Friday, January 27, 2012

Disember 2011...Ronda 360 Darjah

Pejam celik pejam celik...Jumaat datang lagi. Baru je rasanya jumaat lepas balik kampung...dah seminggu masa berlalu. Apapun alhamdulillah...masih diberi kesihatan untuk terus bernafas di bumi Tuhan. Dan...diharapkan kita semua sentiasa dalam nikmat kesihatan yang baik...amin3x!!!

Ok, nak sambung cerita yang dah tergendala beberapa minggu lepas...huhu...biasa la saya...susah kalau nak sentiasa bersiaran di sini hari2...;) Tapi syukur kerana masih diberikan kesempatan untuk mengarang cerita "menarik"(menarik ke?...hehe) kat sini...;))))))))))))

Ok...hehe ok lagi...;)...balik dari kenduri di SA ari2 singgah la kami ke teratak kediaman rasmi kami selama 2 malam. Dah alang2 bawa "bodyguard" datang Perak...walaupun masa teramat singkat, petang esoknya kami bawalah mereka menghirup udara segar di Taman Rekreasi Gunung Lang...ermmm layan jer gambar bawah...

  
Naik bot menuju ke Taman Rekreasi...merentasi bukit bukau yang menghijau...tenang mata memandang.

Dah sampai posing jap sambil ronda2 sekitar taman

Rumah tradisional Perak...ada beberapa buah rumah tradisional yang dibina di situ selain menara dan taman permainan kanak2. Ikan dan kura2 peliharaan dalam tasik pun besar2. Juga terdapat mini zoo.

Salah satu menara yang dibina...boleh la sape yang nak bersenam turun naik tangga...hehe

Dah habis ronda2...Posing jap sebelum balik sambil2 tunggu bot...;)

Balik dari sini...kami sampai rumah dah dekat maghrib. Malamnya dah penat...lepak2 king kat rumah pulak. Esok dah nak bertolak balik kampung. Lagipun my super hero ade projek mega(hehe) yang perlu dibereskan. 

Esoknya dah dekat jam 11am baru kami bertolak. Agak lewat sebab suami nak settlekan kerja dulu. Sebelum balik kg kami singgah dulu Cameron Highland...sajer bawa anak buah yang sorang tu kenal Cameron sebab dia tak pernah pergi. Ringkasnya citer...kami singgah kejap2 jer beberapa tempat di Cameron sebab perjalanan masih jauh...nak balik negeri cik siti wan kembang. Nak ke Cameron pun dah dekat 3 jam. Ringkas lagi...penatnya tak terkira...kami sampai kampung lebih kurang 9.30pm...huhu...jem segala urat sarafku...huhuhu.

 Di Cameron...ini tempat satu2nya yang kami tak pernah miss kalau pergi sana...Tanah Rata

Ringkas lagi...empat hari lepas tu...kenduri belah lelaki pulak(sambut menantu)...dan sehari lepas tu kembali pulak kami ke Perak. Dan cuti tahun baru kami Ronda 360 darjah ke Penang...destinasi utama adalah Bukit Bendera...jom layannnnnn gambar!

Bukit Bendera.  Lepas beratur nak beli tiket...beratur pulak kat lorong ni untuk menaiki tren...huhuhu...punyalah ramai "olang"...;)

 Inilah tren terbaru...sebelum ni yang warna merah tu.

 Dah sampai ke puncak Bukit Bendera...bila ada yang menjual...pastinya heroku ini kena dapatkan sesuatu. See...senyum simpul dapat itu teropong...huhuhu.

Masa kami sampai ke Puncak tu...dah petang. Lebih kurang pukul 4 kot(lupa daaa...huhu). Sebabnya kami singgah homestay mandi sembahyang dulu baru ke sana. Hajat nak jalan2 cari makan dulu...pusing punya pusing tak jumpa kedai berkenan coz manyak kedai shinaaaaa n mamak(tak makan kedai mamak...huhu). Jadi kami panjat itu bukit dulu...hehe. Balik tu baru pusing2 cari kedai...punyalah susah ek nak cari kedai Melayu kat sana...;(

Esok paginya kami pergi Batu Feringgi....


