Friday, May 20, 2011

Adab Menguap & Bersin Mengikut Islam

Terasa nak kongsi pasal adab bila bersin & menguap...especially menguap la. Bukan apa...ramai juga di kalangan kita, bila menguap...main nganga jer tanpa menutup mulut...nampak/tengokpun dah tak sopan. Apa la salahnya kalau ditutup mulut tu. Agama pun menuntut supaya kita berbuat demikian...jom baca artikel kat bawah!!!

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah! '.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka.” Riwayat Imam Muslim
.

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi


Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.


2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.


3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.


4. Sunat ketika bersin mengucapkan
“Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah” .

5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap.

Sama2lah kita mengamalkannya!!!

Sekian...wassalam...;)

Wednesday, May 18, 2011

Aku & Dia

Minggu ni tinggal la aku dan dia(my hero kecil)...kerana hero besarku selalu kursus di luar kawasan...huhu. Ahad aritu ke KL...isnin malam balik. Pagi ni ke Kedah...jumaat balik. Rabu depan ke Penang...jumaat balik. Isy3x...mmg sayang betul my usben kt aku...hehe. yelah, "sayang isteri tinggal2kan"...eheh.

Tapi takpe...apa yang penting...sabtu depan...BALIK KAMPUNG...hureyyyy...tak sabo rasenye nih...;)

Cakap pasal balik kg ni...time cuti2 sekolah ni biase la...ramai yg buat kenduri kendara tambah ahli keluarga(kenduri kawin la tu). Ader yg tambah ahli lelaki(dapat menantu lelaki) & ada yang tambah ahli perempuan(menantu pempuan la tuh). Bila dah tambah ahli tu...pasni bertambah2 la ahlinya tu(cucu2 lak)...insyaAllah.

Setakat ni dah dapat 3 jemputan...tak tau la akan bertambah ke tidak...sebab my mom kt kg kt...dia ade 8 jemputan. Ermmm...sape tu???...tentunya mereka2 & keluarga mereka...;) Pepun, doaku "moga majlis2 tersebut berjalan dengan lancar & moga kedua mempelai beroleh kebahgiaan hidup dunia jua akhirat...amin3x!!!"

DOA UNTUK MEMPELAI:

Doa Bagi Kedua Mempelai
Semoga Allah memberkahimu dan memberkahi atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan“.

...amin3x!!!

Sekian...wassalam!!!....;)

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

"SELAMAT HARI GURU" diucapkan kepada semua guru-guru dan pendidik di luar sana! Kepada guru yang masih bertugas...selamat berbakti semua & selamat meneruskan perjuangan anda mendidik anak bangsa. Tanpamu guru, siapalah diriku, siapalah peguam yang petah berhujah, siapalah doktor, siapalah akauntan hebat, siapalah bisnesman berjaya… +++. Kepada guru2 jua pensyarah2 yang pernah mengajarku..."Terima Kasih" atas segala ilmu yang dicurahkan!

***Terima Kasih Jua kepada ibuku di kampung yang menjadi mahaguruku jua teman2 yang menjadi guru kepadaku dalam mengenal erti kehidupan!!!

Saturday, May 14, 2011

Kad Dari My Hero

Minggu ni hero kecilku buat surprise...balik sekolah hari khamis...masuk rumah dia terus bukak beg sambil bagitau "Ibu, Faris ada hadiah untuk ibu"...jeng3x. Ingatkan apa...rhoper2nya Kad hari ibu yang dia buat kat sekolah...waduh3x..terharu krn pertama kali dapat kad dari anakanda tercinta...dah besar anakku rupanya. Rasa baru semalam melahirkan dan mendodoikan dia tidur...ermmmm...caaaaayang Faris. Sambil bagi kad...dia peluk aku n tanya "cantik tak ibu?"...Tentulah aku jawab "canteeeeeeeeeek"(padan la dgn usia dia yg baru nak belajar)...;)


