Saturday, March 24, 2012

Only Me n My Hero

Dua minggu lepas...kemain hepi...yeler...berhujung minggu di kampung. Berbeza lak hujung minggu ni...di tinggal berdua dengan anakanda my hero...maka paham2 ler...semestinya aktivitinya sangat2 terhad...sobsobsob. Alahai...ala2 manjer lak kannnnnn...macam la tak pernah kene tinggal...selalu sangat dah. Orang melayu kata...dah "kalih"(biasa) dengan situasi ni. Tapi...dah kalih pon...tetap rasa tak lengkap hari2 ni...kwang3x...jiwang karat tu takde la...biasa lah kannnnnnn...tak payah nak xplain...kalau kita sejiwa...pasti anda dapat rasakan ya! Kalau ler duk bermastautin kat kampung...sah2 time gini aku bertenek kat rumah ibunda tercinta...huhuhu. Takpelah...pengalaman yang mematangkan kita.

Pe2 hal pon...jiwa harus kental. Susah senang, sunyi sepi, bosan tidak...hanya naluri manusia...moga ada keterbatasannya...agar diri ini tidak lalai dalam menyelusuri hidup ...insyaAllah. Alhamdulillah...syukur ada puteraku yang sorang ni...peneman ibu setiap masa. 

Tapi sekarang dia tidur...ntah penat bermain tanpa henti seharian atau tidur disebabkan kebosanan...almaklum ler...kalau ada ayahnya...sudah pasti dah main tinju2 ala2 ultraman...tapi dengan ibunya ni...huhuhu, tak larat omak nak melayan semuanyer...hehe...kecian dia. Bukan aper...tu menan orang laki jer ya sayang ibu. 

Kije dah settle...hero tidur...ermmm...layan blog ler kejap nak hilang kebosanan ni...hye2 bye2...

Salam cemua!...nak zzzzzzzzzz jugak la....;)))))


Thursday, March 22, 2012

Patut Ke?


 
Salam buat semua!

 Berapa anda bayar untuk segelas "air kosong" ini?...Selalunya kita dikenakan bayaran lebih kurang RM0.20/RM0.30. Tapi tak kurang jugak ada kedai yang bagi free jer...sebenarnya itulah yang paling sesuai dan yang sepatutnya...sedekah...hehehe...marah lak orang berniaga kat aku ni...;)))) 

Awal Mac aritu aku ada turun KL. Sambil2 tu ada la melencong kat Shah Alam jap. Dah tu singgah la satu kedai...di sini untuk segelas air kat atas tu...aku dicaj...RM0.50...ermmm....bila tengok resit...terdetik gak di hati...mahalnyer...hihihi, ni bukan soal berkira...kalau nak berkira...bawa jer air kosong kat rumah tu kan...jimat. Tapi di sini...sajer nak mengulas "kelogikkan" harga untuk segelas air "0". 

Dan baru2 ini aku terbaca...ntah kat mana...lupa...ada seorang brader tu dikenakan RM1.50 untuk segelas air kosong. Ingatkan RM0.50 tu dah mahal...rhoper2nya...ada kedai lagi cekik darah. Jadi...soal ini nak salahkan siapa ya? Kalau tak nak panjang citer...tak payah order la air ni...order jer air lain...kalau nak jugak...bawak sendiri....hihihi...idea yang bagus ni.

K dululah...sajer jer nak panaskan blog yang sunyi sepi ni. T.Kasih pada yang sudi singgah/jenguk sini...t.kasih jugak pada yang sudi follow ya! Ada luang jenguk2 la selalu walaupun n3nya jarang2 wujud...hehe.

K

Wassalam...;)

Thursday, March 8, 2012

Hikmah Memberi Dan Menjawab Salam

Terdapat banyak hikmah yang Allah SWT letakkan disebalik salam. Sebab itu terlalu banyak hadis-hadis yang menceritakan kelebihan memberi dan menjawab salam. Antaranya ialah:

1. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda;

“Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya! Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. dan kamu tidak akan beriman sehingga dapat berkasih mesra. Adakah aku belum menunjukkan kepada kamu satu amalan, yang apabila kamu mengerjakan nescaya kamu akan berkasih mesara?”
Para sahabat baginda menjawab;
“Belum Wahai Rasulullah s.a.w”
Kemudian Rasulullah s.a.w pun menerangkan:
“Kembangkanlah memberi salam di antara kamu.” (Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)
2. Tambahan daripada itu, malaikat pula akan mendoakan bagi mereka yang memberi dan membalas salam sebanyak 70 kali. Ini dinyatakan didalam hadis;
“Apabila seseorang Islam itu memberi salam kepada orang Islam lalu salamitu dibalasnya, maka berdoalah para malaikat untuknya 70 kali.” (Hadis Riwayat Sahibul Firdaus daripada Abu Hurairah)
3. Begitu juga dinyatakan bahawa Allah mengampunkan dosa-dosa sahabat handai sesama muslim antara mereka sebelum mereka berpisah. Ini dinyatakan didalam hadis;

“Tiadalah daripada dua orang Islam yang bertemu lalu bersalam-salam melainkan dosa kedua-duanya diampunkan sebelum mereka berpisah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan Ibnu Majah)

Sumber:  http://myibrah.com/hikmah-memberi-dan-menjawab-salam