Friday, January 4, 2013

Faris di Sekolah Kebangsaan

HARI PERTAMA...2/1/2013(Rabu)...Rutin harianku mula berubah...jadual barukan bermula. Bangun 6 pagi...sempatlah siapkan sarapan dan bekal untuk Faris bawa ke sekolah. Hanya bihun goreng xpress dan nuget + kentang goreng. 6.30am kejutkan dia...sekali panggil nama dia jer...dalam pejam dia dah bangun...hehe...bagus anak ibu. Memang dia xcited nak g sekolah...malamnya awal2 dah masuk bilik...sebab aku dah pesan awal2...esok sekolah kenalah tidur awal. Alhamdulillah dia ikut arahan...;)

Dah siap semuanya...lebih kurang 7.10 kami bertolak ke sekolah...Faris naik dengan aku tapi ayahnya tetap follow kat belakang...ofis dia dekat dengan sekolah Faris. Sampai sekolah perhimpunan baru nak bermula...aku terus letak Faris dalam barisan kelasnya yang telah ditetapkan(untuk sementara waktu). Namanya tersenarai dalam kumpulan 1(kelas Melor) dan orang no.1...sebab namanya bermula dengan huruf "A"...Ahmad Faris. Kelas ni hanya sementara jer sebab khamis(3/1/13) mereka akan duduki satu ujian untuk tentukan kelas mana mereka berada nanti.
 Faris tangok jer kawan dia sembang2...malu2 lagi

Sambung citer...dah letak Faris dalam barisan...aku terus tinggalkan dia. Pesan kat dia "faris beratur kat sini, nanti dengar/ikut arahan cikgu ya"...dia angguk tanda faham. Alhamdulillah dia memang tak banyak ragam sejak pra lagi. Dah tu dalam masa yang sama lagu negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah dimainkan...makanya akupun terpaksalah berdiri tegap sama2 kat perhimpunan tu...hihihi...ingat zaman sekolah dulu2 yang dah lama ditinggalkan...huhuhuhu...sedeyyy...lap air mata jap...hehe. Bukan aku jer...ramai(berpuluh2) lagi ibu bapa yang berdiri kat situ...terutama yang ada anak prasekolah dan tahun 1. Lepas habis nyanyi2 aku tak terus balik...tapi terus ke kantin sekolah...tunggu Faris kat situ. Malas nak ulang alik...jadinya aku tunggu jer dia sampai waktu rehat sebab nak ajar dia cara nak beli makanan....huhuhu...sebelum ni memang tak dedahkan dia cara nak berbelanja ni...tak sedar pulak rupa2nya jadi masalah bila dah sekolah ni...jadinya untuk sehari dua ni kenalah pantau dia time waktu rehat. Habis perhimpunan diaorang diminta beratur masuk kelas masing2 dan diseliakan oleh guru kelas masing2. Aku biarkan Faris berbaris masuk kelas walaupun ada ibubapa yang turut ikut sama anak2 ke kelas. Pepun dalam beberapa minit ayahnya datang menjenguk dan kami sama2 naik ke kelas Faris...sajer intai2 tengok Faris camana...rupa2nya ramai gak ibubapa berada di luar kelas untuk melihat anak masing2. Aku jumpa guru kelas jap untuk serahkan fail peribadi dan kesihatan murid. Jenguk Faris jap dan turun...pastu bertapalah kat kantin sampai Faris rehat jam 10. Suami dah balik ofis...tapi time Faris rehat dia datang lagi...teruja jugak dia nak tengok perkembangan Faris kat sekolah ni. Lepas setle makan  minum dia...dan kelihatan dia selesa dengan suasana baru...bila dia masuk kelas balik...akupun balik. Balik jam 1 pm ayahnya yang jemput.
 Faris duduk barisan paling depan tepi sekali

Faris balik dari sekolah suruh dia sejukkan badan jap...pastu terus suruh dia mandi...dan lepas tu kasik dia makan nasi. Muka dia nampak letih...tapi tuannya hepi semacam...suka dengan sekolah baru. Masih dalam mood teruja. Harap2 pasni keterujaan itu berterusan. 2.30 ke kelas agama dia pulak untuk pendaftaran. Alhamdulillah sampai2 jer pendaftaran baru bermula...dan aku orang pertama ambik borang...hehe. Sajer datang awal walau pendaftaran katanya bermula 3.00pm. Dah setle isi borang dan yuran...terus balik rumah. Disebabkan sifat mesra alamnya...sempat jugak dalam masa yang singkat tu Faris main dengan anak ustazah...huhuhu. Dah sampai rumah...legaaaaaaaaa...setle hari pertama. Kelas agama bermula Isnin depan 7/1/2013.

