Wednesday, September 12, 2012

Kisah Syawal 2012

Salam! semoga ceria semua di hari Rabu. Selalu sangat aku ni menulis di hari Rabu yang mana dalam dunia blogger ni...hari ni adalah hari tak berkata2...hehehe...suke hati kitelah kannnn...huhuhu. Dah la tu...nak citer pasal raya laktu...orang dah tutup kedai...ekau baru nak bukak...selalu tertinggal ketapi betulllah Zurina ni...hihihi...takpelah, janji my blog tak sunyi sepi. Bior la... aku menulis nipun ala2 syok sendiri sebab bukannya ramai yang nak baca...mungkin juga langsung tadaaaaaaaaa. Takpe...janji ia boleh jadi diari untuk anak cucu cicit aku nanti. Ermmmm....

K...ni citer hari raya pertama. Pagi raya tahun ni sepi sikit...kakak & family yang selalu lepak sama2 kat rumah mak aku, baru bersalin awal ramadhan hari tu. Jadi selalunya dia anak beranak la yang kasi gegar itu rumah. Anak terunaku yang sorang tupun ada teman. Tapi tahun ni mereka tak lepak kat rumah nendanya...tapi still balik beraya...al-maklum mereka yang sebelum ni duk kajang sudah pindah berumah di kampung(bila la giliran aku lak???...sob sob sob). Jadi pagi raya tu aku, en.suami, my hero dan maknya jer yang ada...lepas tu baru la abangderku yang duk KL tu sampai...sorang jer kerana malam rayanya dah sepakat dengan my lalink nak g sembahyang raya sama2. Dia sentiasa ada walaupun tak tidur situ coz rumah mertua sekampung jerk...hehe...senang takde gaduh2. Ringkas citer...3 hero tu ... en.suami, my abg & my hero g sembahyang raya sama2. Aku gi sorang2 jer coz g masjid lain2. Ibunda g terlalu awal...jadi aku suruh dia g dulu. 

Ringkas lagi...lepas sembahyang raya kami balik makan2 kat rumah ibunda tercinta dan rumah kakak yang kat sebelah rumah mak jer. Lepas tu pakat adik beradik nak kumpul rumah abang sulung coz dia tak berapa sihat. Jadi kita orang berkampung kat situ 2,3 jam. Dah tu baru balik rumah mak raya2....

Lepas zohor...bertolak pulak ke rumah mertua...takde masalah sebab kami suami isteri sekapal...aku Pasir Mas...suami Kota Bharu...jaraknya lebih kurang 1/2 jam perjalanan jer. Dah sampai...agenda beraya dengan mak ayah, adik beradik dan ipar duai belah sana lak.

Malamnya ke rumah saudara2 belah aku mana yang sempat....dalam kul 10 balik rumah...fuhhhh...penat mak aihhhh...penat beraya ke penat terlebih makan...ntah lerrrrrr...;)

***

Ok...raya kedua ...paginya ke rumah mak mertua lagi...lepak situ sambil layan tetamu yang agak ramai jugak la. Anak2 saudara bapak mertua. Lepas zohor bergerak  ke rumah kakak ipar(KB gak) untuk jamuan hari raya(orang putih kata....open house). Petang baru balik rumah mak. Kami tidur rumah mak...sebab rumah mertua dah ramai sangat. Rumah mak aku ni...hanya aku sefamili jer yang tidur...lain2 dah ada rumah sendiri.

Raya ketiga...selepas sarapan pagi dan acara mendobi siap...ke rumah mak mertua lagi...nak join adik beradik pergi kenduri anak sepupu belah en.suami. Lepas zohor pergi dan lepas tu balik rumah lepak2 sambil layan tetamu yang ramai lagi. Hari ni ramai yang demam selsema...tapi kanak2 riang sihat dan masih aktif dengan pelbagai acara...huhu. Petangnya badan aku ni rasa tak sedap semacam...tapi masih kuat. Lepas maghrib...balik rumah mak...dah rasa lesu. Pagi esoknya(raya ke4) badan rasa lemah...tapi masih kuat semangat...nak ke openhouse abang yang no.3(kami 7 beradik dr 8 sebenarnya...bongsu meninggal umur 19 tahun). Pepun masa nak pergi rumah abang ni badan makin lemah...demam tengah naik...jadinya sampai rumah abang tu aku mintak panadol...telan...lepas tu...baring kat bilik...huhuhu. Makan sikit coz tak lalu...ambil syarat jerlah. Tak berlama2 sangat sebab dah tak larat...lagipun maknya nak singgah rumah abang sulung yang sakit tu.

