Friday, January 27, 2012

Disember 2011...Ronda 360 Darjah

Pejam celik pejam celik...Jumaat datang lagi. Baru je rasanya jumaat lepas balik kampung...dah seminggu masa berlalu. Apapun alhamdulillah...masih diberi kesihatan untuk terus bernafas di bumi Tuhan. Dan...diharapkan kita semua sentiasa dalam nikmat kesihatan yang baik...amin3x!!!

Ok, nak sambung cerita yang dah tergendala beberapa minggu lepas...huhu...biasa la saya...susah kalau nak sentiasa bersiaran di sini hari2...;) Tapi syukur kerana masih diberikan kesempatan untuk mengarang cerita "menarik"(menarik ke?...hehe) kat sini...;))))))))))))

Ok...hehe ok lagi...;)...balik dari kenduri di SA ari2 singgah la kami ke teratak kediaman rasmi kami selama 2 malam. Dah alang2 bawa "bodyguard" datang Perak...walaupun masa teramat singkat, petang esoknya kami bawalah mereka menghirup udara segar di Taman Rekreasi Gunung Lang...ermmm layan jer gambar bawah...

  
Naik bot menuju ke Taman Rekreasi...merentasi bukit bukau yang menghijau...tenang mata memandang.

Dah sampai posing jap sambil ronda2 sekitar taman

Rumah tradisional Perak...ada beberapa buah rumah tradisional yang dibina di situ selain menara dan taman permainan kanak2. Ikan dan kura2 peliharaan dalam tasik pun besar2. Juga terdapat mini zoo.

Salah satu menara yang dibina...boleh la sape yang nak bersenam turun naik tangga...hehe

Dah habis ronda2...Posing jap sebelum balik sambil2 tunggu bot...;)

Balik dari sini...kami sampai rumah dah dekat maghrib. Malamnya dah penat...lepak2 king kat rumah pulak. Esok dah nak bertolak balik kampung. Lagipun my super hero ade projek mega(hehe) yang perlu dibereskan. 

Esoknya dah dekat jam 11am baru kami bertolak. Agak lewat sebab suami nak settlekan kerja dulu. Sebelum balik kg kami singgah dulu Cameron Highland...sajer bawa anak buah yang sorang tu kenal Cameron sebab dia tak pernah pergi. Ringkasnya citer...kami singgah kejap2 jer beberapa tempat di Cameron sebab perjalanan masih jauh...nak balik negeri cik siti wan kembang. Nak ke Cameron pun dah dekat 3 jam. Ringkas lagi...penatnya tak terkira...kami sampai kampung lebih kurang 9.30pm...huhu...jem segala urat sarafku...huhuhu.

 Di Cameron...ini tempat satu2nya yang kami tak pernah miss kalau pergi sana...Tanah Rata

Ringkas lagi...empat hari lepas tu...kenduri belah lelaki pulak(sambut menantu)...dan sehari lepas tu kembali pulak kami ke Perak. Dan cuti tahun baru kami Ronda 360 darjah ke Penang...destinasi utama adalah Bukit Bendera...jom layannnnnn gambar!

Bukit Bendera.  Lepas beratur nak beli tiket...beratur pulak kat lorong ni untuk menaiki tren...huhuhu...punyalah ramai "olang"...;)

 Inilah tren terbaru...sebelum ni yang warna merah tu.

 Dah sampai ke puncak Bukit Bendera...bila ada yang menjual...pastinya heroku ini kena dapatkan sesuatu. See...senyum simpul dapat itu teropong...huhuhu.

Masa kami sampai ke Puncak tu...dah petang. Lebih kurang pukul 4 kot(lupa daaa...huhu). Sebabnya kami singgah homestay mandi sembahyang dulu baru ke sana. Hajat nak jalan2 cari makan dulu...pusing punya pusing tak jumpa kedai berkenan coz manyak kedai shinaaaaa n mamak(tak makan kedai mamak...huhu). Jadi kami panjat itu bukit dulu...hehe. Balik tu baru pusing2 cari kedai...punyalah susah ek nak cari kedai Melayu kat sana...;(

Esok paginya kami pergi Batu Feringgi....


Pemandangan yang indah...macam lukisan. Layan jiwang jap kat sini...hehe...sambil2 tengok orang beraktiviti kat situ.

I
Ini antara aktiviti air yang ada...sedia wang dan kalau anda berminat...boleh la join...;)


Selepas itu...sebelum balik tangkap jiwang kat Tanjung Bungah jap...pantainya fuhhhh...hijau kebiruan...cantik sungguh.


Atas Feri...sengih kelaparan...on d way nak balik dah...;) 
Tamat sudah cerita 2011...kita bersiaran dengan cerita 2012 pulak...selamat Tahun Baru...huhu...belum lewat lagikannnnnnnn...;)))))))))

-SEKIAN-

3 comments:

sop said...

besnya jalan2

c2u said...

bestnye meronda..

Zurina said...

jln2 & meronda ni mmg bes...klau poket penuh lg bes...bole langkah jauh lagi...;)