Saturday, November 12, 2011

Hujan Rahmat

Alhamdulillah...pagi sabtu yang indah...suasana agak tenang dan damai kerana hujan turun membasahi bumi sejak subuh hari lagi. Lebat sekali berselang-seli dengan tiupan angin lembut...Fuhh...tersentuh jiwa ini mengingati akan indahnya ciptaan Ilahi. Sekarang ni hujan masih lagi belum berhenti...tapi titisannya sudah mulai reda...cuma suasana masih gelap gelita. Suasana begini mengingatkan aku pada kampung halaman...turut mengimbau kenangan zaman kanak2. Kalau hujan begini...musim tengkujuh...pasti ada ubi(ubi kayu,keledek,ubi itik, badak+++) sebagai hidangan. Dah jadi sinonim plak...kalau hujan mesti ada ubi rebus...ermmm bestnya bila mengimbau kenangan lama. Walaupun ia tak mungkin berulang...tapi memori itu tetap utuh dalam ingatan.

Walaupun hujan...sarapan aku sekeluarga takde ubi rebus...hehe...takde stok...;) Tapi alhamdulillah pagi sabtu  seperti kebiasaan kami dapat sarapan bersama-sama...walaupun hanya dengan hidangan yang ringkas. Kalau lagi ramai...tentu lagi meriahkan...kami cuma bertiga. Tapi syukur padaNya akan nikmat kebahgiaan yang diberi ini. 

Setakat ini dulu coretan untuk kali ini ...jom sama2 kita renung2kan maksud ayat tsebut!

Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).” (Al-A’raf : 57)

Sekian...as-salam!

4 comments:

Hanis Nizam said...

Ubi rebus cicah sambal tumis :)

Zurina said...

ermmm...bes tu hanis...;)

Anonymous said...

masuk ja blog ni aman ja mata.. hijau cantik mata memandang wpun simple. hehehehe

Zurina said...

thanks so much cik jingga...hehehe...simple sebab xberapa reti nk mekap+xberkesempatan...;)))))))