Tuesday, March 8, 2011

Naluri Keibuanku




Alhamdulillah...syukur padaNya kerana aku diberikan peluang untuk bergelar seorang ibu. Peluang ini membuka ruang lebih luas untuk aku memahami naluri seorang wanita bergelar "ibu". Sebelum ini kita hanya tahu ibu kita menyayangi kita. Akan tetapi kita tidak tahu & tidak dapat menyelami naluri keibuannya. Bila diberi ruang ini...barulah kita memahaminya.

-DOA UNTUK IBU BAPA-

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahkanlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka


Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas
didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau
hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku

jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan
bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,

Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.

Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu..
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..


Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...



Naluri keibuanku menangis setiap kali selepas memarahi anak. Betul...marah kita bukan kerana benci, tetapi hanya satu tujuannya...untuk mendidik. Walau bagaimanapun hati ini tetap merasa bersalah dan hiba...apalagi bila marah itu datangnya ketika berhadapan dengan kenakalan anak. Malas nak panjangkan cerita...ringkasnya hati sedih bila perkara ini berlaku.

Naluri keibuanku juga sayu...bila musibah menimpa anakku. Contohnya, bila dapat tahu anak demam...jantungku berdegup kencang. Kerisauan mula menerjah ke mindaku...menyebabkan perasaan ini bercampur baur...sedih, risau,+++. Saat itu...hilang fokusku pada benda2 lain...melainkan inginkan anak segera sembuh. Selera makan pun kurang...seolah2 nadi berdenyut perlahan. Beginikah juga perasaan yang dialami oleh orang lain yang bergelar ibu? ATAU aku ini seorang yang lemah semangat?...wallahhu'alam.

Tiap kali mendengar anak menangis atau merengek...naluri ini sedikit tersentak...DAN ingin segera mendapatkan anak untuk mengetahui apakah penyebabnya. Adakah perasaan ini juga dirasai oleh seorang bapa? Mungkin...sape tak sayang anak kan? Tapi aku rasa...ledakkannya tidak sehebat naluri seorang ibu. Aku berkata begitu mungkin kerana seorang bapa fokusnya lebih kepada permasalahan besar. Lagipun jiwa mereka lebih kental. Wanita ini "ratu"...ratu airmata...hehe. Bukan nak jadi pelakon airmata...tetapi nalurinya terlalu halus...sensitif pada persekitaran. Betulkan?

Naluri ini tersentuh bila ada yang menyakiti atau memarahi anak. Kutahu...tujuannya untuk mendidik, tetapi naluri ini tetap tersentuh. Walau bagaimanapun diri ini masih rasional untuk menilai dan cuba sedaya mungkin untuk melakukan yang terbaik...rasional bukan emosional. Kalau tersilap langkah tu...maafkan kami...maafkan kami...ma_af_kan ka_ mi!!!...hehe...release stress...;) Di sini bukan merujuk pada orang lain, tapi pada suami sendiri. Kalau kita marah takpe...tapi bila lihat atau dengar suami yang marah anak...naluri seolah-olah memberontak. Tapi dalam masa yang sama...ia tetap menilai...untuk kebaikan anak...biar la.

Bila anak kekenyangan...siap makan, mandi, riang bermain...naluri keibuanku cukup2 merasa gembira. Hati merasa puas bila tanggungjawab itu terlaksana. Kalau anak tak nak makan @ tak mandi...rutinku serasa tidak sempurna selagi ianya belum dilaksanakan. Setiap kali mahu makan...naluri ini akan lebih tenang dan berselera bila anak juga turut makan atau anak terlebih dahulu kekenyangan. Tambah2 bila makan di luar...kalau boleh mahu pastikan menu yang dipilih itu adalah menu kegemaran anak. Ikut selera dia. Sebab itu...boleh kita lihat ramai ibu2 yang sanggup tidak makan hanya kerana ingin melihat anak kekenyangan. Begitulah rapatnya instinct yang mengikat tali kasih sayang ibu dan anak. Kuatkan? Harap2...anak2 akan lebih memahami dan menyayangi orang tuanya bila tahu akan hal ini. Curahkan kasih sayang seadanya...bukan dengan material semata-mata.

Setiap kali melihat anak kemurungan...naluri keibuanku pasti terdetik...mengapa? Melihat akan keadaan itu...hati ini akan merasa tersentuh. Persoalan akan timbul...mengapa? kenapa? apakah penyebabnya. Itulah...seboleh yang mungkin diri ini mahukan anak2 sentiasa gembira dan sihat sejahtera. Kalau boleh...keinginan dan permintaan anak itu mahu ditunaikan. Tetapi...bila difikirkan bukan begitu caranya untuk mendidik...maka berpada2 dalam menunaikan hajat mereka. Apa yang penting...mereka harus tahu...apa yang patut dan apa yang tidak patut. Menjamu anak dengan kemewahan bukan satu didikan yang baik. Tentu ramai yang setuju kan? Walau bagaimanapun selagi termampu...keperluan anak itu akan dilaksanakan.

Ringkasnya...hubungan erat ibu dan anak ini bukan sahaja dapat dilihat secara luaran. Ia juga berhubung secara naluri. Teramat erat...umpama pepatah melayu mengatakan "cubit di sana di sini terasa, cubit di sini di sana terasa"(ermmm wujud ke pepatah ni?...hahaha...boleh la, janji ok). Sekian dulu...kalu ada lagi nak tambah...akan menyusul kemudian nanti.


Wassalam!...;)

3 comments:

Zurina said...

Kisahnya masih pjg krn mbesarkan anak itu memerlukan kesabaran yg tinggi. Cerita waktu kecilnya lain DAN bila mereka meningkat remaja, seterusnya dewasa...mungkin lain pulak kerenahnya. Mg Allah permudahkanlah segala urusanku sepanjang membesarkan anakku & insyaAllah anak2ku...amin!!!

Bahasa Makngah said...

Org anak 15 org mcm mana Na? Kaknik kdah tu ..........................

Zurina said...

hehe...k.dah v soalan cepumas... bandingan 1-15. Tu la murah rezki k.nik dih...15. Dlm soal ni, mgkin cara mhadapinya bbeza...tp slagi hati & psaan itu hidup...kasih & syg seorg ibu tu tetap sama. Xkiralh ank 1/10/15/20...:))))