Friday, March 25, 2011

Inilah Kisahnya...Macam2 Ada

Ni nak citer pasal durian lagi...hehe...jangan mare!!! Rabu, kelmarin dulu my usben beli 2 biji durian. Macam biaselah...kalau durian, aku jelah yang makan...2 hero aku tu tengok jelah....hmmm. Petang tu...aku jelah makan sorang2.

Pagi esoknya teringat pulak aku ade beli beras pulut balik kampung aritu. Ermmm...bole la aku masak pulut...santanpun ada. So, pagi khamis tu akupun "tanak" la pulut tu...sikit jelah....untuk sorang. Santan tu aku masak kejap n letak sedikit garam.

Dan...inilah hasilnya...tabur sikit gula melaka kat atas tu...ermmm...yummy...;)

Tapi tak best la...makan sorang2...2 hero tu...jeling pun tanak...;(

Paksa punyer paksa...my usben makan la sesudu. hero kecilku pulak...bila makan sesudu...mintak lagi...hehehe...ader perkembangan. Tapi makan 3 sudu
dah tak nak. Takpelah...janji mereka rasa gak....;)

Oleh kerana ade lagi durian...aku malas nak simpan dalam peti ais. Karang satu peti bau durian. Tak sanggup aku. So, petangnya aku buat la pengat durian lak...santanpun masih ada. Dan...inilah rupanya...

Pengat ni...dua2 hero tu langsung tak makan. Ermmm...takpelah...dah tau. Jadi, malamnya aku makan ler sengsorang...huhuhu. Pagi ni, jumaat...aku tengok pengatnya masih banyak sebab sengaja aku buat kuahnya banyak. So, teringat la pulak jagung manis ade setin dalam peti ais...datang idea baruku....hehehe. Kali ni aku yakin...pasti dua2 hero tu suka.
Bermula la episod seterusnya pada durian tersebut...kwang3x...;)
Aku panaskan pengat durian tu...dah mendidih aku asingkan ulas2 durian tu dalam mangkuk dengan sedikit kuah. Yang ni untuk aku...hehe. So, kuah yang banyak tu aku panaskan lagi dan aku masukkan jagung manis...dah mendidih...tutup. Bila dah suam2...aku hasilkan aiskrim bubur
durian + jagung...Dan...inilah rupanya...

Hrmmm...bila dah jadi aiskrim...belompun keras...dua2 hero tu dah sapu awal...tau sangat. Jadi, laku jugak akhirnya durian tersebut. Pelik tul selera orang ni...durian taknak makan, pulut takmau jugak, pengat...lagi2 tak makan...TAPI...bila dah jadi aiskrim...sepantas kilat...licin. Takpelah...janji jualan laris...;)

Sekian episod kali ini...;)

Tuesday, March 22, 2011

Pencuci Pinggan Mangkuk

Tengok pada tajuk mesti tertanya2...nak citer pasal aper la agaknya makcik ni??? Jual pinggan mangkuk lak ker?...hehehe. Taklah...ni nak bagitau satu cerita...al-kisahnya baru2 ni, aku pergi la satu hypermarket. Agenda utama nak membeli barang2 dapur...siap bawa list lagi tau...;) Salah satu dari barang yang aku senarai tu adalah "pencuci mangkuk tandas"...hehe.

Dalam dok cari2 barang tu...maka terjumpalah aku ngan satu cecair pencuci...tertulis pada botolnya "pencuci pinggan mangkuk". Harganya agak murah kalau dilihat pada bekasnya yang besar & kandungannya. So, tanpa fikir panjang aku ambik la beberapa botol...DAN dalam minda ni dah terpikir...."ermmm bole la". Hihihi...senang citer, aku jadikan pencuci pinggan mangkuk itu sebagai pencuci mangkuk tandas....:) Aci tak??? Kire aci la ek...sebab katanya pencuci pinggan "mangkuk"...so bole la kot "mangkuk" tandas...kwang3x...:)

Bagi aku bole aje...janji ada buih & baunya ok...bersih gak. Taruk clorox...pastu cuci dengan pencuci tersebut...berkilau2 macam baru...;))))).

Itu jelah al-kisahnya...sorry ek citer pasal mangkuk "T"...pepun sape2 yang bace n3 ni...bole la cube!...;)

Saturday, March 19, 2011

Mendung

Pagi ni cuaca mendung...gelap gelita walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi... seolah2 berada di subuh hari. Hujan mula kelihatan...aduh! suasana hening ini menyentuh hatiku yang sensitif ini(ermmm cam novel la pulak...hehe).

Biasa la...mood baru balik dari kampung. Ditambah pula kena tinggal berdua dengan anak sebab suami ke Seremban pagi semalam. Esok petang baru balik. Niway...tengah fikir2 nak masak apa yer hari ni??? Kalau boleh mahu yang ringkas tapi biar la menyelerakan. Budu & ulam pon sodap...hehe. "Pucuk jenerih" layu dari kampung ada lagi...bole la kot.+++ ikan kering goreng. Biasa la...perut orang kampung...ringkas....;)
Untuk Faris...katanya nak nasi goreng. Ok la tu...jom! masuk opis!!!

Tuesday, March 8, 2011

Naluri Keibuanku




Alhamdulillah...syukur padaNya kerana aku diberikan peluang untuk bergelar seorang ibu. Peluang ini membuka ruang lebih luas untuk aku memahami naluri seorang wanita bergelar "ibu". Sebelum ini kita hanya tahu ibu kita menyayangi kita. Akan tetapi kita tidak tahu & tidak dapat menyelami naluri keibuannya. Bila diberi ruang ini...barulah kita memahaminya.

