Thursday, March 28, 2013

Maaf & Memaafkan

Dalam hidup ni kita tidak boleh lari dari salah dan silap. Sifat manusia tak semuanya sempurna. Dan jangan sesekali mengharapkan kesempurnaan orang lain kerana kita sendiripun tidak sempurna dalam semua perkara. Justeru kalau ada salah dan silap tu tak salah kalau kita cepat2 minta maaf @ cepat2 memaafkan. Tak kiralah salah siapa...kita/orang lain...memohon maaf dan memaafkan adalah suatu tindakan yang bijak untuk kesihatan hati dan minda. DAN tak perlu tunggu hari raya untuk saling maaf memaafkan. Jiwa kita ni kalau nak bersih...sifat maaf memaafkan ni penting.



*** jom sama2 muhasabah diri! Permusuhan tidak membawa kita ke mana2.

~SEKIAN WASSALAM~

Saturday, March 23, 2013

Edisi Tayang Makanan

Salam semua! Selamat berhujung minggu...dan pada adik2 yang masih bersekolah...selamat bercuti rehatkan minda dan rehatkan diri selama seminggu. Tapi jangan abaikan tanggungjawab, belajar tetap belajar k! Kerja yang cikgu bagi jangan lupa buat...dan rajin2kan diri untuk ulangkaji pelajaran tau!!! Seperti biasa...bila cuti sekolah ni tentunya ramai ambil kesempatan untuk balik kampung...akupun nak balik jugak...walaupun cuma 2 hari...jadilah. K, lari tajuk jap...jom kita berbalik pada tajuk asal...makanan...hehe. Tak nak citer panjang2...Meh! layan gambar sambil stori mori ya!!!

 Apa yang otai...apa yang no.1 di Malaysia???...ermmmm sila lihat gambar bawah...tu la dia...:)

  Ini haaaaaaaa...burger Otai no.1 di Malaysia. Kalau anda nak tau best ke tak...cubalah ya! 

Ini versi tayang masakan sendiri...cream puff percubaan pertama. Dah lama teringin nak buat...dan akhirnya kejadiannya terhasil jugak awal Mac aritu. Nak senang kerja aku main sudu2kan ajer...tade munga2...tapi tetap cantik kannnnnn?(hehe...versi nak sedapkan hati). Jangan persoal tentang rupanya...tapi persoalkan soalnya rasa...bila lulus pada tekak en.suami...kukira misi ini berjaya...:)...alhamdulillah. Resepinya aku ambil kat blog Dapur Mamasya...dan kalau nak tengok resepinya sila ke SINI ya!!!

 Sesekali ubah selera mat saleh walau aku ni tekak melayu original...tapi untuk citarasa en.suami aku rajinkan diri mencuba beberapa resepi ala2 mat saleh ni. Resepinya ala2 suka hati dan syok sendiri...kalau anda nak...sila google ya...banyak di pasaran...:)

 Taraaaaa...jemput makan!!! ...:)

Ini feveret en.suami...yong taufuuuuuuu....dua pilihan kuahnya...satu yang "pedas" satu "sup"...selalunya kuah pedas jadi pilihan kami. Heroku Faris selalunya makan tanpa kuah...kalau ambik sup pun dia tak makan. Gambar kuah lupa snap...akan di snap d masa akan datang...:) ...k, banyak kerja mahu dibereskan...permisi dulu...

~sekian wassalm~

Friday, March 15, 2013

AZAB BAGI YANG TIDAK SEMBAHYANG


AZAB BAGI YANG TIDAK SEMBAHYANG

14 JENIS SEKSAAN..

5 SEKSAAN DI DUNIA:
1.Dicabut berkat umurnya(hidup susah dan tidak aman damai)
2.Dihapuskan tanda orang soleh dimukanya(wajahnya tidak bercahaya)
3.Setiap amalan kebajikan yang dilakukan tidak diberi pahala oleh Allah.
4.Doanya tidak dimakbul oleh Allah.
5.Tidak tergolong kedalam golongan Mukmin yang mendapat bahagian daripada doa orang yang soleh.

3 SEKSAAN KETIKA HENDAK MATI
1.Mati hina.
2.Mati dalam keadaan kelaparan.
3.Mati dalam keadaan dahaga yang amat sangat.

3 SEKSAAN DALAM KUBUR
1.Disempitkan kubur sehingga hancur tulang rusuknya.
2.Dinyalakan api didalam kubur untuknya,maka bergelumanglah didalam api siang dan malam.
3.Datang menggigitnya ular yang bernama 'SYUJA',matanya dari api neraka dan kukunya daripada besi panas neraka dan menggigit setiap ketika sehinggalah hari kiamat.

3 SEKSAAN SEMASA KELUAR DARIPADA KUBUR UNTUK KE AKHIRAT
1.Diberatkan hisab(banyak soal jawab)
2.Dimurkai oleh Allah.
3.Dimasukkan kedalam api neraka.
***(ustaz Dato' Haji Ishak Baharom)

 
***buka fb pagi ni terbaca pasal ni...jadinya tak salah kiranya saya copy paste dan kongsikan kat sini...sebagai peringatan untuk diri sendiri juga. 
*** SOLAT ITU TIANG AGAMA...jadi jangan sesekali mengabaikannya ya walau sesibuk manapun kita dengan urusan dunia! 

~ SEKIAN, WASSALAM! ~

Tuesday, March 5, 2013

Pulut Kuning

Salam semua...hari ni nak tayang pulut kuning yang kejadiannya minggu lepas. Ini berikutan keinginan tekak ni nak makan pulut kuning ekoran minggu sebelumnya jiran ada bagi pulut kuning+rendang. Biasalah benda kalau dah sikit...sedapppp sangat rasanya. Disusuli pulak lepas tu tertengok rancangan masakan kat tv...adalah sorang chef tu masak pulut kuning...pelagi, keinginan tu kian membuak. Bila terjah ke dapur ada pula beras pulutnya...maka chef hebat nipun merajinkan diri menunjukkan skil dan kepandaian membuat pulut kuning yang dikukus dan di"arun". Ini adalah percubaan pertama chef berbekalkan pengalaman melihat ibunda tercinta dan nenda yang pernah membuat benda ni. Maka...dengan itu inilah kejadiannya taraaaaaaaaaaaa....cantik tak? hehe...syok sendiri kannnnnn..;)

Dipadankan dengan telur dadar nipis gulung yang di hiris halus warna warni lagi. Ingat dulu2 tiap kali ada orang khatam Quran mesti mak ayah mereka buat pulut kuning macam ni + gulai ayam @ daging untuk dijamu kepada rakan2 di rumah guru Quran.


Sedia untuk dimakan....:) Kebetulan rendang semalamnya ada lagi...padanan yang sesuai dan sedap...ermmm yummy...


Pada hari yang sama...kerajinan tu lebih sikit, maka buat la pizza simple ni. Anakanda Faris suka walaupun kejadiannya tersangatlah ringkas. Ala2 telur dadar jer...cuma di celup roti, di tabur sosej, bawang, sos, cheese...siap...resepinya lupa pulak dapat kat mana...tapi dari blog jugak la...k, jemput makan!!! 

Ok, berundur dulu...jom sama2 kita doakan masalah di Sabah dapat diselesaikan seberapa segera dengan cara aman...amin!..wassalam!