Hari Ke2...Faris ke sekolah dengan ayahnya. Sampai sekolah ayahnya hantar ke kelas dan guru kelas dah ada dalam kelas walaupun murid masih ramai yang belum datang. Hantar dia ke kelas ayahnya terus ke tempat keje. Aku cuma jenguk dia waktu rehat...dan balik ayahnya yang jemput. Time rehat aku tanya la "Faris periksa hari ni kan...boleh jawab tak?"...dia kata "susah sangat...Faris tanya cikgu, cikgu tak nak bagitahu"...hehe. Aku cakap la ngan dia..."memanglah exam cikgu tak boleh bagitahu"...dia tanya cikgu bila tak dapat jawab sebab aku dah pesan...bila belajar, kalau tak faham Faris tanya la cikgu, jangan takut. Tu sebab dia tanya. Pepun...harapnya Faris akan dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru ni. Masih banyak pembaharuan yang dia perlu lalui...harapnya semua dapat Faris lalui dengan sebaiknya...moga dia terus belajar dan belajar agar dapat membentuk jati diri menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat ...amin3x! Dah habis makan waktu rehat...dia terus cari kawan dia...Fahrin dan Hafiz namanya. Mereka tu kawan karib...Faris nak menumpang berkawan. Dah jumpa kawan dia...terus kata "ibu balik la"...isy3x...seronok ler tu taknak ibu ganggu...jadinya aku biarkan dia dengan kawan dia sambil perhati dari jauh...bukan apa, risau tengok dia dan ramai budak2 lain duk main tepi kolam ikan. Jatuh kang sape yang susah. Jadi sebelum balik tu...aku pesan la kat dia...jangan main tepi kolam tu. Ntahlah dia ikut ke tak sebab kat situ memang jadi tumpuan budak2.

Hari ke 3...ke sekolah ayah hantar...rehat ibu dan ayah jenguk. Lepas Faris makan terus dia cari kawan...kamipun terus balik lepas Faris salam dengan ayahnya yang nak ke KL. Balik hari ni pukul 12 aku yang jemput....Maka tamatlah persekolahan Faris untuk minggu yang pertama ini. Harapnya minggu depan dia makin dapat menyesuaikan diri. Cuma nak berbelanja tu masih perlu dipantau...aku tengok dia nak beli makanan...dia hulur duit dulu baru cakap nak apa. Dah bagitau kat dia..harap2nya dia dapat faham.

K...setakat ni jer...nak tengok camana perkembangan Faris minggu depan...harapnya pengalaman minggu pertama ni dapat lebih mematangkan dia untuk meneruskan hari2 di minggu2 akan datang. wait n see.
Sekian...wassalam!

8 comments:

Mamasya22 said...

Slmt thn baru Zurina.
moga Faris cepat sesuaikan diri di djh 1. hari pertama bukan anak2 saja excited masuk sek baru...kita ibupun excited jugakkan...satu pengalaman yg manis...

Zurina said...

t.kasih mamasya! btul tu...xcited sgt...bdebarpun ada jugak...hehe. pepun mmg satu kenangan manis...suka dpt tgk ank mbesar depan mata...;)

sabella said...

alahai comel je faris . semoga faris dapat sesuaikan diri dengan keadaan baru & dapat ramai kawan ^^

Zurina said...

T.kasih!...sabellapown cumel gak...;)

Cheqno said...

Slmat tahun baru dgn 'duty' baru, saya ada 5tahun lagi nak jdi 'driver bus sekolah' anak-anak ... nikmatnye ..he..he..he

Zurina said...

alhamdulillah...bkhidmat utk masa depan anak2...driverpun driverlah kannn...hehe

TiranaAduka said...

tanggungjawap dapat dijalankan dgn sempurna.syukur

Zurina said...

ya!...alhamdulillah...:)