-DOA UNTUK IBU BAPA-

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahkanlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka


Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas
didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau
hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku

jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan
bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,

Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.

Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu..
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..


Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...



Naluri keibuanku menangis setiap kali selepas memarahi anak. Betul...marah kita bukan kerana benci, tetapi hanya satu tujuannya...untuk mendidik. Walau bagaimanapun hati ini tetap merasa bersalah dan hiba...apalagi bila marah itu datangnya ketika berhadapan dengan kenakalan anak. Malas nak panjangkan cerita...ringkasnya hati sedih bila perkara ini berlaku.

Naluri keibuanku juga sayu...bila musibah menimpa anakku. Contohnya, bila dapat tahu anak demam...jantungku berdegup kencang. Kerisauan mula menerjah ke mindaku...menyebabkan perasaan ini bercampur baur...sedih, risau,+++. Saat itu...hilang fokusku pada benda2 lain...melainkan inginkan anak segera sembuh. Selera makan pun kurang...seolah2 nadi berdenyut perlahan. Beginikah juga perasaan yang dialami oleh orang lain yang bergelar ibu? ATAU aku ini seorang yang lemah semangat?...wallahhu'alam.

Tiap kali mendengar anak menangis atau merengek...naluri ini sedikit tersentak...DAN ingin segera mendapatkan anak untuk mengetahui apakah penyebabnya. Adakah perasaan ini juga dirasai oleh seorang bapa? Mungkin...sape tak sayang anak kan? Tapi aku rasa...ledakkannya tidak sehebat naluri seorang ibu. Aku berkata begitu mungkin kerana seorang bapa fokusnya lebih kepada permasalahan besar. Lagipun jiwa mereka lebih kental. Wanita ini "ratu"...ratu airmata...hehe. Bukan nak jadi pelakon airmata...tetapi nalurinya terlalu halus...sensitif pada persekitaran. Betulkan?

Naluri ini tersentuh bila ada yang menyakiti atau memarahi anak. Kutahu...tujuannya untuk mendidik, tetapi naluri ini tetap tersentuh. Walau bagaimanapun diri ini masih rasional untuk menilai dan cuba sedaya mungkin untuk melakukan yang terbaik...rasional bukan emosional. Kalau tersilap langkah tu...maafkan kami...maafkan kami...ma_af_kan ka_ mi!!!...hehe...release stress...;) Di sini bukan merujuk pada orang lain, tapi pada suami sendiri. Kalau kita marah takpe...tapi bila lihat atau dengar suami yang marah anak...naluri seolah-olah memberontak. Tapi dalam masa yang sama...ia tetap menilai...untuk kebaikan anak...biar la.

Bila anak kekenyangan...siap makan, mandi, riang bermain...naluri keibuanku cukup2 merasa gembira. Hati merasa puas bila tanggungjawab itu terlaksana. Kalau anak tak nak makan @ tak mandi...rutinku serasa tidak sempurna selagi ianya belum dilaksanakan. Setiap kali mahu makan...naluri ini akan lebih tenang dan berselera bila anak juga turut makan atau anak terlebih dahulu kekenyangan. Tambah2 bila makan di luar...kalau boleh mahu pastikan menu yang dipilih itu adalah menu kegemaran anak. Ikut selera dia. Sebab itu...boleh kita lihat ramai ibu2 yang sanggup tidak makan hanya kerana ingin melihat anak kekenyangan. Begitulah rapatnya instinct yang mengikat tali kasih sayang ibu dan anak. Kuatkan? Harap2...anak2 akan lebih memahami dan menyayangi orang tuanya bila tahu akan hal ini. Curahkan kasih sayang seadanya...bukan dengan material semata-mata.

Setiap kali melihat anak kemurungan...naluri keibuanku pasti terdetik...mengapa? Melihat akan keadaan itu...hati ini akan merasa tersentuh. Persoalan akan timbul...mengapa? kenapa? apakah penyebabnya. Itulah...seboleh yang mungkin diri ini mahukan anak2 sentiasa gembira dan sihat sejahtera. Kalau boleh...keinginan dan permintaan anak itu mahu ditunaikan. Tetapi...bila difikirkan bukan begitu caranya untuk mendidik...maka berpada2 dalam menunaikan hajat mereka. Apa yang penting...mereka harus tahu...apa yang patut dan apa yang tidak patut. Menjamu anak dengan kemewahan bukan satu didikan yang baik. Tentu ramai yang setuju kan? Walau bagaimanapun selagi termampu...keperluan anak itu akan dilaksanakan.

Ringkasnya...hubungan erat ibu dan anak ini bukan sahaja dapat dilihat secara luaran. Ia juga berhubung secara naluri. Teramat erat...umpama pepatah melayu mengatakan "cubit di sana di sini terasa, cubit di sini di sana terasa"(ermmm wujud ke pepatah ni?...hahaha...boleh la, janji ok). Sekian dulu...kalu ada lagi nak tambah...akan menyusul kemudian nanti.


Wassalam!...;)

Saturday, March 5, 2011

Kampungku


Rasanya dah lama sangat tak balik kampung. Last balik bulan 12...kiranya dah 2 bulan lebih. Berada di perantauan ni...perasaan tu ada pasang surutnya...bila datang kesyahduannya...ingat sangat2 pada kampung halaman. Ingat macam2 la...especially my mum n my family tersayammm...;)
Tinggal beberapa hari lagi nak balik kampung ni...kampungku! tunggu kepulangan aku yer!!! Mohon padaNya moga perjalananku sekeluarga balik ke kampung nanti selamat sampai ke destinasi yang dituju tanpa sebarang masalah...amin!!!