Tuesday, July 26, 2011

Popia Simpul


Takde cerita...cuma nak tahu cara2 nak menyimpulnya...sape tahu? boleh kongsi!!!...;)


Friday, July 22, 2011

Di Ambang Ramadhan

Salam semua!...tup tup...dah dekat nak puasa yer kita. Cepatnya masa berlalu...tanpa kita sedar...ramadhan akan bertamu kembali. InsyaAllah...moga kita diberi kesempatan untuk menyambut ramadhan kali ini dan dapat juga memeriahkan aidilfitri yang bakal tiba nanti. Moga ramadhan kali ini dapat kita manfaatkan dengan lebih baik dari tahun2 yang sudah.

Cakap pasal ramadhan ni...dah tentunya orang akan nampak "warnaaaa warniiiii di aidilfitri"...eheh. Tu ler pasal...puasa pun belum, dah ramai yang duk promosi kuih muih yang bermacam2 warna & beraneka bentuk. Kelabu mata ana melihatnya...huhu. Kelabu bukan apa...memikirkan "fulus" yang tak berapa nak ada...hehe. Tu cerita pasal kuih muih...pasal baju raya pulak satu hal lagi...jualan hari raya...potongan 70% setelah harga dinaikkan 100%...hahaha. Ya betul! cuba anda semua bagi perhatian sikit...sebelum ni harga baju la contohnya...katakan RM50...dah promosi hari raya...dah jadi RM100...pastu konon2nya ada potongan 50%...so, renung2kan. Tipah tertipu bang...isy3x.

So, nak bagi cadangan @ tip la sikit ni...kalau nak beli baju ke apa...beli awal2 lagi...sebelum ramadhan. Jimat masa, jimat tenaga, jimat wang dan +++. Kalau dah nak raya..faham2 jelah...ramai orang...nak memilih satu hal, nak membayar satu hal(beratur pjg daaa...), jalan pulak mesti la jam...semua sibuk keluar nak beli baju raya, kuih raya & yang seangkatan dengannya. + -...baik beli awal2...hehe.


Facebook & blog pun meriah gak ngan jualan cenggini. Ramai yang men"tag" nya. Juadah berbuka pun sama...macam2 ada especially serunding...feberet tu. Tu bukan lagi cakap pasal pasar ramadhan. ehehehe...ada gak yang sibuk nak cari tapak pasar ramadhan ...nak berniaga. Bercakap pasal pasar ramadhan ni...selalu la eden terkona...beli makanan yang dah basi...huhu. So, hati2 la kalau membeli. Hari pertama ok lagi...lauk pauk & kuih muih yang fresh lagi. Masuk hari kedua, ketiga dan seterusnya, ada peniaga yang tak jujur...sayang punya pasal, dijualnya makanan yang tak elok. Semalam punya barang...isy3x...teruk tul. DAN untuk keselamatan, kesihatan dan kebersihan+++...maka masak la sendiri...eheh.


Panjang lak ceriternya ya bila cakap pasal ni. Jadi, agar yang membacanya(ntah ada ntah tidak) tidak bosan...izinkan aku mengundur diri...sob3x...huhu. So, mari sama2 kita kuatkan stamina untuk menyambut ramadhan al-mubarak yang bakal tiba. Kuih...kuih juga, baju...baju jugak...tapi jangan sampai kita lupa akan kelebihan bulan ramadhan...moga kita dapat menunaikan ibadat dengan penuh keikhlasan...insyaAllah.

Sekian untuk kali ini...salam semua!!!

Tuesday, July 19, 2011

Kerang Rebus

Buat tajuk camtu sebenarnya bukan nak bagi resepi kerang rebus...ehehe...cuma nak citer sedikit pasal kerang rebus ni...bukan sambal@apa2 yg sewaktu dengannya...;) Minggu lepas aku ada rebus kerang...so, teringat pulak pada suami yang pernah tanya...kenapa aku rebus keras putih bersih jer...yang kt kedai katanya hitam...ekekek. Maka...jawab la aku...ape tidaknya, kerang tu aku berus satu-satu...hihihi. Guna berus plastik tu...eheh. Bukan apa...kulit kerang tu berlumutkan....jadi aku berus la kasik lumut tu hilang. nasib baik tak letak sabun jerk...kikiki. Mahu tidaknya kerang rebus tu bau wangi & rasa sabun...huhu. Tapi aku tak guna sabun la...;)

