Tuesday, November 29, 2011

Cuti Maal Hijrah

Minggu lepaskan cuti 3 hari ...Sabtu, Ahad + Maal Hijrah. Cuti sekolah ni ramai yang kenduri kendara...jadi kami sekeluargapun tak terlepas dapat jemputan. Hari Sabtu tu cikgu Faris kahwin...tapi kat depan rumah jer. Ahad lak ofismate husben sambut menantu. Jadi dua hari tu tengaharinya dapur kami tak berasap...ermmm ye ke? huhuhu...dua2 majlis anak terunaku hanya menghadirkan diri dan minum air jer...nasi taknak makan. Baru lepas demam...mungkin selera makan tu takde lagi. Jadi, terpaksalah balik kenduri tu aku masuk opis kat rumah(dapur ler tu)...kang lapor pulak dia. Jadi...berasap la jugak dapurku. 

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari...sebelum tu...jumaat malam kami makan free jugak...tempat keje my husben buat Annual Dinner dekat Clearwater Sanctuary Golf Resort, Batu Gajah. Tapi alahaiiii...semua menunya adalah western food. Walaupun aku ni jenis telan semuanya, tapi perut aku ni perut kampung...dah itu yang disajikan...yummy yummy jerlah kannnnnn...huhu. Pepun... jom layan gambar sambil kita citer2 ckit...

 Tema malam itu adalah Purple. Tengok la...kesian Faris, batuk...tak berapa sihat lagi. Dia cuma makan buah dan coklat + sedikit ayam...paksa punya paksa...tak nak jugak. Walau bagaimanapun...orangnya tetap aktif...apalagi ada acara untuk anak2 malam tu. Faris masuk pertandingan mewarna.

 Tak nak makan jugak walaupun berkali2 dipujuk...tengok la pinggan dia...penuh lagi walaupun orang dah nak habis makan n bertambah2

 Tekun mewarna...bukan mewarna jugak....tapi tabur benda(tah penama orang panggil) yang kilat2 tu. Faris tak reti sangat sebab sebelum ni tak pernah cubapun benda tu. Bukan faris jer...ramai anak2 lainpun masih kekok dengan benda tu. Tapi dorang semuanya happy dan bersemangat...budak2...;)

 Hehe,,,muncung mulut2...semangat tu...;) Ayahnya yang snap gambar2 ni...aku tak join...lepak2 king dengar ucapan kat dewan...walauuuuuuuuupun tak ambik perhatian sangat...hehe.

 Ada gak di kalangan anak2 di bantu oleh kaum ibu dan bapa...hehehe...tunjuk ajar jer...tolong sikit2...huhuhu.


Dannn...inilah antara hamper dan hadiah yang kami bawa balik malam tu. Ok la tu...;)

Tamat pasal dinner jumaat, kenduri kendara Sabtu Ahad...Isnin plak...tanpa dirancang...pagi2 lagi en suamiku suruh bersiap2 nak g Cameron...tiba2 jerk. Sebelum ni dia ada sebut gak...tapi kami putuskan tak nak pergi sebab sekarang musim hujan...takut nak panjat jalan berbukit dan bengkang bengkok tu. Tapi  memandangkan cuaca hari tu nampak ok jer...aku on jerlah. Dikejutnya Faris yang tengah syok tidur. Apalagi...kawan tu...dengar jer nak g jalan Cameron Highlands...terus bangun & mandi. Kami bertolak dari rumah lebih kurang 8.30am dan singgah sarapan jap...dalam 9.15 gitu bertolak ke cameron. Perjalanan ke Cameron dari tempat kami lebih kurang 2 1/2 jam. Jom layan gambar lagi!!!...;)

Turun tangga menuju ke ladang teh.  Tanah Rata...ladang teh yang menjadi tumpuan. Kalau ke Cameron, tempat inilah destinasi pertama kami.

 On d way...melalui lereng2 bukit yang bengkang bengkok...fening kefala ana...huhuhu.

 Sayup pemandangan...sejuk mata memandang melihat kehijauan ladang teh.

Dannnn...bawah ni antara harta rampasannya. Tak banyak...sebab fulusnya tak berapa nak tebal...;))))))

 Ini Faris punya kerja..kalau takde barang dia, memang tak senang nak jalan. Tak kiralah mahal ke murah...janji ada.

 Strawberi...fresh dari ladang...;) Yang ni...belum sampai rumah faris dah ngap. Kitaorang singgah makan...dia hanya makan benda ni. Dah memang sedia maklum...untuk dia kami tapawww.

 Jagung dan ubi keledek

 Kemestian...semestinya teh dari ladang...untuk abanganda dan kekanda di kampung. Kat belakang tu...my hero yang sedang leka menikmati strawberi. Ermmm...nasib baik tak berapa nak masam...tapi dia macam ayahnya...suka asam.

 Asam...my usben hantu asam...hehehe..jangan mareee yer my super hero!!!

