Ini adalah iklan tak berbayar...:) Siapa peminat coffee?...cubalah yang ini! Sekali cuba...terus jatuh cinta sebab aku ni memang suka coffee. Kalau yang segera ni tengok brand jugak la...sebabnya ada yang bila diminum perutnya tak boleh terima. Tapi masa cuti Thaipusam hari tu aku g Melaka...diperkenalkan coffee ni oleh kenalan suami...terus suka. Tapi tapi tapi...banyak punya tapi daaaa...tapi aku ni tak boleh selalu sangat minum kopi ni...perut manja...kembung perut tak suka hati. K...salam semua!...(:
Realiti Kehidupan...Ada Suka, Ada Duka, Ada Tawa & Ada Tangisnya...Apa Yang Pasti...Kita Belajar & Terus Belajar Darinya. Pengalaman Itu...Ilmu & Panduan Menuju Hari Depan.
Wednesday, February 27, 2013
Wednesday, February 20, 2013
Meatball Special Ala2 Ikea
Petang Isnin hari tu chef Reenor(akulah tu) merajinkan diri mencuba resepi ni yang dicedok dari blog Seri Kandi Tanah Jauhar. Menurutnya resepi ni ala2 Meatball Ikea yang menjadi sebutan ramai akibat kesedapannya. Oleh kerana aku tak berpeluang lagi nak merasa Meatball kat IKEA tu...makanya dengan penuh semangat aku cuba try test la resepi ni....Dan hasilnya...taraaaaaaaaaa....
Abaikan gambar dan rupanya yang tak cantik ya! Biasa la...kerajinan dan kepandaian untuk menghias segala bagai takde...tapi...soalnya rasa...en.suamiku kata..."ermmm sedap"....heroku kata "ermmm tak sedap. Faris nak fun fries jer"...aku kata "ok la...best jugak". Hehehehe...pendapat 3 panel yang mempunyai 3 citarasa berlainan. Dari 3 penilaian tu...boleh la kita ambik kira pendapat incik suamiku...sebabnya dia ni tekak mat salleh sikit. Makanan macam ni memang feveret dia. Kalau anakandanya tu...separuh mat saleh...kalau ke PizzaHut...mushroom sup dan pizza dia makan...lain2 dia tolak tepi...termasuk la meatball. Kalau ikut citarasa maknya ni...makan jer semuanya...tapi kalau nak kenyang...nasi jugak ubatnya. Dalam sehari tu...nak juga pekena nasi. Jadi kesimpulannya...tak rugi mencuba...memang sedap jugaklah. Puas hati dan senyum lebar(dalam hati) bila suami kata sedap...hehe.
***jadinya sape yang nak cuba...bolehlah terjah kat SINI untuk mendapatkan resepinya. Susur galur/asal usul resepi ini juga ada diceritakan kat situ ya! Ikut resepinya dia letak blueberry jem..tapi aku tak letak. DAN kalau tak nak hidangan nampak pucat...boleh la tambah sayur-mayurnya ya seperti brokoli, carrot, asparagus etc yang dicelur. Hidanganpun lebih sihat. Ok...SELAMAT MENCUBA!!!
Sunday, February 17, 2013
Lelaki dan Kereta
Kalau dah namanya lelaki...kereta pastinya menjadi minat mereka. Bagi yang dah kahwin, ada sampai isteri2 mereka kata...kereta tu bini no.1...ahah. Bila kata gitu, ada pulak suami2 yang menjawab, "yelah...mahal saya beli...puluh2 ratus2 ribu"...hehe. Hantaran masa kawin tak sampai puluh2 ribupun...huhuhu. Laki oh lelaki...kereta dan lelaki tak boleh dipisahkan. Tapi mungkin tak semua jugaklah kannnnn...;)
Sekarang anak lelakiku dah tunjuk minatnya...asal nak beli jer mainan...kereta, kereta, kereta. Sampai tak perasan pulak dah boleh bukak kedai mainan kat rumah ni haaaaaa. Jom layan koleksi heroku yang sorang ni!!!
Koleksi shell lego...cukup 6 model yang ada di pasaran. Mula2 ayahnya beli 2 model...pastu beli satu2. Masa belum cukup 6...tiap kali ayahnya isi minyak kereta, Faris pasti ikut keluar kereta...pastu dia duk mengadap baca banner kat sebelah pam minyak tu(banner yang tunjuk model2 lego ni lah)...konon2...padahal nak beli model kereta yang belom ada. Si ayahnya pulak mengikut jer...takpelah...koleksi katanya. Tiap kali mendapat model baru...sengih Faris sentiasa sampai ke telinga. Dan Disember tahun lepas dia berjaya mendapat ke 6 model ni.
Ini antara koleksi kereta yang masih ada rupa...
Ini koleksi kereta control yang masih bernyawa...yang tak bernyawa dah dilupuskan.
***koleksi kereta mainan jerlah...yang betul2 untuk kegunaan harian jerlah...:)
~Wassalam~
Friday, February 8, 2013
Dialog Ibu dan Anak
Selasa...5/2/2013...on d way balik sekolah...l/k 1.15pm
Anak : Ibu, kat syurga kita boleh mintak apa2 je ke?
Anak : Ibu, kat syurga kita boleh mintak apa2 je ke?
Ibu : Ye...tapi kalau nak masuk syurga kita kenalah buat baik. Buat apa yang Allah suruh, jangan buat yang Allah larang, kena jadi anak yang baik, sembahyang tak boleh tinggal.