Tapi yang tak besnya...Faris tak sihat. Semalam badan dia panas2...tapi masih aktif. Hari ni mmg tak aktif sangat...hati ibu pun merudum...sedeyyyyyyy...;( Makan pun taknak langsung...Petang aku masak bubur nasi utk dia...paksa punya paksa...makan la sikit. Dah 2,3 hari dia tak berapa selera makan...tp tetap makan. Nak telan aku tgk cam sakit g2...cek2, dekat anak tekak dia merah...betul la tu...kene selsema dan batuk. Sejak sekolah, selalu sangat dia kena...bjangkit kot. Seminggu dua ok...kena pulak. Cuma kadang selsema sikit...tak batuk, kadang selsema n batuk. Kadang tu tak demampun. Pepun...mg Faris cepat sembuh n kembali aktif...tambah2 pulak... minggu depan bigbos seminggu outstation...KL + Kedah. Tinggal la kami berdua...wawawa...Kenormalan yang terpaksa dihadapi.

Keyyy utk kali ini...salam semua!!!

Friday, May 6, 2011

Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.........mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin.......Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.........mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila........ aku nak belikan hadiah untuk emak

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya........
berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya........
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya?...

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

SESUNGGUHNYA BUDIMU IBU TAK TERBALAS


Sekian, terima kasih.

Thursday, May 5, 2011

5 Perkara Yang Kita Mahukannya & KitaUsaha Utk Mendapatkannya


1:Wajah yang cantik
2: Duit yang banyak
3:Kesihatan yang baik
4:Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.

Kata Nabi Muhammad S.A.W;

Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan
Siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan
Barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan
Siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan
Barang siapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.
(Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ' Surah Al-Baqarah ayat 286

Monday, May 2, 2011

Kuzi Oh Kuzi

Petang semalam merajinkan diri memasak kuzi....ini merupakan percubaan yg ke 2. Percubaan pertama kalau tak silap awal tahun ari2...rempahnya beli kt pasaraya. Yg ni aku beli dekat kg...masa balik bcuti ari2.

Percubaan pertama...bigbos kata..."bau dah ada...bole la kalau nak makan"...huhu, maknanya kureng kawwwwwwwww la tu. Akupun pk g2 gak...;( Tp takpe...itu baru pcubaan yang pertama. Percubaan kedua lak...bigbos kata "ok"...;) Ermmm...apa maksud tsirat disebalik ok itu...wallahualam...hehe. Tp bg aku xberapa nak ok lg. Rasanya masih ada yg kurang. Mungkin perlu tukar resipinya kot...sbb pcubaan ptama & kedua guna resipi yg sama(search kt internet). Cuma rempah jer lain2. Mungkin jugak minyak sapi memainkan peranan...jenama ape ek paling bes? Aku guna GHEE. Tp dr dl sampai skrg mmg aku alah sikit ngan benda ni...baunya buat ana fening ler...hehe. Tp bila dah jadi menu tu...ok la.

So, malam tadi punya menu adalah kuzi cicah roti. Hajat nak buat roti jala...tp ketidaklaratan melanda...sebab pagi semalam sampai ke petang aku n 2hero melawat kawasan....buat rondaan 360 darjah + jln2 cari makan...;) Balik tu merajinkan diri masak kuzi sbb suami tanya "ari tu balik kg beli rempah kuzikan?". Memandangkan bahan ada...tu yg merajinkan diri gak membuatnya. Lagipun buat time cuti2 ni laku sikit.

Memandangkan kuzi tu aku masak banyak...bole la dijadikan menu utk pagi ni. Jadi pagi ni akupun menjala la rotinya utk dimakan ngan kuzi. Dari segi rasa...bila dah dipanaskan...rasanya lg kawww la...;) Ermmm...dah menghampiri tahap lulus ni...hihihi...mengredkan diri sendiri. Kasi up sikit...sbg motivasi...hehe.

***sape2 nak perturunkan ilmu bole gak...dialu2kan!!!

Ermmm...sekian dulu utk kali ini...as-salam!!!!