Ringkas punye citer...
- Balik Kampung
- Kawin adik ipar
- Ronda 360 Darjah
Macam biasalah...hujung tahun sah2 balik kampung. Kalau dah namanya balik kampung tu sah2 macam2 agenda ada...tak kiralah sekalipun lepak2 king jer kat rumah dikira salah satu agenda jugak...janji dapat duk kampung. Pulak2 dapat berkumpul ahli keluarga. Keriuhan itulah yang bestnya. Disebabkan cuaca yang kadang ok kadang hujan tu(biasa la musim tengkujuh)...aktiviti ronda2 terpaksa dikurangkan.
Aktiviti pancing memancing memang takde...tapi my husben sempat gak la ikut kak n abang ipar memancing kat sawah. Sekali kene gigit pacat 2,3 ekor...serik tak nak join dah...huhuhu(kantoi laki geli ngan pacat...hihi). Dan agenda aku 3 dara pingitan(kami 3 beradik perempuan...4 laki) bersama anak buah adalah melancong ke Mundok, Thailand. Hehehe...sape yang tahu, tahulah tempat tu...tutup citer. Alah...bukan melancong/shopingpon...sajer nak kenal2 sebab orang kata barang kat situ murah2. Tapi kami takdelah shopin moping manapon...poket tak tebal nak shoping apakan...;)
Dan agenda besar masa balik bercuti aritu adalah kawin adik ipar(laki). Pasangannya adalah orang Shah Alam(tapi lupa daaa seksyen bape...hehe). Dah alang2 cuti, kitaorang join jerlah kenduri kat SA tu. Akad nikahnya 17/12/11(Sabtu)...tapi haritu kami baru bertolak dari Kelantan(bawa bersama 2 orang anak buah...bodyguard...huhu)...so tak g time akad nikah. Esoknya majlis baru kami pergi ...ringkasnyer citer jom layan gambar
Ini salah satu aksi Faris masa on d way nak g KL...tak senang duduk 2 orang sepupunya kat belakang dek kerenah Faris...huhuhu.
Ini sebelum bertolak nak pergi kenduri SA(18/12/11-Ahad). Tunggu adik ipar sekeluarga sarapan pagi...kami singgah kat taman coz kami dah sarapan dulu. Malamnya kami bermalam kat rumah abang di Kajang. Adik ipar duk dekat Bangi. Dia dah tau tempat kenduri tu...jadi nak follow dia la ke sana. Nanti semua ahli rombongan berkumpul dekat masjid berdekatan rumah pengantin perempuan. Ramai gak la ahli rombongannya sebab sedara belah suami ni ramai yang keje n bermastautin kat KL.
Layannnnn...bukan main gembira dapat merempit sekitar taman...1/2 jam cuma RM3...hehe.
Inilah mempelainya...merah g2...hehe.(minta maaf sebab masukkan gambar ni tak minta izin empunya badan terlebih dulu!!!..;)
Orang duk menjamu selera...inilah keje Faris dan sepupu2nya. Makan tak nak...huhu.
Ringkasnya...lepas menghadiri majlis ni kami terus balik ke Perak sebabnya keesokan harinya husben kene masuk opis...ada taklimat pasal skim gaji baru tu. So, bawa anak buah menjelajah ke Perak lak. Pasal ronda 360 darjah ni kita citer next n3 lak...sekian...wassalam...;)
No comments:
Post a Comment