Saturday, April 23, 2011

Tiga "Is Three" = Isteri


Hmmm...tgelak baca dialog ni dlm FB ...ntah dr mana member tumpang share. Citernya gni(hehehe...kpd penulis asal tu...sorry ek ciplak). Nak share sbb menarik gak...;)
*
*
*

Dialog suami isteri.. Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.

Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...

Hehe...begitulah ceritanya...menarik...senaman muka di hujung minggu...;))))))

7 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

senyum.

terus teringat Adiq dan 'S' jugak.

Zurina said...

sape tu azrina?..;)

azian said...

hehheheheh...
tak dapat nak bayangkan kl hubby sy nak kawen lain....

Zurina said...

hehe...usben azian muka baik jer...insyaAllah x...;)

ainnoraini said...

suke ye..org lelaki ni kalau ditambah dgn "s"...
senyum memanjang la agaknye yee...

azian said...

heheheh...
muka baik ye???alhamdulilah...
bini je yg muka garang....
tp bila tanya, knp laki nak kawen lebih dr satu, dia cakap kl dia kaya pun dia nak kawen lebih dr satu...heheheheh

Zurina said...

Wife diapun muka baik.Manis lg...;)
Laki ni...org kt klau yg ckp nk kawin tu xkan buatnyer...yg diam2 tu bahaya...takut diam2 ubi jer...tp berisi...hehe.