Tahun ni telah diisytiharkan hari raya haji/aidiladha jatuh pada hari Ahad 6/11/2011. Jadi pada yang berada diperantauan tentunya esok lusa akan bertolak balik ke kampung...selamat balik kg ya pada yg balik kg. Semoga selamat perjalanan kita semua. Saat dinanti telah tiba...esok, insyaAllah lepas solat jumaat(en suami la) kami sekeluarga akan bertolak balik kg. Doakan perjalanan kami selamat sampai ke destinasi yg di tuju tanpa sebarang masalah ya! Yang pastinya ramai juga yang tak balik kg disebabkan cuti yang agak singkat.
Apa yang menarik...raya haji tahun ni, jatuh pada hari lahir puteraku yang sorang tu. Cepatnya masa berlalu...dh 5 tahun.
Setakat ini saja catatan untuk kali ini...insyAllah, panjang umur, ada luang dan kesihatan yg baik..bersua lagi di n3 lain...;) Salam Aidiladha untuk semua ya! Mohon maaf andai ada tersilap bahasa sepanjang saya berblog!!!
No comments:
Post a Comment