Wednesday, November 28, 2012

Masjid Besi @ Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin


Masjid yang bernilai RM 200 juta ni terletak di Presint 3, Putrajaya. Ia boleh memuatkan 20,000 orang jemaah dalam satu- satu masa. 


  Heningnya suria senja yang bakal berlabuh

*** Mungkinkah ada yang masih belum tahu akan adanya masjid ini di Putrajaya...sebab ramai yang tahu Masjid Putra di Dataran Perdana tu. Akupun cuma tahu awal tahun ni...walaupun selalu jugak ke Putrajaya. Pada yang belum sampai...boleh la tunaikan solat di sini sambil bersiar sekitar kawasan berhampirannya yang agak unik, menarik dan tertarik...terutama di waktu petang sambil menikmati keindahan alam.

Thursday, November 22, 2012

Demam Crepe Durian Melanda


 

Salam semua! Alhamdulillah syukur padaNya kerana memberi kita nikmat hidup yang sihat dan aman. Apapun harapnya kita tak lupa akan saudara kita di Palestin. Sama2 kita hulurkan bantuan sama ada hulurkan sumbangan kewangan(material) mahupun doa dengan sepenuh hati agar saudara2 kita di sana dilindungiNya.

Berbalik pada tajuk...sana sini sinun memperkatakan tentang crepe durian. Aku ni tak pernah la mencubanya. So dalam sebulan dua ni teringin sangat nak merasanya...hajat di hati nak cuba membuatnya sendiri sebab tengok pada resepinya agak mudah dan ringkas...tapi batalkan dulu hajatnya tu sebab nak cuba dulu rasanya, kang buat tak kena pada tekaknya pulak. Jadinya risik2 la mana ada jual benda alah ni. Mulanya cari gak orang perseorangan yang jual...malas nak calling n kena buat temujanji...makanya, senang citer g jer kat sini...Sweet Chat Cafe, AEON  Station 18 Mall, Ipoh...Tak perlu cal...ikut bila2pun...;) Sebelum beli tu dah search kat google akan kehalalannya dan sebelum beli tengok dulu restorannya, sape pekerjanya +++...Melayu semuanya DAN  penting jugak ada logo halal JAKIM. Jadinya minggu lepas baru dapat tunaikan hajat nak merasa crepe durian setelah sekian lama mengidamnya...huhuhu.


 Halal

 Ini bekasnya...tengok orang post kat blog2...gambar nipun...nampak besar. Bila beli..."cenuet" jer bendanya. Kecik mak aiii. Seketul...sekali Faris ngap jerk...huhuhu. Nipun skali ngan tax...RM9++. Kalau beli dengan orang yang jual kat luar...besar saiznya...RM10 ada 6 ketul. Pepun boleh la untuk percubaan..;)

 Inilah bendanya...3 ketul

 Setelah dibedah siasat...;)


Bila dah cuba...bagi aku macam makan durian jerk...cuma ada lemak manisnya sebab ada cream kot. Tapi Faris kata sedap sangat...siap suruh ibu beli/buat. Lepas pada tu...ekoran crepe durian Faris dan ayahnya  yang tak berapa suka durian jadi suka. Minggu ni kami berkelah durian kat rumah...huhuhu.

Sape yang ada kenalan sekitar Tronoh Perak yang jual benda ni...boleh la bagi info...kang teringin...boleh la order...mood malas nak buat ler tu..;)

K..sekian...wassalam.

***
 Ayuh terus tembak doa! Ya Allah! save gaza.

Tuesday, November 20, 2012

Penutup Pra-Sekolah Faris


Salam dan Selamat sejahtera semua! Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam! tak terlewat lagi kot..;)1433 dah berlalu...1434 kini bertandang. Moga akan ada hijrah yang lebih baik untuk kita ya! Hijrah diri sendiri dan keluarga untuk kebaikan bersama...insyaAllah.

Cuti sekolah dah masuk minggu ke2...cepatnya masa ya. Puteraku tahun depan akan memulakan sesi persekolahan yang baru...sekolah baru, suasana baru dan banyak lagi yang baru bakal beliau lalui nanti. Doaku sebagai ibu, moga anakanda Faris cekal menghadapi segala situasi yang baru...dan penting juga agar beliau dapat menyesuaikan diri dengan segala perubahan itu. Banyak perubahan yang bakal ditempuhi nanti.