Raya ke5...plan nak ke rumah kakak yang bersalin tu(tanah merah)...tapi terpaksa batalkan niat sebab masih tak larat. Faris(anak teruna) pun dah mula ada tanda2...berjangkit kot. Tapi tetap aktif. So hari ni aku rest kat rumah jer...suami dan anak ke rumah mak mertua la...sana Faris ramai geng(sepupu2nya). 

Raya ke 6 ...hajat nak batalkan niat ke rumah kakak yang kat t.merah tu...tapi pergi jugak sebab demampun dah makin ok. Lagipun duk teringat2 sikecil tu...tak sempat nak main2. So pagi jumaat tu pegi la jugak walau sekejap...xpress. Petangnya ke rumah mertua...bermalam kat situ sebab esoknya sabtu dah nak balik Perak...;( 

Raya ke7...balik ke darul ridzuan......brooooooooooommmmmmmmmmmmmmmm
DANNNN...life kembali macam biasa. 

Hujung minggunya(Sabtu)...ke KL. Sebelum memulakan perjalanan ke KL...memenuhi 2 undangan rumah terbuka kawan suami terlebih dulu. Sampai KL kami ke hotel 5 bintang yang dah di "book" oleh suami(huhu...5 bintang la sgt). Lepas tu jalan2  cari makan kat Putrajaya sebelum pergi bertandang jap rumah abang kat Bangi. Ahadnya jumpa kawan lama kat Plaza rakyat seri kembangan...dia bukak kedai bakery kat situ. Dah tu buat pakatan nak ke rumah kawan di damansara utama malamnya...agenda berjalan lancar...fuhhhh...seronok juga sesekali berkumpul coz dengan kawan ni dah berbelas tahun tak jumpa walaupun tak pernah lostcontak. Isninnya en.suami ada agendanya...dah habis urusan dia...kami balik Perak.



Inilah rupanya hotel 5 bintang kami...;)

Jeng3...hujung minggunya turun KL lagi(sabtu). Suami ada hal...semenatara dia uruskan kerjanya...aku dan my hero lepak2 rumah abang kat Bangi...kebetulan dia buat open house hari tu...seronok jugak la...terisi hujung minggu kami...;) Malamnya...lebih kurang 10pm kami bertolak balik perak...hajat mmg nak balik hari...dah agenda en.suami berjela2 terbawa sampai ke malam...jadi plan ting tong sikit...kejap nak tido rumah abang jer...kejap nak balik. Maghrib...lepas mandi sembahyang suami kata rasa cergas pulak ...jadi dia plan nak balik malam tu jugak(sbb esoknya dia ada agenda tersendiri)...aku follow jer la...2am kami sampai ke "rumahku syurgaku". Agak lewat coz benti tido dekat hentian highway...ngantuk daaaaa...coz pagi tu kami bertolak 5.30 am lagi dari perak ke KL. Subuh benti dekat highway.

Jam taravota...huhuhu...oh KL

Itu jelah kisah di bulan syawal...syawalnya dah di penghujung...sabtu ni ke KL lagi...sob3x...sakit urat sarafku sentiasa ulang alik gini...tapi takpe...untuk masa depan yang lebih cemerlang gemilang dan terbilang...ahahahaha...insyaAllah...amin3x!!!
*
*
*
***  minta maaf atas tulisan dan bahasa yang tunggang langgang ya!!!
*** sibuk beraya...gambarpun tak nyempat nak snap...lupa daaaaaaaaa...layankan yang itu ..;)

4 comments:

Aziela said...

Sibuk tapi seronok kan...

Zurina said...

haah aziela...seronok tu tetap ada...walaupun penat...;)

Mamasya said...

Salam Zurina.dtg kunjung balas. senang beraya...kg dkt2. syoknya boleh ulang alik tu.
re; akk dah update resepi ayam bakar blackpepper

Zurina said...

thanks mamasya...dh jenguk n ingat nk djadikan menu esok...kalau rajin insyaAllah jadi.