Fridge Magnet...juga sebagai souveneir

Dan lebih kurang jam 5 ++ kami selamat sampai ke "rumahku syurgaku"...selepas berhenti solat dan makan...fuhhh...jom rehat sambil layan jagung rebus. Ermmm...xbole nak rehat dulu la...kene rebus jagung dulu...hehehe.
*
*
*
*
*
SEKIAN...as-salam!!!

Monday, November 28, 2011

Zoo Taiping

Salam dan selamat sejahtera! Rasanya untuk sehari dua ni nak kongsi cerita tentang jalan2 cari makan dan ronda2 360 Darjah. 

1st skali sabtu lepas(19/11/2011) saya ada tetamu dari Bangi...abanganda tercinta sekeluarga. Sabtu tu diaorang sampai dah petang...lebih kurang 4.30pm...so, kitaorang lepak2 kat rumah jer la.
Ari Ahad(20/11/2011) tu tiba2 plan nak g zoo sebab abang kita tu teringin nak ke Taiping...kenang sejarah lama...dulu dia belajar kat mrsm Taiping. Sambil2 tu ajak anak2 mengenali binatang dan bermesra ngan alam semulajadi...;). So, bertolak la kami ke sana selepas sarapan pagi. Pagi tu saya goreng nasi + buat apam snow white(ehehe...sejak pertama kali buat menjadi, rajin lak membuatnya sekarang...sebab husbenpon suka). Ringkasnya jom layan gambar yang cantik2 ni(hihihi...cantik?)...layan jerlah!!!...;)

 Gajah dan pokok2 yang menghijau. Pemandangan yang susah nak dilihat kecuali di zoo...hehe

 Keindahan alam semulajadi yang memberi ketengan jiwa

 Beruang...cutekan...inilah teddy bear yang ramai buat teman tidur...huhu

 Inilah rombongan cik kiah...;)

 Skodeng bapak gajah...;)

Inilah rakyat jelatanya...anak terunaku dan anak dara abang....gembira dapat kapal terbang satu sorang. Dah namanya anak dara...kapal terbang tu dia buat penyapu...huhuhu

Ok...jumpa lagi untuk n3 jln2 cari makan n ronda 360 darjah...as-salam!!!

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah!

Salam semua...harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dan gembira sentiasa di samping insan2 tersayang. Buku lama dah kita tutup...masuk tahun baru ni buku baru mula dicatatkan. Salam Maal Hijrah buat semua. Moga buku baru ini akan dicatatkan dengan perkara yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya...tak kiralah dari sudut mana...moga segalanya akan kita lakukan yang terbaik di sisiNya...insyaAllah...sama2lah kita!

Thursday, November 24, 2011

Birthday Anak Teruna

Hari Raya Haji aritu...6/11/11 genap usia anak terunaku 5 Tahun. Selalunya kami sambut bertiga jer...tapi kali ni sepupu sepapat Farispun turut serta...tapi majlis "segera" ini disambut dengan suasana yang amat2 ringkas...maklum la raya. Dah tu tak sempat nak prepare apa2pun sebab kita balikpun kejap. Kek pun beli pada hari raya. Jenuh my usben pergi cari kedai kek(lepas sembahyang raya)...banyak yang tutup sebab raya. Nasib baik ada satu kedai yang bukak...jadi takde pilihan la...hantam jer...janji ada kek...hehehe.

Hehehe...bday boy...tak sabar nak potong kek...;)

Inilah menunya...banyak kan?...hihihi

Pepun...sebagai ibu...diri ini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Faris. Moga dia membesar dalam keadaan yang sihat, menjadi anak yang soleh serta berjaya dunia akhirat...amin3x!!!

Friday, November 18, 2011

Jom Main Masak2!

Hari ni nak story pasal masak2...jom layan gambar(sdn bhd tau...bukan ambik dr cik google...hehe) sambil kita berstory mori...;)


Haaaa...kalau tengok pada rupe tu...kuih apa laaa agaknya kat atas tu yer? Jangan memain...tu ler apam dot.dot. versi tak menjadi...huhu. Ini merupakan percubaan yang pertama...abaikan pada rupa ya...soalnya rasa kiranya lulus la kot...hehe. Rasanya punca ia tak gebu & kemetot tu kerana tak cukup pukulan semasa memukul adunan.