Akhir sesi persekolahan beliau...aku dan suami ingatkan hatinya tak merasa sayu meninggalkan sekolah lama(pra). Rupanya naluri kanak2 6 tahun ini juga tersentuh...katanya "Faris sedih la sebab Faris tak dapat jumpa kawan2 Faris lagi"...tiba2 jer hati ni turut tersentuh...huhuhu...sensitif sungguh hatimu wahai Zurina...;( Tapi masih dalam keadaan terkawal....biasalah tu kannnnnnnnn...;)

Ahad lepas...11/11/2012 Majlis Konvokesyen sekolah Faris diadakan di Dewan Serbaguna UTP. Ayahnya tidak dapat menghadirkan diri sebab ada tanggungjawab di KL. Jadinya kami hanya pergi berdua. Ralat juga rasanya sebab selalunya majlis sebegini akan sama2 kami hadiri. Tapi nak buat macamana...keadaan tak mengizinkan. Pepun segalanya berjalan dengan lancar.

Esoknya...Isnin 12/11/2012...sekolah Faris mengadakan lawatan sambil belajar ke Petrosains KLCC. Teruja nak pergi...ayahnya pulak bagi syarat aku kena ikut sekali...bukan tak percaya kat cikgu, tapi untuk langkah keselamatan. Boleh juga tolong tengok2an. Jadual asal 1/11/12(Khamis)...tapi atas sebab2 tertentu, terpaksalah ia di tunda. Jadinya Isnin tu bas dijadualkan bertolak seawal 7 pagi...tapi Ahad malam tu cikgu sms bas akan bertolak seawal 6.30am...jadinya ahli rombongan cik kiah kena berada di sekolah sebelum tu. Tapikan...tapikan...lebih kurang 7pm jugak bas bertolak kerana ada 2,3 orang yang terlewat walaupun majoritinya 6.30 tu dah sampai. 

Ringkasnya citer...rombongan sampai KLCC lebih kurang 10.30am...dan beraturlah kami turun bas dan berjalan ikut resam itik...kikiki...untuk keselamatan anak2 tercinta...;) Seronok melihat gelagak anak2 ni...meriah. Ringkas lagi...kami masuk petrosains kira2 jam 11am dan 2.30pm beransur2 keluar. Dah keluar kami menuju ke Masjid  Asy-Syakirin untuk tunaikan solat dan menjamu selera. Makanan telah ditempah(Nasi Ayam)...dan ketua rombongan telah meminta kebenaran menggunakan bahagian sisi ruang legar sebelah kanan masjid dengan pihak masjid untuk kami menjamu selera. Dan selesai segala urusan...kira-kira 4pm rombongan bertolak pulang. Tapi aku dan Faris balik dengan kereta dijemput en.suami kerana dia memang kat KL ada meeting di HQ. Ringkasnya...anak2 memang seronok dan teruja dari awal sampai akhir walaupun masa nak balik semua dah nampak keletihan. 
Opssss...nak sambung citer kelakar sikit...masa dalam petrosains...cikgu bawa la budak2 yang nak buang air ke tandas. Faris pun ikut serta...berlari2 dia dengan 3,4 orang rakannya masuk tandas laki. Dalam 2,3 minit keluarlah kawan2 dia...tapi dia takde...tup2...dengar budak nanges jerit2...jeng3x...kuarlah Faris...alahai...bawa kasut nanges2...basah. Kenapa?...dia terkejut bila bukak paip...air kuar melalui mangkuk tandas...kikiki. Akupun tak suka tandas duduk cenggitu...huhuhu. Dah panjang citer...sebelum tutup citer...layankan gambar dulu! 



 


 

Faris: bye kawan2...panjang umur kita jumpa lagi tahun depan kalau berdaftar di sekolah yang sama ya...;)

SEKIAN...WASSALAM!...;)

Friday, November 9, 2012

Hati2 Semua!


