Friday, May 6, 2011

Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.........mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin.......Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.........mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila........ aku nak belikan hadiah untuk emak

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya........
berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya........
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya?...

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

SESUNGGUHNYA BUDIMU IBU TAK TERBALAS


Sekian, terima kasih.

Thursday, May 5, 2011

5 Perkara Yang Kita Mahukannya & KitaUsaha Utk Mendapatkannya


1:Wajah yang cantik
2: Duit yang banyak
3:Kesihatan yang baik
4:Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.

Kata Nabi Muhammad S.A.W;

Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan
Siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan
Barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan
Siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan
Barang siapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.
(Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ' Surah Al-Baqarah ayat 286

Monday, May 2, 2011

Kuzi Oh Kuzi

Petang semalam merajinkan diri memasak kuzi....ini merupakan percubaan yg ke 2. Percubaan pertama kalau tak silap awal tahun ari2...rempahnya beli kt pasaraya. Yg ni aku beli dekat kg...masa balik bcuti ari2.

Percubaan pertama...bigbos kata..."bau dah ada...bole la kalau nak makan"...huhu, maknanya kureng kawwwwwwwww la tu. Akupun pk g2 gak...;( Tp takpe...itu baru pcubaan yang pertama. Percubaan kedua lak...bigbos kata "ok"...;) Ermmm...apa maksud tsirat disebalik ok itu...wallahualam...hehe. Tp bg aku xberapa nak ok lg. Rasanya masih ada yg kurang. Mungkin perlu tukar resipinya kot...sbb pcubaan ptama & kedua guna resipi yg sama(search kt internet). Cuma rempah jer lain2. Mungkin jugak minyak sapi memainkan peranan...jenama ape ek paling bes? Aku guna GHEE. Tp dr dl sampai skrg mmg aku alah sikit ngan benda ni...baunya buat ana fening ler...hehe. Tp bila dah jadi menu tu...ok la.

So, malam tadi punya menu adalah kuzi cicah roti. Hajat nak buat roti jala...tp ketidaklaratan melanda...sebab pagi semalam sampai ke petang aku n 2hero melawat kawasan....buat rondaan 360 darjah + jln2 cari makan...;) Balik tu merajinkan diri masak kuzi sbb suami tanya "ari tu balik kg beli rempah kuzikan?". Memandangkan bahan ada...tu yg merajinkan diri gak membuatnya. Lagipun buat time cuti2 ni laku sikit.

Memandangkan kuzi tu aku masak banyak...bole la dijadikan menu utk pagi ni. Jadi pagi ni akupun menjala la rotinya utk dimakan ngan kuzi. Dari segi rasa...bila dah dipanaskan...rasanya lg kawww la...;) Ermmm...dah menghampiri tahap lulus ni...hihihi...mengredkan diri sendiri. Kasi up sikit...sbg motivasi...hehe.

***sape2 nak perturunkan ilmu bole gak...dialu2kan!!!

Ermmm...sekian dulu utk kali ini...as-salam!!!!

Saturday, April 30, 2011

Menu Minggu Ini

Menu mingguan aku sekeluarga tak menentu...bergantung pada mood. Yang pastinya dlm sehari dua takpun 2 ke 3 hari tu...ade la hari malas sedunia. Kl tiba saat itu...berhimpun la kami 3 beranak kt mana2 restoran(5 bintang...huhu)...takpun tunjuk jer/order kt mana2 kedai...;)

Selesa lepas adalah hari malas sedunia. Tp berkeinginan pulak nk makan pajeri nenas...so aku tunjuk la kt "restoran family" xjauh dr rumah yg mmg myediakan masakan siap. Selain tu aku tunjuk gak ayam goreng berempah...ermmm namanya goreng berempah...tp aku tgk xbrp nk berempah mana...tp bole la time2 jiwa malas ni dtg...hehe. Dalam malas2 tu sempat gak la aku buat sayur campur memandangkan kubis carrot n lada hidup sedia ada dlm peti ais...udang n sotong xder...aku letak jer bilis n telur...ermmm bole laaa...;)

Tu citer ari selasa...rabu lak pasar malam...ermmm...memalaskan diri gak la...teringin nak makan mee kari...so, menu ptg tu mee kari. Tp utk aku jer la...2 hero ku yg hencem tu aku beli mee sup...feberet dorg...;) Soalnya rasa...mee kari tu ok gak la...tp pedasnya sampai berasap telinga...hehe(lebey2 plak.;)

Kat pasar malam tu jugak aku jumpa pisang emas...hargapun agak murah...so aku beli la 2 sikat...nanti bole buat cekodok. So petang semalam(jumaat)...dh jadi la pisang2 emas tu "kodok'...ermmm laku gak...sedap sehingga mjilat jari...kikiki. Cekodok saper xpandai buatkan.

Rasanya itu jelar n3 kali ni. Sajer m'hotkan blogku yg sunyi sepi tanpa n3 baru ni. ntah la...xder idea sgt nk sll menulis kt cni. nak kt cbuk xjuga...myibukkan diri sdiri kot...huhu. K...salam semua slmt bhujung minggu n slmt hari pekerja...apa yg pting...cuti...;)

***gambar xsempat ambil...yg tpapar tu search kt google...hehe

SEKIAN...;)

Saturday, April 23, 2011

Tiga "Is Three" = Isteri


Hmmm...tgelak baca dialog ni dlm FB ...ntah dr mana member tumpang share. Citernya gni(hehehe...kpd penulis asal tu...sorry ek ciplak). Nak share sbb menarik gak...;)
*
*
*

Dialog suami isteri.. Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.

Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...

Hehe...begitulah ceritanya...menarik...senaman muka di hujung minggu...;))))))