Tuesday, June 28, 2011

Datang & Pergi

Wah! cepatnya masa berlalu...baru je selasa lepas balik kg, hari ini ia datang lagi...tapi hari ini aku sudah di sini. Hari2 yang kita lalui silih berganti...ahad ke isnin, isnin ke selasa...sampai la putarannya ke sabtu, 7 hari seminggu. Putaran waktu secara sedar atau tidak, juga menginjak angka usia kita...ermmm moga angka yang semakin bertambah akan membuka ruang hati ini supaya lebih dekat padaNya. Bila dikenang, diimbas...masih banyak akan kekurangannya...


"Ya Allah, jadikanlah hari ini lebih baik dari kelmarin, hari esok lebih baik dari hari ini. Jadikanlah hari kami yang terindah adalah hari pertemuan kami dengan-Mu."



Selari dengan itu juga...makin meningkat usia...makin ramai insan2 tersayang & insan2 di sekeliling kita pergi mengadap ilahi. Doa sentiasa mengiringi mereka agar roh2nya dicucuri rahmat! DAN yang pastinya giliran kita juga akan tiba...bila dan di mana...hanya Dia yang tahu.

Alahai...sejak sekian lama berkampung di kampung tercinta...mood rasa hilang sikit. Fokus pada sesuatu tu masih blur2. Pepun...yang lepas usah dikenang...hadapi hari2 yang dilalui dengan tenang...kerana begitulah sifatnya putaran waktu & kehidupan. Sekian dulu...sekadar menghangatkan ruang ini yang suam2 kuku...Salam semua!!!

Tuesday, June 14, 2011

Pelajari Rahsia Penyakit Melalui Jari Anda!!!

Jom kongsi "Rahsia Penyakit Melalui Jari Anda" yang aku dapat melalui email dari abanganda tercinta...

Asas 5 jari,

Jari telunjuk : usus

Jari tengah : Jantung

Jari Manis : Imuniti

Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik…perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita…kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin…cube cek tapak tgn masing2, kalo yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernak tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke???
Jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya..

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita.cuba sahabat2 tengok
pada kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya allah...

ITULAH SAHAJA YANG SAYA PELAJARI MENGENAI RAHSIA PENYAKIT DI SEBALIK TAPAK TANGAN....wallahu`alam....

***(sama2 kita renungkan ini: Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit,tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang)


~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA....:-)~