Bulan lepas seorang kawan suami telah mengalami situasi yang sama pernah dialami tahun 2006. Dia melalui jalan sekitar Universiti Malaya Kuala Lumpur...tiba2 seorang lelaki India(tak silap bermotosikal) melambai2 tangan padanya isyarat suruh berhenti/pandang belakang. Bila tengok kat belakang dia dapati keretanya berasap...panik jap. Dah berhenti ... dalam panik dia tanya la dengan lelaki India tu..."nak buat macamana ni?"...laki tu kata "abang jangan risau...saya mekanik...abang ikut saya ke bengkel". Katanya tak jauh dari situ.  Jadinya dia ikut jelah laki India tu. Kat bengkel laki India tu cek la mana rosaknya...konon2. Dah tu dia cakap la itu ini rosak dan kena tukar itu ini...kawan ni angguk2 dan ok jer semua. Dah siap...dia tanya la berapa?...sekalik India tu kasi tau..RM 2000++...huhuhu. Terkejut la kawan tu...katanya "mana saya ada cash banyak tu. Kalau gitu u ikut i g bank la". So, India tu follow la dia g bank...terbang la RM2000++.

Tu cerita 2006...dan bulan lepas dia melalui situasi yang sama di sekitar kawasan yang sama. Bila lelaki juga India tahan...dia dapati kereta berasap dia teruskan jer perjalanan...tak berhenti. Tapi dia ke bengkel baiki kereta berhampiran. Sampai bengkel milik lelaki Cina...dia suruh mekanik tu tengok masalah keretanya yang berasap tu. Bila laki tu cek...katanya "kereta u ok jer...takde masalah apa2". Dan diapun citerlah apa yang berlaku...dan Cina tu bagitau..."itu hal sudah manyak olang kene ooo...itu lelaki India tipu punya olang. Dia letak ???(ntah pebenda aku lupa) dekat ekzos ke apa masa kita parking dan dia akan follow kita. Bila dah berasap...dia bertindaklah". Lebih kureng cengitu ler citernya. 

Cerita ni macam aku pernah baca dalam blog2 dan fb...tapi bila dapat tahu kawan en.suami sendiri yang kena...terpanggil lak untuk cerita kat sini. Sekurang2nya dapat dijadikan info pada yang belum tahu dan peringatan pada semua andainya kita2 melalui situasi yang sama. So, hati2lah semua ya! sekarang ni macam2 jenayah berlaku...kena selalu beringat. Pepun...mintak dijauhkanlah ya...Nauzubillahiminzalik.

Thursday, November 8, 2012

Birthday Faris Yang ke 6

Alhamdulillah...Selasa 6/11/2012 genaplah usia anakandaku 6 tahun...dan genaplah juga 6 tahun aku bergelar seorang ibu. Sejak itu...naluri ini sentiasa mengharap dan mendoakan yang terbaik buat satu2nya buah hati penyambung kasih sayang aku dan suami. 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Ya Allah ya Salam
Ketika Engkau menebar keselamatan pada hari ini,
maka dahulukanlah untuk anakku ini…

Ya Rahman Ya Rohiim
Jadikanlah ia dalam golongan orang yang selalu menerima rahmat kasih sayang-MU

Ya rozaaq ya Basith
Luaskan rizki dan barokah untuknya

Ya barii
Mudahkanlah hidupnya, sembuhkan segala penyakit dalam jasad dan ruhnya.

Ya Quddus
Jauhkan ia dari segala penyakit hati

Ya Rofii
muliakan dan tinggikan derajatnya

Ya Malikul mulki
Jagalah dia dalam kuasaMU

Ya Syakur
jadikanlah ia ahli bersyukur

Ya Ghoffar
Ampunilah ia sepanjang hidup di dunia dan akhiratnya

Ya Shobuur Ya Mu’iz
tambahkan kesabaran dan beningkanlah hatinya

Yaa Haadii
berikanlah petunjuk dalam apa jua ujian yang akan ditempuhnya

Amin ya Robbal ‘alamin….

Dalam membesar dan mendidik anak...bukan harta ajarannya...cukuplah baginya ilmu yang bermanfaat untuk bekalan dunia akhirat. Moga Ahmad Faris membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya hidupnya dunia
& akhirat...amin!.

Birthday Faris kali ni kami raikan cuma bertiga seperti biasa...ala2 kadar untuk mengembirakan dia. Cuma tahun lepas ramai sikit yang nyanyikan "hepi bday" untuk Faris sebab harijadi dia jatuh pada aidiladha. Jadinya Faris potong kek kat kampung. Jom layan gambar sambutan harijadi Faris selasa lepas!