Mesti ade yang terpikir...isy3x...rajinnyer sampai berus satu2. Ehehe...Iye ler...berus satu2 ler sebab aku masak bukannya banyak...selalunya cuma sekilo. Untuk kiter2 ajer...berdua. Hero kecikku tak makan...main2 nak tolong bukak jer kejenya. Kalau masak berkilo2 mahu nak berus satu2...kikiki...alamaknya tak masuk periuk ler kerang tu kot. Macam la kat kedai tu...dah nak jual...mesti la dorang masak banyak...so, takkan la nak berus satu2 cam aku.

Tapi... mungkin ada petua kot untuk nak basuh kerang kasik bersih ni. Kalau tak silap...ade orang guna daun pisang masa membasuh tu. Lain2 aku tak tahu la. Dan kalau tak silap la...nak kasi kekotoran kat dalam dia tu kuar...letak cili padi semasa merebusnya. Tapi aku tak letakpun...cuma taruk serai, bawang putih & merah yang diketuk jer bersama garam secukup rasa...;)

Ok...sekian dulu...as-salam!

Thursday, July 14, 2011

Bila Dah Namanya Budak

Petang semalam...masa nak suap nasi anak terunaku(masih bersuap walaupun dah nak masuk 5 tahun...kalau tak alamaknya makan sesuap...siap) tertengok bibir bawahnya bengkak. Bila dilihat...kat dalam tu merah macam kesan jatuh. Aku tanya la dia...kenapa? Dia jawab masa kat sekolah...kawan dia pukul dengan tangan. Hermmm...itulah bila dah namanya budak. Aritu lebam kat belakang...katanya kawan gak pukul n +++. Macam2...

Susulan dari tu..tak boleh la aku nak salahkan kawan2 dia tu. Bila dah namanya budak...macam tu la jadinya. Ini mesti kes my hero ni pun hebat gak. Bila dah jumpa geng...hermmm aktifnya boleh tahan jugak la. So, tak boleh nak salahkan sape2. Tapi semoga semua aktiviti mereka dalam perhatian cikgu2 kat sekolah. Bukan apa...takut terOVER aktif...berlaku kecederaan yang di luar jangkaan/yang tak diingini pulak...nauzubillah!


Mendengar jawapan Faris tu...aku kata la ngan dia "ni mesti Faris main kuat sangat/farispun pukul kawan. G sekolah kanker nak belajar...tak bole la main kuat sangat + bla bla bla..." ala2 nasihat. Mendengar nasihat berbau leteran aku tu...dia senyap jer...hehe. Dicampur tolak...tak boleh nak salahkan sesiapa...kalau dah sama2 aktif...itu la namanya BUDAK...ehehe...;)

***Moraly of d story...ibubapa jangan pulak cepat melatah apabila berlaku kecederaan kecil camni. Kadang2 tu...disebabkan anak2(hal2 yg kecil)...ibubapa lak yg gaduh. Di dalam apapun situasi...kita kena banyak menggunakan akal . Begitu juga dengan anak2...kena pandai menyelami jiwa yang masih banyak untuk dipelajari. Semoga dengan akal yang ada & akal yang waras...kita berjaya mendidik rohaniah & jasmaniah anak2 kita...insyaAllah!

Tuesday, July 12, 2011

Pergi...Tapi...

Baca tajuk tentunya tak dapat agak apa yang nak diperkatakan. Sebenarnya ni nak tulis pasal anak2 yang pergi sembahyang jumaat. Bila dah pergi tu alhamdulillah. Tapi yang jadi masalahnya ramai yang pergi...tapi hanya pergi jer, sembahyangnya tidak. Sekadar lepak2 king kat sekitar masjid. Orang pergi...terus masuk masjid, kalau yang belum berwuduk ambik wuduk dulu dan terus masuk. Ini tidak...sampai masjid berkumpul kat luar dengan geng2 seangkatan...borak2 dan tak kurang juga ada yang main "kungfu". Dari pemerhatian aku la...selalunya yang macam ni budak2 sekitar umur 10-15 tahun yang pergi sendiri (naik motor/basikal) bukan dengan orang tua.