Pemandangan yang indah...macam lukisan. Layan jiwang jap kat sini...hehe...sambil2 tengok orang beraktiviti kat situ.

I
Ini antara aktiviti air yang ada...sedia wang dan kalau anda berminat...boleh la join...;)


Selepas itu...sebelum balik tangkap jiwang kat Tanjung Bungah jap...pantainya fuhhhh...hijau kebiruan...cantik sungguh.


Atas Feri...sengih kelaparan...on d way nak balik dah...;) 
Tamat sudah cerita 2011...kita bersiaran dengan cerita 2012 pulak...selamat Tahun Baru...huhu...belum lewat lagikannnnnnnn...;)))))))))

-SEKIAN-

Friday, January 13, 2012

Disember 2011

Ringkas punye citer...
  • Balik Kampung
  • Kawin adik ipar
  • Ronda 360 Darjah 
Macam biasalah...hujung tahun sah2 balik kampung. Kalau dah namanya balik kampung tu sah2 macam2 agenda ada...tak kiralah sekalipun lepak2 king jer kat rumah dikira salah satu agenda jugak...janji dapat duk kampung. Pulak2 dapat berkumpul ahli keluarga. Keriuhan itulah yang bestnya. Disebabkan cuaca yang kadang ok kadang hujan tu(biasa la musim tengkujuh)...aktiviti ronda2 terpaksa dikurangkan. 

Aktiviti pancing memancing memang takde...tapi my husben sempat gak la ikut kak n abang ipar memancing kat sawah. Sekali kene gigit pacat 2,3 ekor...serik tak nak join dah...huhuhu(kantoi laki geli ngan pacat...hihi). Dan agenda aku 3 dara pingitan(kami 3 beradik perempuan...4 laki) bersama anak buah adalah melancong ke Mundok, Thailand. Hehehe...sape yang tahu, tahulah tempat tu...tutup citer. Alah...bukan melancong/shopingpon...sajer nak kenal2 sebab orang kata barang kat situ murah2. Tapi kami takdelah shopin moping manapon...poket tak tebal nak shoping apakan...;)


Dan agenda besar masa balik bercuti aritu adalah kawin adik ipar(laki). Pasangannya adalah orang Shah Alam(tapi lupa daaa seksyen bape...hehe). Dah alang2 cuti, kitaorang join jerlah kenduri kat SA tu. Akad nikahnya 17/12/11(Sabtu)...tapi haritu kami baru bertolak dari Kelantan(bawa bersama 2 orang anak buah...bodyguard...huhu)...so tak g time akad nikah. Esoknya majlis baru kami pergi ...ringkasnyer citer jom layan gambar

Ini salah satu aksi Faris masa on d way nak g KL...tak senang duduk 2 orang sepupunya kat belakang dek kerenah Faris...huhuhu.

 Ini sebelum bertolak nak pergi kenduri SA(18/12/11-Ahad). Tunggu adik ipar sekeluarga sarapan pagi...kami singgah kat taman coz kami dah sarapan dulu. Malamnya kami bermalam kat rumah abang di Kajang. Adik ipar duk dekat Bangi. Dia dah tau tempat kenduri tu...jadi nak follow dia la ke sana. Nanti semua ahli rombongan berkumpul dekat masjid berdekatan rumah pengantin perempuan. Ramai gak la ahli rombongannya sebab sedara belah suami ni ramai yang keje n bermastautin kat KL.

 Layannnnn...bukan main gembira dapat merempit sekitar taman...1/2 jam cuma RM3...hehe.

