Wednesday, January 30, 2013

Ombak Rindu

~@Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan..Dec 2012~
















Subhanallah...Maha Suci Allah!!!

Sunday, January 20, 2013

Cerita Anakku Lagi

ihsan en google
Salam!...hehehe...sila jangan jemu ya...kalau jemupun takpelah...kasik macik cakap sengsorang takpe...huhu. Cerita minggu ni...waktu rehat memang aku dah tak jenguk Faris kat sekolah dah. Masa ambik dia kat sekolah...mesti tanya dia beli apa?...Isnin tu dia cakap dia beli donut satu jer. Hari2 lainpun menu dia lebih kurang sama jer...tak donut, jeppuk(cekodok), takpun hotdog yang dibalut dengan roti dan keropok lekor yang alahai...keras cam kayu....huhuhu. Tapi aku suka servis kat kantin tu...pekerja2nya tak kedekut senyuman dan kebersihan kantin memang bagus. Satu lagi...hargapun berpatutan.

Kejadian minggu ni...tak silap hari Isnin...Faris beli donut satu(rm 0.30)...balik2, duit dia tinggal rm 0.50..lain2nya hilang. Bila aku tanya dia kata..."tak tahulah...Faris tengok dah takde"...lepas tu dia sambung lagi "kot2 angit tiup duit Faris ibu"...huhuhu...alahai anakku...dalam poket, macamana laaaa angin nak tiup...ermmm...pe2 jelah Faris. Hari seterusnya dia dah pandai menular ke koperasi sekolah. Beli pensel tekan...bila aku tanya ambik kat mana pensel tu...dia kata "Faris beli kat kedai makcik...senang jer nak g kedai makcik tu, turun tangga pastu belok...bla bla bla.."...hahaha koperasilah tu. Aku cakap la dengan dia  duit poket tu untuk beli makanan jer, pensel dan lain2 tu nanti ibu ayah belikan. Esoknya dia beli pulak bullet/ubat pensel tu. Katanya dia sebenarnya nak beli pensel untuk kawan2 dia...tapi kawan dia nak beli sendiri...huhuhu, banyak la awak punya MONEY wahai anakku. Ermmm...dah pandai membeli dan membelah la tu. Pepun, pensel tu tak digunakan pun...yang pakai bullet kecil tu mana dia boleh guna...menulis tekan kuat sangat dah patah. So semalam ayahnya belikan pensel yang guna bullet tebal tu...ok la, lulus untuk dia gunakan. Bullet yang dia beli...patah+hancur duk bawa ke sana ke mari..huhuhu. Faris oh Faris...pe2 jelah kannnn...budak baru belajar...:)

Pagi2 ayah dia hantar...selalunya hantar sampai kelas...minggu ni ayah dia hantar sampai depan pagar sekolah jer...tengok dia dah masuk sekolah sampai kelibatnya tak kelihatan...ayahnya bertolak ke pejabat. Pagi jumaat tu aku hantar sama...awal2 dia cakap hantar sampai pagar jer. Dah sampai depan pagar sekolah aku saje jer kata kat dia "ibu, hantar ke kelas yer!"...cepat2 dia jawab"eh! takyah la...Faris dah tahu kelas Faris, Faris dah pandai g sendiri"...huhuhu...sajer jer nak cuba try test dia...beria2 dia tak bagi hantar. Dah salam dan keluar kereta...laju jer dia lari masuk ke sekolah...semangat. Harapnya terus bersemangat untuk ke sekolah...semangat nak belajar ya Faris!!! bukan semangat nak main! Pepun aku doakan yang terbaik untuknya...doa ibu sering mengiringimu wahai anakku...moga berjaya dunia akhirat...dan jadi anak yang soleh...amin!!!

~SEKIAN WASSALAM~

Thursday, January 17, 2013

1st Giveaway By Puterikasih.com


Bismillah...hari ni terpanggil untuk sama2 memeriahkan  "1st Giveaway By Puterikasih.com"...pada yang berminat boleh la ke blog Puteri Kasih.com  ya!


 

“1st Giveaway By Puterikasih.com ini dianjurkan oleh Puterikasih.com dan ditaja bersama oleh All About CraftDikbiAzie NamicoJosrevalution @JRNurul SyarafinaAzziamiza, ZuhanifKiosk Vitamin, Cik YayaKimmie Serembanmaya.com”dan Kaspersky Malaysia

Hadiah2nya agak menarik...jadi jangan lepaskan peluang ini ya...cepat2! kerana Tarikh Tutup 
1st Giveaway By Puterikasih.com ialah pada 31 Januari 2013 ( tepat pukul 11.59 malam)

Ok...untuk memenuhi syarat penyertaannya...saya tag seorang kenalan maya iaitu

Pagi Khamis Kujenguk Puteri
Ternampak jernih mata Kasihnya
 1st Giveaway By Puterikasih.com nama diberi
Ada rezeki inginku memenanginya..;)



Monday, January 14, 2013

Dunia Hari Ini

ihsan en google...;)