Yang pastinya...bila dah huhahuha...khutbah yang disampaikan ntah ke mana. Ramai yang macam tu...bila azan kedua dilaungkan...alhamdulillah, ramai jugak yang mula bergerak masuk ke dalam masjid. Tapi...tak kurang jugak yang tetap tak berganjak dari terus lepak kat luar sambil borak2. Yang sangat sedihnya...orang dah mula sembahyang...tapi masih ada segelintir daripada mereka yang masih tak berganjak...Dan terus tak berganjak sampai la orang habis sembahyang. Hurmmm...jadi apa motifnya ke masjid? Terpaksa, dipaksa atau...apakah lagi alasannya? Tapiiiiiiiiiii...bila orang dah mula bersurai untuk balik...pandai pulak merekapun turut sama bergegas untuk pulang. Nak balik rupanya...ingatkan memang nak stay kat situ jerk...huhu.

***Moralynya...kalau boleh biar la anak2 sebesar itu pergi bersama2 orang dewasa.

Ermmm...sebenarnya semua ni dari pemerhatian aku setiap kali menunggu suami sembahyang jumaat. Selalunya kalau kami berjalan jauh pada hari jumaat, terpaksa la kami singgah mana2 masjid untuk suami menunaikan solat jumaat. Jadi...sambil menunggu kat dalam kereta tu...aku jadi la pemerhati ala2 perisik...ehehehe.

K dulu untuk kali ini...semoga perkongsian kali ini mendapat perhatian...khasnya ibubapa yang punya anak2 laki...semoga anak2 kita dalam pantauan kita. Moga kita sekeluarga sentiasa dalam lindungan dan limpah kurniaNya...insyaAllah...amin3x!!!

Thursday, July 7, 2011

Melahirkan Anak yang Soleh dalam Islam

Jom kongsi rahsia melahirkan anak soleh dalam Islam!!!


Bagaimana melahirkan anak soleh?

Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita. Sabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud); “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Setiap dari kita wajib menjaga dan mendidik anak-anak kita supaya menjadi anak yang soleh. Anak kita adalah tanggungjawab kita. Anak-anak bukan sekadar anugerah Allah kepada kita, tetapi yang lebih besar dari itu mereka merupakan amanah yang dipikulkan Allah ke atas bahu kita. Allah ingin menguji kita; adakah kita bersungguh-sungguh menjaga dan mendidik mereka atau tidak?

“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisiNya pahala yang besar” (Surah al-Anfal, ayat 27-28)

Apa makna anak soleh?

Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan kita, tetapi yang lebih utama dari itu ialah anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya’Allah anak itu secara otomatik akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.

Bagaimana mendidik anak menjadi soleh?

Tidak ada cara mendidik anak yang paling baik dan paling berkesan melainkan dengan cara didikan Islam. Langkah pertama ke arah didikan anak yang sempurna ialah keazaman ibu-bapa itu sendiri untuk kembali menghayati Islam dan menghidupkan Biah Islamiyyah (yakni suasana keislaman) di dalam keluarga dan rumah. Hanya anak yang hidup di dalam suasana keislaman yang dapat menghayati Islam dan seterusnya berjaya dibentuk menjadi anak yang soleh.

“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”. (al-Anfal: 24)

10 langkah praktik untuk melahirkan anak soleh


Didiklah anak-anak kita mengenali Allah.
Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain 3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita.
Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;
  1. Selalu membaca al-Quran di rumah
  2. Membiasakan solat-solat sunat di rumah
  3. Hidupkan budaya memberi salam
  4. Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
  5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau
  6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita
  7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
  8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
  9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
  10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita

Insya-Allah dengan melaksanakan langkah-langkah tersebut dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah, akan lahirlah di dalam keluarga kita anak-anak soleh yang bukan sahaja dikasihi Allah, tetapi juga menyejukkan mata kita dan menyenangkan masyarakat.

Sumber : Ustaz Ahmad Adnan Fadzil