Tuesday, July 12, 2011

Pergi...Tapi...

Baca tajuk tentunya tak dapat agak apa yang nak diperkatakan. Sebenarnya ni nak tulis pasal anak2 yang pergi sembahyang jumaat. Bila dah pergi tu alhamdulillah. Tapi yang jadi masalahnya ramai yang pergi...tapi hanya pergi jer, sembahyangnya tidak. Sekadar lepak2 king kat sekitar masjid. Orang pergi...terus masuk masjid, kalau yang belum berwuduk ambik wuduk dulu dan terus masuk. Ini tidak...sampai masjid berkumpul kat luar dengan geng2 seangkatan...borak2 dan tak kurang juga ada yang main "kungfu". Dari pemerhatian aku la...selalunya yang macam ni budak2 sekitar umur 10-15 tahun yang pergi sendiri (naik motor/basikal) bukan dengan orang tua.

Yang pastinya...bila dah huhahuha...khutbah yang disampaikan ntah ke mana. Ramai yang macam tu...bila azan kedua dilaungkan...alhamdulillah, ramai jugak yang mula bergerak masuk ke dalam masjid. Tapi...tak kurang jugak yang tetap tak berganjak dari terus lepak kat luar sambil borak2. Yang sangat sedihnya...orang dah mula sembahyang...tapi masih ada segelintir daripada mereka yang masih tak berganjak...Dan terus tak berganjak sampai la orang habis sembahyang. Hurmmm...jadi apa motifnya ke masjid? Terpaksa, dipaksa atau...apakah lagi alasannya? Tapiiiiiiiiiii...bila orang dah mula bersurai untuk balik...pandai pulak merekapun turut sama bergegas untuk pulang. Nak balik rupanya...ingatkan memang nak stay kat situ jerk...huhu.

***Moralynya...kalau boleh biar la anak2 sebesar itu pergi bersama2 orang dewasa.

Ermmm...sebenarnya semua ni dari pemerhatian aku setiap kali menunggu suami sembahyang jumaat. Selalunya kalau kami berjalan jauh pada hari jumaat, terpaksa la kami singgah mana2 masjid untuk suami menunaikan solat jumaat. Jadi...sambil menunggu kat dalam kereta tu...aku jadi la pemerhati ala2 perisik...ehehehe.

K dulu untuk kali ini...semoga perkongsian kali ini mendapat perhatian...khasnya ibubapa yang punya anak2 laki...semoga anak2 kita dalam pantauan kita. Moga kita sekeluarga sentiasa dalam lindungan dan limpah kurniaNya...insyaAllah...amin3x!!!

8 comments:

chegno said...

tulah, anak-anak saya suruh ikut jiran sebelah pi jumaat. bila jiran xde baru depa naik motor, tapi saya pecaya depa dirikan solat, Insyallah.

Zurina said...

Alhamdulillah...mg ank2 kita sentiasa dalam peliharaanNya. Mak mertua sy cakap...dia dl..kalau suami xde kt rumah...dia sdiri hantar ank2 pegi sembahyang jumaat. Dia tggu dlm kereta. Begitulh kesanggupan seorg ibu dlm nk mdidik & mbesarkn ank2.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Semoga anak2 kita tak buat macam tu bila dah besar nanti. InsyaAllah.

Zurina said...

amin3x!!!...insyaAllah...;)

cheqno said...

saya pun penah buat mcam mak mentua zurina, hantar & tunggu depa dlm kreta hingga depa habis jumaat, itu masa depa xde lesen moto.

Zurina said...

o...g2lah yer bila dh pikul tjwb sbg ibubapa...sanggup buat apa saja demi melihat ank2 mjadi manusia bguna. Mg ank2 ceqno akn ingat & hargai pengorbanan tu..insyaAllah..;)

Sang Penulis said...

Sedih kalau perati budak-budak yang duk lepak2 kat tepi masjid, salah siapa?

Zurina said...

Itu ler...sedih tgk...xtau nk kt salah siapa...masalah ni masalah bsama...kalau bole yg lebih dewasa tu sama2 "tegur menegur" xkira la ank sapepon. utk kebaikan bsama...;)