 

Banyak2 kek kat kedai...itulah kek yang Faris pilih...nak ada payung...sesuai dengan tema musim hujan...huhuhu. Katanya tak nak kek yang ibu buat...nak beli yang ada payung...ada bunga(dalam hati ada taman tu...hehe) layankan ajer...janji tak kosongkan poket ayahnya...serba ringkas...;)

SEKIAN...Wassalam!

Tuesday, November 6, 2012

Bahaya Bawang Goreng Segera

Beberapa hari yang lepas...saya ada menerima email tantang bawang goreng segera...jom kita kongsikan!!!

"BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja"

Sejauhmana kebenarannya... Wallahu a'lam (والله أعلم). Tujuan saya hanya sebagai perkongsian untuk kebaikan bersama. Kalau dinilai...ada jugak logiknya...bawang goreng segera ni memang rangup semacam...tak cepat lembik. Kalau yang kita buat sendiri...memang takkan rangup macam tu. Cuma tak pastilah kalau2 ada ramuan lain yang boleh menyebabkan bawang itu jadi sebegitu. Tapi saya percaya...tak semua yang ada di pasaran menggunakan teknik/cara yang sama untuk menghasilkan bawang goreng yang rangup.

Sebagai langkah keselamatan...eloklah kita gunakan bawang goreng buatan sendiri. Bukan susahpun...cuma kupas bawang, hiris halus dan goreng dalam minyak yang panas...lagi fresh. Tapi, kalau anda yakin bahawa bawang goreng yang dibeli bebas dari bahan bahaya...tak salah menggunanya...cepat mudah dan pantas...;) 

*** Jom sama2 kita pastikan keluarga kita dihidangkan dengan makanan yang bersih, selamat dan halal.        Jangan lupa doa dan Bismillah ya bila nak makan!!!...;)

Monday, November 5, 2012

Semoga Allah Mempermudahkan Segala Urusan!!!

Salam semua! sepanjang hidup...kita melalui bermacam-macam ragam kehidupan..ada onak dan duri, jua ada manis dan pahitnya. Apapun sudah ketentuanNya...moga kita redha dengan apa yang berlaku dan marilah sama2 kita sentiasa mendoakan semoga hari2 yang kita lalui menjanjikan kebahgiaan buat kita...semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita...DAN penting juga agar kita diberi kekuatan untuk lebih tabah menghadapi setiap ujian dariNya!!!

Doa Dipermudahkan Segala Urusan


Maksudnya:
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"


Sekian....Wassalam!!!

Thursday, November 1, 2012

Kronologi Aidiladha

Salam semua...walaupun Aidiladha dah beberapa hari berlalu DAN boleh dikatakan semua dah mula bekerja...nak ambil kesempatan jugak la nak ucap...salam Aidiladha...hehehe...ketinggalan zaman betul kan???...;) Pepun harapnya semua dalam keadaan sihat sejahtera...tak ada yang kepanasan sebab terlebih makan daging korban...eheh..;)

Untuk raya haji tahun ni aku bertolak balik kampung petang Rabu...alhamdulillah perjalanan lancar walaupun sesekali terpaksa berbaris jugak disebabkan kereta agak banyak dari biasa. Disebabkan keadaan tu kami sampai kampung lewat sejam dari kebiasaan...selalunya 6 jam perjalanan tapi kali ni 7 jam. Lebih kurang 9.30pm kami sampai. Malam tu sempat la tolong kekanda dan ibunda bungkus "tapai beras" dengan daun pisang. Tapai ni aku suka makan time dia baru2 nak masak belum berair...sebab takdelah dia manis menyengat sangat.

Khamis...paginya tup tap tup tap...buat la apa yang patut. Tengaharinya sempat la ke rumah mentua...petangnya balik rumah ibunda. Sebelum balik tu singgah la Hospital Besar KB...bahagian kecemasan setelah ronda & call beberapa klinik semuanya tutup. Mungkin sebab dah dekat 7 pm...DAN pulak esoknya nak raya. Bila dah namanya kecemasan...terpaksalah menunggu giliran untuk berjumpa DR...tapi mujurlah tidaklah bercinta sangat menunggu giliran...yang bercintanya time nak ambik ubat...orangnya tak ramai...tapi menunggunya agaklah lama...pepun kami menunggu dengan sabar. Nasib baik masih bermusafir...bolehlah kami jamakkan maghrib dengan isyak.