Anak : Kalau gitu Faris nak sembahyang elok2 la. Faris nak jadi baik. Ibu, nanti nak g syurga macamana? naik kete ke apa?...
Ibu : (dalam hati...huhuhu) nak g syurga bukan naik kete. Kalau kita buat baik nanti Allah akan buka jalan dan bawa kita ke syurga.
Anak : Faris nak masuk syurga. Kat syurga nanti ada mainan tak ibu?
Ibu : Ada
Anak : Nanti Faris nak masuk syurga, Faris nak mintak mainan. Boleh tak ibu?
***Dialog berterusan sampai ke rumah.
Ermmmmmm...pe2jelah wahai anakku. Pemikiran budak...menan jer dia tahu. Persoalan ni terlintas di fikiran dia...mungkin tajuk yang ustazah ajar hari tu berkaitan dengan syurga Allah kot. Apapun semoga niat murnimu untuk ke syurgawi Ilahi itu di perkenankan Ilahi wahai anakku....moga membesar menjadi anak yang soleh...amin!!!
Tuesday, February 5, 2013
IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013
Kalau sesiapa yang berminat boleh la terjah ke SINI ya!
- Jubah Muslimah Moden & Gorgeous Dresses
- Awanazstyle Muslimah Shop
- House Of Pines
- Scarf Sweethoney
- Celesta Hijab
- Lalin Closet
- My Online Boutique For You
- The Bag Galore
- Rinieescorner
- Coklatmanis2u
TARIKH TUTUP : 28 FEBRUARI 2013
Friday, February 1, 2013
Pusat Rekreasi Air, Pantai Pullman Putrajaya
Salam
semua! sape penah jejak kaki kat tempat ni sila angkat tangan...hehehe.
Rasanya dah ramai tahu...cuma aku jer yang baru tahu Dec 2012 aritu.
Selalu jugak ke Putrajaya...tak tahu pulak adanya tempat
ni...huhuhu...jakun...kesiankan...:) Tapi dia memang tempat yang baru dibangunkan. Dan bulan 12 haritu, masa my mom ikut
kami balik Perak aku bawa la dia ke rumah abangder tercinta di Bangi...kebetulan en.suami ada urusan d KL. Jadinya masa kami pergi
tu...bawalah abangder kami kat situ...maka dari situlah aku
tahu.
Saje ubah selera..kakak iparku yang cadangkan kitaorang sarapan kat
situ. Diaorangpun 1st time g situ...cuma dengar dari kawan2 yang pernah
sampai. Masa pergi dengan diaorang...en.suami tak ikut sama sebab dia
memang ada urusan kerajaan...hehe...urusan kerajaan la sangat. Kami
pergi dengan niat nak santai2 sambil sarapan. Dah tu...bila jumpa
air...Faris n sepupunya xcited la nak main air...huhuhu...persalinan
kami tak bawa...jadinya dorang just jalan2 dalam air...no mandi manda
keyyy...kang ada yang balik duk atas bumbung...:) Kami pegi pagi...dalam
pukul 10/11...sebelum tengahari balik.
Faris tak puas hati tak boleh mandi manda...jadinya minggu depannya bila
turun KL aku ajak en.suami pergi sat kat situ kasik puas hati sama itu
puteraku. Jadinya ayahnya tunaikan hajat Faris tu. Dah sampai
sana...ramai pulak orangnya...siap serombongan mat saleh duk mandi manda
dari kecik sampai ke dewasa dan ada juga sekumpulan remaja remaji duk
main apa tah berlari2an kat situ...ntah gamessss apa diaorang main...dan
ada jugak 1 family lain duk berkelah2an sambil tengok anak mandi manda.
Laaaaaaaaa...meriah pulak. Masa pergi dengan abang aku minggu
sebelumnya...hanya kami jer...sikalang sudah manyak ramai pulak.
Tapi...alang2 sampai...kasik ruang pada puteraku lepaskan hajatnya.
Mula2 segan2 gak nak masuk air tu...lama2 hurmmmm dah tak nak balik.
Pepun walau takde la lama sangat dia beremdam...hajatnya dah tertunai.
Hajat tertunai...suka la dia....tapi tak boleh main lama2...air kat sini tak sama macam kat pantai yang silih berganti dipukul ombak. Pantai ni rasanya dia pusing2 air yang sama jer...ciptaan manusia takkan menandingi ciptaaan Ilahi.***bangunan beratap nun di sana tulah Hotel Pullman.
sekitarnya...ala2 pantai la...ada pasir, pokok kelapa
Antara pemandangan yang dapat dilihat dari pantai mini buatan manusia ni...:)
Airnya yang tak berombak...ala2 tasik gitu. Sini tak selamat untuk anak2 mandi manda!..Tempat nak mandi manda tu atas sikit...ruang air berpasir yang agak cetek.
Jadinya pada yang belum sampai...boleh la terokai tempat ni kalau berminat. Pantainya kecik jer...milik Hotel Pullman. Kalau nak senang...yang jauh boleh la menginap di situ...hehe...iklam percuma. Nak tahu lebih lanjut...silalah ke sana yer!!! Berhampiran kawasan ni jugak ada kolam renang...berbayar...tapi harganya cukup mesra pelanggan...murah...so, apalagi...jom terjah!!!...;)
Sekian...wassalam!
Subscribe to:
Posts (Atom)