 Inilah mempelainya...merah g2...hehe.(minta maaf sebab masukkan gambar ni tak minta izin empunya badan terlebih dulu!!!..;)

Orang duk menjamu selera...inilah keje Faris dan sepupu2nya. Makan tak nak...huhu.

Ringkasnya...lepas menghadiri majlis ni kami terus balik ke Perak sebabnya keesokan harinya husben kene masuk opis...ada taklimat pasal skim gaji baru tu. So, bawa anak buah menjelajah ke Perak lak. Pasal ronda 360 darjah ni kita citer next n3 lak...sekian...wassalam...;)

Sunday, January 8, 2012

Panggung Kat Rumah

Pekaba semua...hujung2 minggu ni buat apa ya semua! Lupa la pulak...kita dah masuk ke tahun 2012...walaupun dah agak terlewat...selamat tahun baru diucapkan untuk semua. Mungkin ada yang dah buka kamus baru untuk 2012 atau mungkin ada yang masih nak sambung kamus lama. Apa2 jelah ya! asalkan niat kita baik dan moga niat yang baik itu akan membantu kita untuk capai setiap keazaman yang baru mahupun yang tertunda dari tahun lepas/tahun sudah2...insyaAllah. Yang pastinya...bertambahlah angka usia setiap makhluk yang bernyawa di atas muka bumi ni.

Ok la...sejak dua menjak ni saya sekeluarga mengisi masa terluang kat rumah dengan menonton movie...download jer...hehe. 1st layan cerita "Misteri Jalan Lama"...seram jer dengar tajuknya. Di awal cerita tengok cam series jer ceritanya....last2...huhuhu...kalau yang dah tengok...anda buatlah penilaian sendiri. Bagi saya agak kelakar sikit endingnya. Tapi takpelah...mungkin ini percubaan ke arah filem lebih bermutu. 
Lepas tu teruja sangat nak tengok cerita "Ombak Rindu"...so...layannnnnnnn. Rasanya tak rugi saya luangkan masa untuk tengok citer ni...feeling habisss...kiranya berjaya la pelakon2nya menghidupkan watak. Ditambah pulak hero dan heroinnya yang hensem dan cun melecun...ahah. Banjir jap kat rumah tu...ade yang bazirkan airmata sambil2 cuci mata masa tengok citer tu...huhuhu...;)
Seterusnya kami layan lak cerita "Datin Ghairah"...huhuhu...awal cerita bukan main ghairah lagi Datin tunjuk aksi...tengok citer...ala2 cerita 80-an lak. Mungkin pengarahnya nak imbas cerita zaman2 kegemilangannya. Pepun..Layannnn jelah.
Dan arini nak layan songlap...tapi layan separuh jalan jelah...tak bole nak menjiwai lagi. Agak menarik kot sebab lebih menjurus pada kehidupan...mungkin akan sambung di lain masa...kalau kerajinan untuk melihatnya ada nanti...;)
Ok...setakat ini dulu untuk kali ini...salam semua!!!

Thursday, January 5, 2012

Shoutmix Yang Hilang

Lamanya tak bersiaran di sini....sunyi sepi jer ek. Dah la peminatnya tak ramai...tuannya pulak menyepi...kesian my blog. Pepun duniaku alhamdulillah...baik2 aje. Harapnya teman2 yg sudi singgah sini pun baik2 juga !!!...insyaAllah.

Dah lama tak bertandang kat sini...rupa2nya shoutmix/ruang chat pon dah tak bole guna ek...berbayor ler pulak...huhuhu. Takpelah kalu gitu...rasanya nak hentikan saja...coz blog ni just suka2 jer . Sape yang sudi...boleh komen dekat post jer...kl sudi....;)

Sepanjang tak bersiaran...ada banyak cerita yang nak dikongsikan...tapi tengok la camana mood ni...kalau rajin, adalah ceritanya...kalau tak berapa nak rajin...kuburkan saja niat nak bercerita ni...k...permisi ya semua...assalamualaikum & selamat sejahtera semua!!!

