Salam semua! untuk kenangan...nak buat catatan kat sini...hari ni
1/1/2013(selasa) ke sekolah Faris untuk sesi pendaftaran Tahun 1. Dalam
masa yang sama ada taklimat dari pengetua sekolah untuk ibu bapa. Lebih
kurang sejam jugak taklimat tersebut dan sesi pendaftaran bermula
selepas itu...kira2 9.00am. Selesai pendaftaran dan ambik buku teks...terus balik. Buku2 tulis dan latihan hujung November lagi ayahnya dah belikan.
Sekejap rasanya masa berlalu...terbayang2 lagi saat melahirkan dia...esok Faris dahpun akan memulakan sesi persekolahannya dalam tahun 1 di sekolah kebangsaan. Masa cuti sekolah dia selalu cakap...Faris sedih...bila tanya kenapa...katanya sebab Faris tak dapat jumpa kawan2 Faris kat sekolah pasti(huhu). Malam ni pulak dia kata "ibu, Faris sedih lagi"...bila aku tanya kenapa...dia kata "sebab Faris tak dapat jumpa dengan cikgu Khadijah"(cikgu dia masa 6 tahun)...huhuhu...terharu jugak mendengarnya...sensitif jugak anak terunaku ini. Bila aku tanya..."Faris tak suka ke nak sekolah darjah satu?"...diapun jawab "tak tak...Faris tak sedih dah"...huhuhu. Rasanya dia sedih dalam gembira...ingat zaman sekolah lama....dalam masa sama excited nak masuk sekolah kebangsaan.
Pepun harapan ibu...esok hari pertama Faris ke sekolah kebangsaan...semoga semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan moga Faris dapat sesuaikan diri dengan suasana baru. Moga dia cepat belajar dan memahami suasana baru nanti. Suasana kelas berlainan, cikgu lain, tandas jauh dari kebiasaan, makan tak disediakan...huhuhu...yang ni masalah sikit...sebab Faris belum didedahkan dengan cara nak membeli...kang jadi macam anak buahku dulu2...bayar duit, tak ambil baki...huhuhu.Harapnya dia dapat belajar dengan cepat...berapa agaknya ya duit saku anak2 sekolah zaman sekarang?...bertanya sebab ini pengalaman pertama....pepun undur diri dl... pe2hal nanti sambung lagi...nak buat catatan pasal hari pertama Faris di tahun 1 pulak nanti...
***ibunya kenalah siapkan rutin harian berbeza bila anak dah mula sekolah...dan esok tentunya jadual harianku kan berubah...pasni nak gosok baju sekolah anakanda...k bye...berdebar...kerana ini pengalaman pertama...huhuhu...wassalam.
11 comments:
Faris tak mo nangis tau... kena belajar berdikari dah..hehehe
Bila dah masuk sekolah, masa akan rasa kejap je tetiba depa dah remaja! itu yg saya rasa. Pepun buat zurina & anakanda Faris selamat menempuh alam baru!
uncle boni...alhamdulillah...faris dari 5 thn mmg xnanges...dia mudah mesra ngan kawan...maklum la kt rumah xde kawan...jumpa kawan suka la dia.
Cheqno...t.kasih! tu la...mmg terasa sgt cepat peredaran masanya. tup2 dh sek...nti masuk sek menengah lak...;)
Seronok sebenarnya pengalaman nie...
ya aziela...seronok tp dlm masa yg sama ada gak debarannya...maklum la pgalaman baru..;)
adik faris ni jnis yg pndai menghargai persahabatan dia dgn org lain kn..
name cikgu pn ingt lgi..
btul tu miss zahirah...sebab kt rumah dia xde kawan melainkan ibunya ni dan ayhnya saja...huhu
harap faris cepat sesuaikan diri kat sekolah baru ;D
sabella...t.kasih! harapnya begitulah...;)
anak ta pun ada darjah 1 sis
ye ke?...mti tu bukan pgalaman ptamakan...:)
Post a Comment