Jumaat lepaskan cuti 1 Malaysia. So my asben ajak p KL. Ikut hati malas nak g coz selalu sangat turun KL. Sebelum duk kat Perak ni pun dah 7 tahun kat sana. Campur masa study n Kerja. Lagipun jiwa ni tak berapa nak serasi duk sana...tambah2 lagi nak beratur kat jalan raya...huhu. Kalau setakat nak g jalan2 ok la jugak...kota metropolitan katakan...sape tak suka ibu negara Malaysia...pusat utama gedung membeli belah. Tapi tu untuk yang poket tebal...aku ni poket tak berapa nak tebal...huhu.
Dalam duk pk2 nak tak nak pergi tu...akhirnya petang jumaat tu bertolak juga kami sekeluarga ke KL selepas menghadiri majlis jamuan hari raya & open house member.
Hari sabtu petang, kebetulan abangda kat sana buat open house. Tapi sempat juga aku beraya ke rumah member di Petaling Jaya & kawan asben kat Putrajaya. Malamnya lepak2 king sambil layan tetamu2 rumah abang. Kalau dilihat...suasana raya kat KL mmg masih cukup2 meriah nak dibandingkan dengan tempat lain. Kalau kat Perak...dah suam2 kuku. Rumah terbuka ada...tapi suasana tak semeriah kat KL...rumah terbuka sana sini. Hari sabtu tu...kat taman perumahan abang saja ada beberapa buah rumah buat open house termasuk jiran kat depan rumah dia. Kat situ...my asbenpun tumpang raya sekaki sebab dia dijemput skali...kikiki.
Kiranya tak rugi la aku turun KL hujung minggu tu...dapat gak aku rasa meriahnya lagi suasana raya. Tertanya gak...kenapa suasana raya kat KL cukup meriah walaupun dah pertengahan syawal? Dalam duk borak2 kt rumah abg malam tu ada yang tolong jawab persoalan aku...katanya "orang KL majoritinya bukan penduduk asal kat situ. Bila raya dorang balik kg masing2. Jadi time ni lah dorang nak sambut raya ngan kawan2. Berbeza kat tempat lain...especially kampung...warga kampung adalah penduduk tetap/asal situ. Jadi dorang dah raya awal2 lagi". Ringkasnya begitulah. Jadi...pendapat tu boleh la diterima pakai jugak...tak gitu???
Pagi Ahad...sebelum bertolak balik tu...sempat kami singgah MidValley jap...tak beli apepun...cuma my asben kesian tengok Faris...so, sebagai buah tangan turun KL...dia ajak g situ beli mainan untuk Faris. Apalagi my heroku tu...bila tanya nak apa...katanya nak "Ultroman"(Sejak sekolah baru dia kenal pasal "ultroman" walaupun tak pernah tengokpun citer tu. Sekarang ni baru sesekali tengok). Dan kat situ dapat la satu set ultraman untuk Faris juga tak ketinggalan...feberet my asben bila g sana..."buah berangan"...;)
Pagi Ahad...sebelum bertolak balik tu...sempat kami singgah MidValley jap...tak beli apepun...cuma my asben kesian tengok Faris...so, sebagai buah tangan turun KL...dia ajak g situ beli mainan untuk Faris. Apalagi my heroku tu...bila tanya nak apa...katanya nak "Ultroman"(Sejak sekolah baru dia kenal pasal "ultroman" walaupun tak pernah tengokpun citer tu. Sekarang ni baru sesekali tengok). Dan kat situ dapat la satu set ultraman untuk Faris juga tak ketinggalan...feberet my asben bila g sana..."buah berangan"...;)
Ok dulu untuk kali ini...salam syawal untuk semua!!!
7 comments:
Pepun yang buat hati tak meriah sgt masa g KL...my hero kecilku kena asma.Batuk kuat tp alhamdulillah tak demam.sabtu pagi ambik oksigen kat kecemasan hospital kajang....huhu. Tapi alhamdulillah selepas tu ok...cuma selera makan takde. Cam letih cikit la...walauuuuuu malamnya tu kembali aktif dalam keletihan...huhu,budak katakan...mana taunya erti letih...:)
akak...
raya kat mana2 pun sama aje pada saya...yg penting dapat bersama sama dgn org tersayang...kan kan kan???heheheh
kl raya kat somalia cam ne laa ek...huhuhu
ahaha...btul tu raya kat mana2 tetap meriah azian...tambah2 semua insan tersayang ada. Tapi kat KL panjang rayanya...tu jer nk habaq...kikiki. Kalau kt somalia...huhu...xtau nk kata apa...hihihi
Kat office ni, esok (26 sept-28 syawal) baru wat jamuan raya nak tutup lah kut, hari ni pun ada gak! Lepas ni kenduri nak pi mekah pulak, Orang Malaysia jenuh makan, orang Somalia/kemboja??.
btul tu cheqno...mg kita sentiasa berada dkalangan org yg sentiasa bersyukur ats segala nikmtNya...amin3x!
kalau kat KL ni, sampai jamm pekat traffic.
btul tu k.yan...kebiasaan yg tpaksa d hadapi oleh warga KL..;)
Post a Comment