Thursday, December 1, 2011

1/12/11

Tarikh ini...1/12...merupakan tarikh aku disatukan dengan suami sebagai suami isteri...DAN hari ini...
1/12/11(11211...cantik gak tarikhnya) genap 6 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah...kami telah dikurniakan seorang putera...yang telah genap 5 tahun usianya pada 6/11/11 aritu. Moga Allah kurniakan yang terbaik untuk kebahgiaan kami sekeluarga...jua moga dengan bertambahnya usia perkahwinan kami akan lebih mematangkan kami dan mengeratkan lagi hubungan yang terjalin serta akan lebih dekat lagi cinta kami padaNya...amin3x!!!

Tuesday, November 29, 2011

Cuti Maal Hijrah

Minggu lepaskan cuti 3 hari ...Sabtu, Ahad + Maal Hijrah. Cuti sekolah ni ramai yang kenduri kendara...jadi kami sekeluargapun tak terlepas dapat jemputan. Hari Sabtu tu cikgu Faris kahwin...tapi kat depan rumah jer. Ahad lak ofismate husben sambut menantu. Jadi dua hari tu tengaharinya dapur kami tak berasap...ermmm ye ke? huhuhu...dua2 majlis anak terunaku hanya menghadirkan diri dan minum air jer...nasi taknak makan. Baru lepas demam...mungkin selera makan tu takde lagi. Jadi, terpaksalah balik kenduri tu aku masuk opis kat rumah(dapur ler tu)...kang lapor pulak dia. Jadi...berasap la jugak dapurku. 

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari...sebelum tu...jumaat malam kami makan free jugak...tempat keje my husben buat Annual Dinner dekat Clearwater Sanctuary Golf Resort, Batu Gajah. Tapi alahaiiii...semua menunya adalah western food. Walaupun aku ni jenis telan semuanya, tapi perut aku ni perut kampung...dah itu yang disajikan...yummy yummy jerlah kannnnnn...huhu. Pepun... jom layan gambar sambil kita citer2 ckit...

 Tema malam itu adalah Purple. Tengok la...kesian Faris, batuk...tak berapa sihat lagi. Dia cuma makan buah dan coklat + sedikit ayam...paksa punya paksa...tak nak jugak. Walau bagaimanapun...orangnya tetap aktif...apalagi ada acara untuk anak2 malam tu. Faris masuk pertandingan mewarna.

 Tak nak makan jugak walaupun berkali2 dipujuk...tengok la pinggan dia...penuh lagi walaupun orang dah nak habis makan n bertambah2

 Tekun mewarna...bukan mewarna jugak....tapi tabur benda(tah penama orang panggil) yang kilat2 tu. Faris tak reti sangat sebab sebelum ni tak pernah cubapun benda tu. Bukan faris jer...ramai anak2 lainpun masih kekok dengan benda tu. Tapi dorang semuanya happy dan bersemangat...budak2...;)

 Hehe,,,muncung mulut2...semangat tu...;) Ayahnya yang snap gambar2 ni...aku tak join...lepak2 king dengar ucapan kat dewan...walauuuuuuuuupun tak ambik perhatian sangat...hehe.

 Ada gak di kalangan anak2 di bantu oleh kaum ibu dan bapa...hehehe...tunjuk ajar jer...tolong sikit2...huhuhu.


Dannn...inilah antara hamper dan hadiah yang kami bawa balik malam tu. Ok la tu...;)

Tamat pasal dinner jumaat, kenduri kendara Sabtu Ahad...Isnin plak...tanpa dirancang...pagi2 lagi en suamiku suruh bersiap2 nak g Cameron...tiba2 jerk. Sebelum ni dia ada sebut gak...tapi kami putuskan tak nak pergi sebab sekarang musim hujan...takut nak panjat jalan berbukit dan bengkang bengkok tu. Tapi  memandangkan cuaca hari tu nampak ok jer...aku on jerlah. Dikejutnya Faris yang tengah syok tidur. Apalagi...kawan tu...dengar jer nak g jalan Cameron Highlands...terus bangun & mandi. Kami bertolak dari rumah lebih kurang 8.30am dan singgah sarapan jap...dalam 9.15 gitu bertolak ke cameron. Perjalanan ke Cameron dari tempat kami lebih kurang 2 1/2 jam. Jom layan gambar lagi!!!...;)