Salam semua! Alhamdulillah...dah masuk minggu ke 3 anakanda Faris bersekolah dalam tahun 1. Nampaknya dia dah makin dapat menyesuaikan diri. Untuk tiga hari minggu pertama tu...waktu rehat memang aku pergi jenguk dia...nak tengok dan ajar dia cara berbelanja. Masuk minggu ke 2 masih pergi jugak untuk 2 hari pertama...tapi awal2 tu tengok dari jarak jauh...tengok macamana dia handle diri nak berbelanja...lepas tu cuit la bahu dia kasik surprise....hehe. Surprise la sebab aku cakap dengan dia tak datang dah waktu rehat...bila datang jugak tu macam terkejut gak la dia...katanya sambil senyum "ibu kata tak nak datang"...eheh. Lepas dah makan...dia tergesa2 nak join kawan2 main tepi kolam ikan. Aku biarkan jerlah sambil tengok jarak jauh. Sebelum tu dia dah pesan "ibu balik la"...amboih...isy3x. Tapi hari pertama untuk minggu ke 2 tu aku tak balik terus...perhati dia dari jauh. Tengok dia ok...bila loceng rehat tamat berbunyi...baru aku balik. Tapi hari ke 2 ...memang terus balik lepas dia habis makan. Bila tengok dia makin reti nak berbelanja...jadinya waktu rehat hari seterusnya memang aku dah tak pergi jenguk lagi. Biarlah dia belajar dan terus belajar...insyaAllah lama2 pandailah tu + dapat menyesuaikan diri. Harapnya dia dapat kawan yang ok...yelah, budak laki ni ke"aktif"an dia lebih sikit. Harapnya tak menganggu pembelajarannya. Moga tertanam minat untuk belajar dan terus belajar dalam diri. Dia ni kalau di ajar dalam kategori cepat faham...yang tak tahannya...agak aktif...huhuhu.

Ini merupakan pengalaman pertama...urus persekolahan anak. Sebelum ni pra...lain sikit al-kisahnya. Bila dah naik darjah satu ni...lain pulak ceritanya. Persiapan bermula sebelum sesi persekolahan bermula lagi. Dari beli kelengkapan sekolah...pakaian(baju, kasut, seluar), beg,  dan buku2 sekolah(koperasi sekolah)...sampai la kepada keperluan lainnya. Ini termasuk juga urusan untuk sekolah agama pada sebelah petangnya. Kalau di nilai...memang banyak jugak kosnya ya!...itu baru sorang anak...bagaimana la pulak kalau orang yang 3, 4 orang atau lebih. Kalau yang mampu tu takpelah...bagaimana pula bagi ibu bapa yang tak berkemampuan? Terfikir gak sejenak. Kalau dulu...akupun bukan dari keluarga senang....setiap tahun tak semestinya semua dapat baru....tak merungutpun sebab tahu kemampuan ibu bapa kita. Tapi kosnya takdelah seperti sekarang ini...agak mahal. Syukur alhamdulillah...walau tak mewah...mampu sediakan keperluan untuk anak bersekolah. 

ermmm...dah ada pengalaman ni...nanti boleh la(kalau rajin) nak kongsikan tips2 perancangan untuk ibu bapa(yang baru belajar macam aku)  uruskan anak memulakan persekolahan.

***minggu awal ni murid tahun satu masih kelam kelibut lagi. Nak mengenal kawan, guru(hari pertama, Faris kata.."pening jap sebab cikgu Faris ramai sangat...jap yang lain yang lain masuk"...huhuhu...masa pra cikgu tak ramai), kenal sekolah dan peraturanya+++. Pembelajaranpun tak bermula sepenuhnya....ibu bapapun pening...macam2 persoalan timbul. Khamis minggu lepas...masa ambik Faris balik sekolah...tanya la dia.."ada keje sekolah tak"...katanya "ada". Kat rumah aku cek la buku2 dia...cari mana latihannya...tak jumpa. Bila dia cek...jugak tak jumpa...katanya "aik, cikgu ambik kot". Esoknya masa ayah dia hantar...adalah bapa kawan sekelasnya pulangkan buku2 tulis dan latihan Faris...katanya anak dia hangkut bawa balik...huhuhuh...jadinya kerja sekolah Faris tak siap. Risau gak aku...sekarangkan UPSR dah nak dimansuhkan. Pe2hal bergantung pada penilaian guru yang mengajar...KSSR rasanya...Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Jadinya kalau tak siap kerja sekolah...bahaya gak la. Pepun bila tanya kawan2 cikgu cikgi kat fb...ada gak parent yang blur macam aku...eheh...dan menurut cikgu2 untuk minggu2 awal ni(3 minggu pertama kalau tak silap), tahun satu menjalani program transisi...iaitu budak2 diajar mengenali rakan, guru, tandas dan sebagainya berkaitan dengan sekolah. Latihan2 cuma untuk dibuat dalam kelas...tak diberi penekanan lagi. Bila dengar macam tu...lega sikit rasa. Elok gak...budak2 tahun satu ni masih blur dengan suasana baru...dengan adanya program macam ni...bagi peluang mereka membuka ruang minda akan suasana baru yang bakal mereka lalui nanti.

Ok dulu...panjang citer daaaaaa...beransur dulu ya...wassalam!