Saturday, April 30, 2011

Menu Minggu Ini

Menu mingguan aku sekeluarga tak menentu...bergantung pada mood. Yang pastinya dlm sehari dua takpun 2 ke 3 hari tu...ade la hari malas sedunia. Kl tiba saat itu...berhimpun la kami 3 beranak kt mana2 restoran(5 bintang...huhu)...takpun tunjuk jer/order kt mana2 kedai...;)

Selesa lepas adalah hari malas sedunia. Tp berkeinginan pulak nk makan pajeri nenas...so aku tunjuk la kt "restoran family" xjauh dr rumah yg mmg myediakan masakan siap. Selain tu aku tunjuk gak ayam goreng berempah...ermmm namanya goreng berempah...tp aku tgk xbrp nk berempah mana...tp bole la time2 jiwa malas ni dtg...hehe. Dalam malas2 tu sempat gak la aku buat sayur campur memandangkan kubis carrot n lada hidup sedia ada dlm peti ais...udang n sotong xder...aku letak jer bilis n telur...ermmm bole laaa...;)

Tu citer ari selasa...rabu lak pasar malam...ermmm...memalaskan diri gak la...teringin nak makan mee kari...so, menu ptg tu mee kari. Tp utk aku jer la...2 hero ku yg hencem tu aku beli mee sup...feberet dorg...;) Soalnya rasa...mee kari tu ok gak la...tp pedasnya sampai berasap telinga...hehe(lebey2 plak.;)

Kat pasar malam tu jugak aku jumpa pisang emas...hargapun agak murah...so aku beli la 2 sikat...nanti bole buat cekodok. So petang semalam(jumaat)...dh jadi la pisang2 emas tu "kodok'...ermmm laku gak...sedap sehingga mjilat jari...kikiki. Cekodok saper xpandai buatkan.

Rasanya itu jelar n3 kali ni. Sajer m'hotkan blogku yg sunyi sepi tanpa n3 baru ni. ntah la...xder idea sgt nk sll menulis kt cni. nak kt cbuk xjuga...myibukkan diri sdiri kot...huhu. K...salam semua slmt bhujung minggu n slmt hari pekerja...apa yg pting...cuti...;)

***gambar xsempat ambil...yg tpapar tu search kt google...hehe

SEKIAN...;)

Saturday, April 23, 2011

Tiga "Is Three" = Isteri


Hmmm...tgelak baca dialog ni dlm FB ...ntah dr mana member tumpang share. Citernya gni(hehehe...kpd penulis asal tu...sorry ek ciplak). Nak share sbb menarik gak...;)
*
*
*

Dialog suami isteri.. Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.

Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...

Hehe...begitulah ceritanya...menarik...senaman muka di hujung minggu...;))))))

Wednesday, April 20, 2011

Sayang Isteri Tinggal2kan

Ermmm...betul ke g2? Apapun kemungkinan begitu ada jugak benarnya. Sesekali berjauhan membuatkan kita lebih kenal erti rindu dan erti kasih sayang. Kalau rasa rindu tu wujud, tandanya kasih & sayang itu ada di hati...;) Tak g2?...ye la tu kot...;)

Hari ni masuk hari ke 4 suami berkursus di Kedah. Tinggal aku berdua dengan anak terunaku...;( Hero kecilku ini pula sll sgt bertanya...bila ayah balik?, ayah g mana? lamanya ayah g...dot.dot.dot...jenuh aku mjawabnya. Bosan la tu sbb teman tapi mesra dia takde. Bukan apa...dia lebih senang main ngan ayahnya berbanding ngan aku...tp kalau bab nk manja2, pandai lak dia cari ibunya ni...huhu. Kalau ayahnya ada...sll dia ajak main macam2...wak kapal terbang ngan blog, melukis...tanding sape lukis lagi cantik?...tahu2 je la...tp Faris sll kata...lukisan dia > cantik...:) Biar la...sambil2 dia belajar tu. Kadang2 dia tiru apa yang ayah dia lukis...ajar dia tunjuk kreativiti. Dan apa yang penting...kalau ayah ada...langkahpun panjang sikit...ibupun tumpang sekaki...hehe.