Turun tangga menuju ke ladang teh.  Tanah Rata...ladang teh yang menjadi tumpuan. Kalau ke Cameron, tempat inilah destinasi pertama kami.

 On d way...melalui lereng2 bukit yang bengkang bengkok...fening kefala ana...huhuhu.

 Sayup pemandangan...sejuk mata memandang melihat kehijauan ladang teh.

Dannnn...bawah ni antara harta rampasannya. Tak banyak...sebab fulusnya tak berapa nak tebal...;))))))

 Ini Faris punya kerja..kalau takde barang dia, memang tak senang nak jalan. Tak kiralah mahal ke murah...janji ada.

 Strawberi...fresh dari ladang...;) Yang ni...belum sampai rumah faris dah ngap. Kitaorang singgah makan...dia hanya makan benda ni. Dah memang sedia maklum...untuk dia kami tapawww.

 Jagung dan ubi keledek

 Kemestian...semestinya teh dari ladang...untuk abanganda dan kekanda di kampung. Kat belakang tu...my hero yang sedang leka menikmati strawberi. Ermmm...nasib baik tak berapa nak masam...tapi dia macam ayahnya...suka asam.

 Asam...my usben hantu asam...hehehe..jangan mareee yer my super hero!!!

Fridge Magnet...juga sebagai souveneir

Dan lebih kurang jam 5 ++ kami selamat sampai ke "rumahku syurgaku"...selepas berhenti solat dan makan...fuhhh...jom rehat sambil layan jagung rebus. Ermmm...xbole nak rehat dulu la...kene rebus jagung dulu...hehehe.
*
*
*
*
*
SEKIAN...as-salam!!!

Monday, November 28, 2011

Zoo Taiping

Salam dan selamat sejahtera! Rasanya untuk sehari dua ni nak kongsi cerita tentang jalan2 cari makan dan ronda2 360 Darjah. 

1st skali sabtu lepas(19/11/2011) saya ada tetamu dari Bangi...abanganda tercinta sekeluarga. Sabtu tu diaorang sampai dah petang...lebih kurang 4.30pm...so, kitaorang lepak2 kat rumah jer la.
Ari Ahad(20/11/2011) tu tiba2 plan nak g zoo sebab abang kita tu teringin nak ke Taiping...kenang sejarah lama...dulu dia belajar kat mrsm Taiping. Sambil2 tu ajak anak2 mengenali binatang dan bermesra ngan alam semulajadi...;). So, bertolak la kami ke sana selepas sarapan pagi. Pagi tu saya goreng nasi + buat apam snow white(ehehe...sejak pertama kali buat menjadi, rajin lak membuatnya sekarang...sebab husbenpon suka). Ringkasnya jom layan gambar yang cantik2 ni(hihihi...cantik?)...layan jerlah!!!...;)

 Gajah dan pokok2 yang menghijau. Pemandangan yang susah nak dilihat kecuali di zoo...hehe

 Keindahan alam semulajadi yang memberi ketengan jiwa

 Beruang...cutekan...inilah teddy bear yang ramai buat teman tidur...huhu

 Inilah rombongan cik kiah...;)

 Skodeng bapak gajah...;)

Inilah rakyat jelatanya...anak terunaku dan anak dara abang....gembira dapat kapal terbang satu sorang. Dah namanya anak dara...kapal terbang tu dia buat penyapu...huhuhu

Ok...jumpa lagi untuk n3 jln2 cari makan n ronda 360 darjah...as-salam!!!