Tuesday, September 18, 2012

Penghujung Syawal

Salam buat semua! Syawal dah meninggalkan kita...maknanya sebulan sudah ramadhanpun sudah berlalu pergi. Cepatnya putaran waktu kan. Sekarang ni akan tiba pula musim haji DAN hari ni teman seusia akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat haji...kalau tak silap penerbangan pertama untuk haji tahun ni. Teruja bila mendapat berita darinya tempohari...sedihpun ada...huhu. Teruja sebab dia dijemput dalam usia masih muda jugak la kiranya...alhamdulillah. Sedih sebab jeles nak ikut sama...hehe...moga kitapun dapat ke sana dalam usia yang masih muda...dalam keadaan yang masih sihat dan bertenaga untuk tunaikan amal ibadat...insyaAllah. Doaku sebagai sahabat "moga perjalanan beliau bersama suami selamat pergi dan balik ,  sihat tubuh badan untuk  tunaikan ibadat haji dengan sempurna beserta amalan2 sunat...agar mencapai haji yang mabrur"...amin3x!!!.

K, berbalik pada tajuk...petang Jumaat lepas(kiranya dah penghujung syawal) sekolah anakanda tercinta buat Jamuan Raya. Ibu bapa dijemput hadir...majlis bermula selepas asar...kiranya masa sesuai untuk ibu bapa yang kerja opishour. Sempat la mereka join...mana yang berkesempatan tu. Di samping itu bagi yang nak bawa kuih muih atau apa2 jua hidangan tambahan adalah digalakkan untuk memeriahkan lagi menu jamuan tersebut. Jadinya akupun buat la kek yang kiut miut ni...soalnya rasa boleh la...walaupun resepinya...sukahati jer...hehe. Jom layan gambar!!!!





 



 Inilah anak terunaku...seronok sangat2 dapat main dengan kawan2 seangkatan. Macam biasa...kalau pergi mana2 majlis...makannya tidak...minum ajer pilihannya...huhu.

 Dan ini...sekitar majlis/jamuan tersebut


Ok sekian...wassalam

4 comments:

AQ Eyfa said...

wah rajinnye..hehehe.

Zurina said...

chenta...tidak berapa rajin la tu, sbb tu buat benda tu jer...;)

Nur-nba said...

Nampak sedap kek cute tu.. :)

Zurina said...

hehe...cute ya...sedap tu biasa2 jer nur...xpress punya...;)