...k, benti stakat ni ajer...mg ada yg bole d kongsi2 bsama!!!...As_salam!...:)
2 comments:
Nak gi etek............
hehe...maghi la!
Post a Comment