Kenapa ke hospital???..anak terunaku tak sihat...petang selasa dah ambik oksigen...asma...batuk + selsema. Pagi rabu...selepas subuh ambik oksigen lagi...2 kali dekat kecemasan Hospital Batu Gajah. Jadi bila balik...kesihatannya masih belum memuaskan walaupun empunya badan tetaplah aktif...huhuhu...makan tak berapa nak selera...masa kat rumah mentua...mandikan dia dan suap nasi sebabnya dia belum makan tengahari...paginya makan la sikit...lepas tu asyik merengat...tido2 ayam...merengek+ ngadu sakit perut...dah sapu minyak..tapi tetap sakit...last2 aku bagi susu...terus muntah...mak aihhhhh...banyak sangat muntahnya seperti mencurah air dari baldi...huk3x...sila jangan mual ya...;) Dah tu aku panik jap...risau amat sangat...cuci dulu muntah dia kat dapur sementara suami basuh Faris dan tukar baju...selesai kerja...kami balik sebab nak singgah klinik...sob3x...sedeyyyyyyyyy. Mood raya memang down sangat...;( 

Balik dari hospital singgah McD jap...beli bubur nasi untuk Faris...ayahnya pun menumpang menu sekali. Mood nak memasak lemau coz denyutan jantung bergerak kencang + hati tak berapa nak senang bila anak tak sihat(lemah semangat tul kan...huhu). So, tapau jerlah. Balik rumah...lap2 badan Faris dan bagi dia makan. Dah tu...nampak dia dah ok sikit...katanya perut dah tak sakit dan tak rasa nak muntah lagi. Pepun aku paksa dia tidur...dalam nak tak nak akhirnya tertidur jugak dia. Bila dia tidur...sempat la aku jengah jap kanda dan ibunda buat nasi dagang. Lebih kurang pukul 11 Faris jaga sebab suasana agak riuh bila kekanda no.2 sekeluarga sampai...geng dia "kak dayah"(kakak sepupunya) sudah sampai. Sebelum tidur balik...sempat la dia main dulu walaupun tak seaktif kebiasaannya.

Esoknya(Jumaat) pagi2 lagi dia dah bangun...seawal 4.30 am dia jaga dan tanya aku "ibu, dah raya ke?"...hahaha...semangat. Dalam mamai...jawabla aku "blom...jap lagi...tido dl"...dah tu...tidur lagi...dan jam 6.15 dia dah jaga. Pagi raya aidiladha...macam biasa...auranya tak sehebat raya puasa. Tapi Faris macam biasa...pagi2 dah mandi dan siapkan diri. Lepas sembahyang raya kami lepak2 king anak beranak jer sebab ramai yang pergi ke acara korban. Ringkasnya cerita...biasa2 ajer aidiladha kami. En suami lepas sembahyang raya menyertai keluarganya dalam upacara korban...lepas asar baru balik. Dah penat lapah sekor lembu dengan adik beradik...maghribnya dia bantai tidur sampai pukul 10. Heroku kurang aktif di hari raya...petangnya baru nampak sikit aktif. 

Raya ke2(Sabtu)...lepas sarapan...ke rumah mertua. Berkumpul adik beradik dan semua ipar duai...meriah. 11.30 am...kami konvoi ke kenduri anak kepada sepupu suami. Lepas tu berkejar balik rumah mak sebab nak menghadiri majlis pertunangan anak sedara. Kelam kelibut jugak la...balik2 mandi solat...terus ke rumah abang...sampai2 dah ramai yang menunggu...pepun aku bukan orang yang terakhir...hehe. Lebih kurang 2.30 pm rombongan bertolak ke rumah bakal tunangan...nasib baik jaraknya dekat...tak sampai 10 minit perjalanan. Ringkasnya...majlis berjalan lancar...kata sepakat telah termaktub bahawasanya majlis akan dilangsungkan mengikut perkiraan dua sejoli...alah...kawin zaman sekarang...orang tua follow orang muda...senang cerita...ikut kata empunya badan la...;) 

 Pertunangan Anak Buah

 Balik dari majlis...singgah jap rumah abang sebab ibunda nak singgah jap. Sempatlah pekena kek hantaran sepotong...kek chocolate indulgence secret recipe...kek ni kalau sejuk lagi best...tapi sebab lama sangat atas dulang...dah tak sejuk...tapi habis la jugak sepotong. Tak berlama kat situ sebab nak bersiap ke rumah mertua lak...bermalam kat sana. Balik rumah ibunda...buat apa yang patut + lepak king anak beranak...lepas maghrib ke rumah ibu dan bapa mertuaku. Kat sana masih ramai ipar duai...sebabnya semua akan bertolak balik esoknya termasuk aku sekeluarga.

