Alhamdulillah...pagi sabtu yang indah...suasana agak tenang dan damai kerana hujan turun membasahi bumi sejak subuh hari lagi. Lebat sekali berselang-seli dengan tiupan angin lembut...Fuhh...tersentuh jiwa ini mengingati akan indahnya ciptaan Ilahi. Sekarang ni hujan masih lagi belum berhenti...tapi titisannya sudah mulai reda...cuma suasana masih gelap gelita. Suasana begini mengingatkan aku pada kampung halaman...turut mengimbau kenangan zaman kanak2. Kalau hujan begini...musim tengkujuh...pasti ada ubi(ubi kayu,keledek,ubi itik, badak+++) sebagai hidangan. Dah jadi sinonim plak...kalau hujan mesti ada ubi rebus...ermmm bestnya bila mengimbau kenangan lama. Walaupun ia tak mungkin berulang...tapi memori itu tetap utuh dalam ingatan.
Walaupun hujan...sarapan aku sekeluarga takde ubi rebus...hehe...takde stok...;) Tapi alhamdulillah pagi sabtu seperti kebiasaan kami dapat sarapan bersama-sama...walaupun hanya dengan hidangan yang ringkas. Kalau lagi ramai...tentu lagi meriahkan...kami cuma bertiga. Tapi syukur padaNya akan nikmat kebahgiaan yang diberi ini.
Setakat ini dulu coretan untuk kali ini ...jom sama2 kita renung2kan maksud ayat tsebut!
Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang
menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga
apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang
mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan
awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai
jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan
semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil
pelajaran daripadanya).” (Al-A’raf : 57)
4 comments:
Ubi rebus cicah sambal tumis :)
ermmm...bes tu hanis...;)
masuk ja blog ni aman ja mata.. hijau cantik mata memandang wpun simple. hehehehe
thanks so much cik jingga...hehehe...simple sebab xberapa reti nk mekap+xberkesempatan...;)))))))
Post a Comment