Time2 gini la keinginan utk berumah di kampung membuak2. Tapi bila agaknya yer???...hermmm...akan tiba saat dan ketikanya nanti...insyaAllah!...;)

Saturday, April 16, 2011

Bila Demam Melanda

Dah lama rasanya tak update blog...ni gara2 kesihatan tidak begitu mengizinkan, ditambah pula dengan kemalasan yang melanda. Campur2 semuanya...hilang la mood...;) Hampir tiga minggu mengalami masalah kerongkong. Wabaknya bermula ngan




sakit tekak seperti nak selsema...lelangit terasa tak selesa. (just makan panadol n ubat sakit tekak)

*
*
Diikuti pula ngan demam2 sejuk n keletihan yang amat.
*
*
Pastu kerongkong terasa kering n pedih
*
*
Suara parau...serak2 kering(bukan serak basah)...;)
*
*
Batuk sikit2(just makan ubat batuk cap ibu & anak sbb sblm ni ok bila mkn ubat ni)
*
*
Suara tak berapa nak kuar...batuk masih sikit2
*
*
Lepas pada tu...batuk makin menjadi2...huhahuha(minggu ke2 nak masuk minggu ketiga)

Dah hampir 3 minggu baru la batuk tu reda. Alhamdulillah...sebelum tu nak tidurpun terganggu dek kerana batuk...ada satu malam tu...sampai langsung tak bole nak tido...dugaaaaan.
Batuknya teruk waktu malam n pagi...kadang2 sampai termuntah+mata berair.

Yang tak bestnya...minggu kedua aku kena...suami pulak djangkiti....huhu. Suara mula parau n tak berapa nak keluar. Tapi nasib baik tak demam. Batuknya pun tidaklah seteruk aku. Kuat antibodi dia...dek krn bersukan kot. Bukan apa...dalam dok batuk2 tu sempat lagi dia main badminton...huhu.

DAN...yang sangat2 tak bestnya...masuk minggu ke3...Faris pulak dijangkiti. Wabaknya sama cam ayahnya...suara parau n tak berapa nak kuar. Mula2nya xdemam...cuma ada batuk2 sikit. Masa tu la baru aku ajak asben g klinik(Isnin)...so, ketiga2 kami mengadap doktor.
Masuk ari ke3 faris mula panas badan. Suhu badannya makin naik...makan ubatpun tak surut2 juga,,,aku mula risau...;(. 2 hari gitu...so asben ajak pergi klinik skali lagi(Khamis). DR tukar ubat n antibiotik. Lepas pada tu la...keesokannya ada perubahan.

Ringkasnya arini(Sabtu) Faris dah mula ok...badannya dah tak panas lagi...n batuk dan selsemanya dah makin kurang berbanding semalam. Harap2nya akan cepat2 pulih sepenuhnya...insyaAllah!!! Hati aku yang risaupun dah mula lega sikit...;)

N ni nak kongsi citer pasal Faris arini sikit...

Pagi tadi dia bangun tidur terus meluru kat aku n senyum..sambil tu dia ambik tangan aku suruh sentuh dahi dia...bila tangan aku berada kat dahi dia...sambil senyum dia kata "Faris dah tak demam ibu"...hehe, diapun suka...aku lagi2 la happy. Bila anak demam...aku la org paling risau...sampai tidur malam pun tak lena...kejap2 cek suhu anak.

Tengahari lak...bila Faris dr pagi asyik main jer...so lebih kurang pukul 1.30 aku suruh la dia rehat. Aku cakap la ngan dia "Faris kan baru sihat...kenalah rehat". Tanpa banyak soal diapun landing depan tv n cam biasa suruh bukak citer dia. Bila dia rehat akupun masuk bilik komputer...mengular kat FB jap...hehe. Tiba2 Faris datang..katanya "ibu...Faris tak bole rehat"...aku tanya la kenapa?, sikit panik. Dia pun jawab..."Faris tak dapat rehat sebab Faris nak kencing"...hahahaha...panik dah bertukar menjadi lucu...aku gelak, diapun tumpang sekaki...Faris,faris...memang selalu menceriakan hariku...;)


Pengajaran dari demam kali ni...kalau kena wabak camni/lain2nya...jgn pandai2 beli ubat kt farmasi. Patutnya segera jumpa DR. Bukan apa...kadang2 ubat batuk yang kita beli tu menyebabkan batuk kita makin teruk krn stgh virus/bakteria tu dia memerlukan kita ambik antibiotik...begitulah fahaman aku bila baca info dr seorang DR...xplore dlm intenet. Kalau la aku segera jumpa DR ari2...mungkin masalah ni tak berlarutan sampai 3 minggu...pepun ini dugaan buat aku kot...orang kata cuci dosa...huhu...;)

***sblm Faris Demam...dia sll sebut nak kek birthday. So, walaupun b'day dia lambat lagi...bg
meraikan faris sembuh dari demam malam ni(sabtu malam) aku buat la kek coklat basah utk faris...selain sll memanjatkan kesyukuran n berdoa moga anakku n aku sekeluarga sentiasa dalam keadaan yang sihat sejahtera...amin3x!!!


Sekian dulu untuk kali ini...Salam!