Thursday, November 8, 2012

Birthday Faris Yang ke 6

Alhamdulillah...Selasa 6/11/2012 genaplah usia anakandaku 6 tahun...dan genaplah juga 6 tahun aku bergelar seorang ibu. Sejak itu...naluri ini sentiasa mengharap dan mendoakan yang terbaik buat satu2nya buah hati penyambung kasih sayang aku dan suami. 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Ya Allah ya Salam
Ketika Engkau menebar keselamatan pada hari ini,
maka dahulukanlah untuk anakku ini…

Ya Rahman Ya Rohiim
Jadikanlah ia dalam golongan orang yang selalu menerima rahmat kasih sayang-MU

Ya rozaaq ya Basith
Luaskan rizki dan barokah untuknya

Ya barii
Mudahkanlah hidupnya, sembuhkan segala penyakit dalam jasad dan ruhnya.

Ya Quddus
Jauhkan ia dari segala penyakit hati

Ya Rofii
muliakan dan tinggikan derajatnya

Ya Malikul mulki
Jagalah dia dalam kuasaMU

Ya Syakur
jadikanlah ia ahli bersyukur

Ya Ghoffar
Ampunilah ia sepanjang hidup di dunia dan akhiratnya

Ya Shobuur Ya Mu’iz
tambahkan kesabaran dan beningkanlah hatinya

Yaa Haadii
berikanlah petunjuk dalam apa jua ujian yang akan ditempuhnya

Amin ya Robbal ‘alamin….

Dalam membesar dan mendidik anak...bukan harta ajarannya...cukuplah baginya ilmu yang bermanfaat untuk bekalan dunia akhirat. Moga Ahmad Faris membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya hidupnya dunia
& akhirat...amin!.

Birthday Faris kali ni kami raikan cuma bertiga seperti biasa...ala2 kadar untuk mengembirakan dia. Cuma tahun lepas ramai sikit yang nyanyikan "hepi bday" untuk Faris sebab harijadi dia jatuh pada aidiladha. Jadinya Faris potong kek kat kampung. Jom layan gambar sambutan harijadi Faris selasa lepas!

 

Banyak2 kek kat kedai...itulah kek yang Faris pilih...nak ada payung...sesuai dengan tema musim hujan...huhuhu. Katanya tak nak kek yang ibu buat...nak beli yang ada payung...ada bunga(dalam hati ada taman tu...hehe) layankan ajer...janji tak kosongkan poket ayahnya...serba ringkas...;)

SEKIAN...Wassalam!

11 comments:

boni kacak said...

selamat hari lahir kepada beliau...semoga membesar dan menjadi seorang yang sangat2 berguna pada agama, bangsa dan tanah air..amin..

Zurina said...

amin3x!!!..t.kasih boni kacak!!!...;)

Mamasya said...

Happy bday Faris.moga membesar jadi anak yg soleh dan berjaya..sayang ibu ayah.
re; tkasih byk Zurina atas doa dan ucapan itu..Amin.

Salmi Khairil said...

selamat menyambut ulang tahun kelahiran faris..semoga menjadi anak yang soleh..

Zurina said...

amin3x!!!...t.kasih mamasya dan salmi!...;)

akubiomed said...

Selamat menyambut hari lahir yang ke 6. Tahun depan bakal masuk tahun 1.

Zurina said...

t.kasih akubiomed...ya! thn depan dh darjah 1...;)

TiranaAduka said...

uncle tirana aduka ucapkan slamat ulang tahun.jgn nakal2 tau.

Zurina said...

TQ uncle TA!!!..;)

Niswatus Solikah Samik said...

semoga faris membesar dengan sihat dan jadi hamba yang taat, anak yg soleh utk kedua mak dan ayah nya. In shaa Allah. :) selamat hari jadi adik faris! :)

*lambat nya wish... hihi

Zurina said...

amin3x!!!...insyaAllah. TQ kak anis yg comel...;)