Taraaa(gambar atas)...disebabkab rasa tak puas hati dengan percubaan yang pertama...selang beberapa hari chef na(sape?) melakukan percubaan kali ke2. Dannnnn...alhamdulillah hasilnya memuaskan...apam dot.dot...sudah gebu. Abaikan pada huruf/tulisan ya...lihat pada kegebuannya...apa macam, dah ada rupa apam dot.dot tak?...hehe. Kira lulus la ya!...;)


Yang kat atas ni...kalau dilihat rupanya macam popiakan...tapikan...ini adalah "samosa"...hahaha. Itu adalah versi malas n nak cepat...sepatutnya dilipat segitiga...tapi nak cepat punya pasal lipat macam nipun kira boleh la...sendiri mahu makan...tak kisah la kannnnnnn?...;)


Yang kat atas ni pula adalah Kek Oren Blended. Percubaan pertama rasanya dah ok la. Dah lama salin resepi...baru semalam mencubanya. Lain kali nak buat...kasik taruk kismis dan coklat rice...baru nampak menarik. Yang ni nampak kosong...tak letak sebabnya takut tak jadi . Nak hias2 karang tak jadi...tak ke frust. Dah comel camni(comel ke?)...bole la kalau buat lepas ni...kita letak kismis n tabur coklat rice kat atas tu...tentu nampak lebih menarikkan? nak buat kek ni cukup2 ringkas, bahan tak banyak,cara mudah & rasapun tak mengecewakan. Tapi resepi2 ni semua lupa lak salin kat mana...yang pasti dari rakan2 blogger. Terima kasih ya pada yang berkongsi!!!



Yang ni kalau tengok rupa...walaupun tak cantik...tentu la ramai yang kenal apa namanyakan...Apam Balik. Soalnya rasa sudah lulus...baupun dah macam apam balik...tapi macam tak berapa nak gebu. Kulitpun macam tak serata(kulit ke?..ape2 jelah..jji bole faham)...warna bertompok2 gitu. Dah tanya member yang pro dalam masak memasak ni...katanya tak gebu mungkin sebab kurang bahan penaik n kulit tak cantik mungkin disebabkan kawalan api. Ermmm...kene cuba lagi la nampaknya untuk hasilkan apam balik yg comel,gebu, n menarik...feveret suami ni. 


Yang ni sup tulang...takde story mori...biaser2 ajer sebab selalu buat .

Ayam Masak Kicap

Sayur Campur...dah namanya sayur campur...campur jer ape2 yang patut...ringkas sebagai pelengkap hidangan seisi keluarga.
OK
*
*
*
Sekian...wassalam!...;)

Saturday, November 12, 2011

Hujan Rahmat

Alhamdulillah...pagi sabtu yang indah...suasana agak tenang dan damai kerana hujan turun membasahi bumi sejak subuh hari lagi. Lebat sekali berselang-seli dengan tiupan angin lembut...Fuhh...tersentuh jiwa ini mengingati akan indahnya ciptaan Ilahi. Sekarang ni hujan masih lagi belum berhenti...tapi titisannya sudah mulai reda...cuma suasana masih gelap gelita. Suasana begini mengingatkan aku pada kampung halaman...turut mengimbau kenangan zaman kanak2. Kalau hujan begini...musim tengkujuh...pasti ada ubi(ubi kayu,keledek,ubi itik, badak+++) sebagai hidangan. Dah jadi sinonim plak...kalau hujan mesti ada ubi rebus...ermmm bestnya bila mengimbau kenangan lama. Walaupun ia tak mungkin berulang...tapi memori itu tetap utuh dalam ingatan.

Walaupun hujan...sarapan aku sekeluarga takde ubi rebus...hehe...takde stok...;) Tapi alhamdulillah pagi sabtu  seperti kebiasaan kami dapat sarapan bersama-sama...walaupun hanya dengan hidangan yang ringkas. Kalau lagi ramai...tentu lagi meriahkan...kami cuma bertiga. Tapi syukur padaNya akan nikmat kebahgiaan yang diberi ini. 

Setakat ini dulu coretan untuk kali ini ...jom sama2 kita renung2kan maksud ayat tsebut!

Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).” (Al-A’raf : 57)

Sekian...as-salam!

Thursday, November 3, 2011

Salam Aidiladha Untuk Semua Umat Islam

Tahun ni telah diisytiharkan hari raya haji/aidiladha jatuh pada hari Ahad 6/11/2011. Jadi pada yang berada diperantauan tentunya esok lusa akan bertolak balik ke kampung...selamat balik kg ya pada yg balik kg. Semoga selamat perjalanan kita semua. Saat dinanti telah tiba...esok, insyaAllah lepas solat jumaat(en suami la) kami sekeluarga akan bertolak balik kg. Doakan perjalanan kami selamat sampai ke destinasi yg di tuju tanpa sebarang masalah ya! Yang pastinya ramai juga yang tak balik kg disebabkan cuti yang agak singkat.

Apa yang menarik...raya haji tahun ni, jatuh pada hari lahir puteraku yang sorang tu. Cepatnya masa berlalu...dh 5 tahun.

Setakat ini saja catatan untuk kali ini...insyAllah, panjang umur, ada luang dan kesihatan yg baik..bersua lagi di n3 lain...;)  Salam Aidiladha untuk semua ya! Mohon maaf andai ada tersilap bahasa sepanjang saya berblog!!!