Ahad...lepas subuh semua bersiap untuk kembali ke perantauan. Mandi kemas barang dan sarapan...berkumpul jap adik beradik borak2 ilmiah dan lebih kurang 8.30 kami bertolak serentak. Aku nak singgah rumah ibunda dulu ... barang pun masih banyak kat sana dan belum dikemaskan lagi. Jadual padat...tak nyempat nak mengemas. Sebelum tu singgah dulu kat pasar nak beli apa yang patut untuk dibawa. Tup tup...pak mertuaku call...lupa bagi keropok...dan my lalink kata nak g ambik. Sampai kat sana mak sedara kembar ibu mertua ada...so kena la turun(plan awal sebaliknya) sebab tak sempat melawat dia raya ni. Bila dah turun borak2 la kejap....kejap jer. Ringkas citer...dekat 10.00 am baru sampai rumah ibundaku. Sampai2...fening jap tak tahu nak mula tang mana dulu...nak kemas barang yang kat sana sini dan sinun. Mula2 kemas pakaian...pastu baru lain2nya. Dan lebih kurang pukul 12 baru siap...dah bersilat sana sini...kenalah bersiram lagi...sempat la sambil tunggu cik abang masukkan Video pertunangan dalam dvd untuk abang yang sulong.
Ringkasnyer citer lagi...lebih kurang 12.30 kami bertolak...huhuhu...tak risau sangat...selalunya perjalanan kami ke Darul Ridzuan tak bersesak macam ke KL. Sekaliiiiiiiiiiiiiiiinyaaaaaaaaaa...huwaaaaaaaaa...nanges...jemtaravota...perjalanan 6 jam jadik la 8 1/2 jam...;(. 


Ringkas lagi 8.30 pm kami sampai...heroku aktif jer...yang aku ni letih semacam...sakit urat saraf. Bukan tak pernah harungi perjalanan panjang...tapi kali ni...jem jalan berjangkit ke urat sarafku...tegang. Sudahnya...lepas buat apa yang patut...aku zzzzzzzzzzzzzzzzzzz. Kami tiga beranak memang tidur awal malam tu. Tak jadi macam kebiasaan...selalunya kalau balik dari mana2lah...pasti aku akan kemas dulu barang siap2 dan basuh segala pakaian yang kotor dulu...tapi kali ni lain cerita...DAN sampai saat ni...urusan lipat melipat pakaian belum selesai...slow semacam...lebih makan daging kot...huhuhu. Tambah pulak balik ari2 memang tak nyempat nak mendobi...menimbun la kain bajunya. Upacara mendobi dah siap...melipatnya belum lagi selesai....k lah...panjang citernya bila dah namanya kronologi...k...sekian...wassalam...;)



Panik Seketika

Huhuhu...ceritera hari Rabu 31/10/2012...paginya sempat la bukak blog n terjah beberapa blog org. Tup tup bila bukak balik kluarlah... Blog has been removed bla bla bla...aik...tkejuk jap...bila masa lak aku remove blog aku...huhuhuhu. Dalam panik tu aku cuba la login...dah tak boleh...dia mintak no phone pulak utk bg code verification ke hapa tah...bila masuk no. phone...xboleh la pulak..ktnya no yg aku bg tu dh diguna utk byk urusan(lebih kureng cenggitu ler)...dh bg beberapa no...tetap gak sama. Mgelabah jap aku. Ntah pape lak aku guna phone tu utk urusan ape??? Godek punya godek...dapat la code number...tapi takboleh jugak. Last2 en.suami juga turut membantu petangnya...godek2 apa yang patut...last2...malamnya dah muncul balik blog ni...dan aku dapat email dari google team yg berbunyi ...
We apologize for any inconvenience you may have experienced. The issue you
described should now be resolved... +++ . Itulah alkisahnya yang buat aku panik seketika...bukan seketika...hampir separuh hari...hehehe...SEKIAN

***malas nak taip elok2...frust pasal ni...k  sekian...jumpa next n3...;)