Petang Isnin hari tu chef Reenor(akulah tu) merajinkan diri mencuba resepi ni yang dicedok dari blog Seri Kandi Tanah Jauhar. Menurutnya resepi ni ala2 Meatball Ikea yang menjadi sebutan ramai akibat kesedapannya. Oleh kerana aku tak berpeluang lagi nak merasa Meatball kat IKEA tu...makanya dengan penuh semangat aku cuba try test la resepi ni....Dan hasilnya...taraaaaaaaaaa....
Abaikan gambar dan rupanya yang tak cantik ya! Biasa la...kerajinan dan kepandaian untuk menghias segala bagai takde...tapi...soalnya rasa...en.suamiku kata..."ermmm sedap"....heroku kata "ermmm tak sedap. Faris nak fun fries jer"...aku kata "ok la...best jugak". Hehehehe...pendapat 3 panel yang mempunyai 3 citarasa berlainan. Dari 3 penilaian tu...boleh la kita ambik kira pendapat incik suamiku...sebabnya dia ni tekak mat salleh sikit. Makanan macam ni memang feveret dia. Kalau anakandanya tu...separuh mat saleh...kalau ke PizzaHut...mushroom sup dan pizza dia makan...lain2 dia tolak tepi...termasuk la meatball. Kalau ikut citarasa maknya ni...makan jer semuanya...tapi kalau nak kenyang...nasi jugak ubatnya. Dalam sehari tu...nak juga pekena nasi. Jadi kesimpulannya...tak rugi mencuba...memang sedap jugaklah. Puas hati dan senyum lebar(dalam hati) bila suami kata sedap...hehe.
***jadinya sape yang nak cuba...bolehlah terjah kat SINI untuk mendapatkan resepinya. Susur galur/asal usul resepi ini juga ada diceritakan kat situ ya! Ikut resepinya dia letak blueberry jem..tapi aku tak letak. DAN kalau tak nak hidangan nampak pucat...boleh la tambah sayur-mayurnya ya seperti brokoli, carrot, asparagus etc yang dicelur. Hidanganpun lebih sihat. Ok...SELAMAT MENCUBA!!!
























