Friday, November 9, 2012

Hati2 Semua!


Bulan lepas seorang kawan suami telah mengalami situasi yang sama pernah dialami tahun 2006. Dia melalui jalan sekitar Universiti Malaya Kuala Lumpur...tiba2 seorang lelaki India(tak silap bermotosikal) melambai2 tangan padanya isyarat suruh berhenti/pandang belakang. Bila tengok kat belakang dia dapati keretanya berasap...panik jap. Dah berhenti ... dalam panik dia tanya la dengan lelaki India tu..."nak buat macamana ni?"...laki tu kata "abang jangan risau...saya mekanik...abang ikut saya ke bengkel". Katanya tak jauh dari situ.  Jadinya dia ikut jelah laki India tu. Kat bengkel laki India tu cek la mana rosaknya...konon2. Dah tu dia cakap la itu ini rosak dan kena tukar itu ini...kawan ni angguk2 dan ok jer semua. Dah siap...dia tanya la berapa?...sekalik India tu kasi tau..RM 2000++...huhuhu. Terkejut la kawan tu...katanya "mana saya ada cash banyak tu. Kalau gitu u ikut i g bank la". So, India tu follow la dia g bank...terbang la RM2000++.

Tu cerita 2006...dan bulan lepas dia melalui situasi yang sama di sekitar kawasan yang sama. Bila lelaki juga India tahan...dia dapati kereta berasap dia teruskan jer perjalanan...tak berhenti. Tapi dia ke bengkel baiki kereta berhampiran. Sampai bengkel milik lelaki Cina...dia suruh mekanik tu tengok masalah keretanya yang berasap tu. Bila laki tu cek...katanya "kereta u ok jer...takde masalah apa2". Dan diapun citerlah apa yang berlaku...dan Cina tu bagitau..."itu hal sudah manyak olang kene ooo...itu lelaki India tipu punya olang. Dia letak ???(ntah pebenda aku lupa) dekat ekzos ke apa masa kita parking dan dia akan follow kita. Bila dah berasap...dia bertindaklah". Lebih kureng cengitu ler citernya. 

Cerita ni macam aku pernah baca dalam blog2 dan fb...tapi bila dapat tahu kawan en.suami sendiri yang kena...terpanggil lak untuk cerita kat sini. Sekurang2nya dapat dijadikan info pada yang belum tahu dan peringatan pada semua andainya kita2 melalui situasi yang sama. So, hati2lah semua ya! sekarang ni macam2 jenayah berlaku...kena selalu beringat. Pepun...mintak dijauhkanlah ya...Nauzubillahiminzalik.

Thursday, November 8, 2012

Birthday Faris Yang ke 6

Alhamdulillah...Selasa 6/11/2012 genaplah usia anakandaku 6 tahun...dan genaplah juga 6 tahun aku bergelar seorang ibu. Sejak itu...naluri ini sentiasa mengharap dan mendoakan yang terbaik buat satu2nya buah hati penyambung kasih sayang aku dan suami. 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Ya Allah ya Salam
Ketika Engkau menebar keselamatan pada hari ini,
maka dahulukanlah untuk anakku ini…

Ya Rahman Ya Rohiim
Jadikanlah ia dalam golongan orang yang selalu menerima rahmat kasih sayang-MU

Ya rozaaq ya Basith
Luaskan rizki dan barokah untuknya

Ya barii
Mudahkanlah hidupnya, sembuhkan segala penyakit dalam jasad dan ruhnya.

Ya Quddus
Jauhkan ia dari segala penyakit hati

Ya Rofii
muliakan dan tinggikan derajatnya

Ya Malikul mulki
Jagalah dia dalam kuasaMU

Ya Syakur
jadikanlah ia ahli bersyukur

Ya Ghoffar
Ampunilah ia sepanjang hidup di dunia dan akhiratnya

Ya Shobuur Ya Mu’iz
tambahkan kesabaran dan beningkanlah hatinya

Yaa Haadii
berikanlah petunjuk dalam apa jua ujian yang akan ditempuhnya

Amin ya Robbal ‘alamin….

Dalam membesar dan mendidik anak...bukan harta ajarannya...cukuplah baginya ilmu yang bermanfaat untuk bekalan dunia akhirat. Moga Ahmad Faris membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya hidupnya dunia
& akhirat...amin!.

Birthday Faris kali ni kami raikan cuma bertiga seperti biasa...ala2 kadar untuk mengembirakan dia. Cuma tahun lepas ramai sikit yang nyanyikan "hepi bday" untuk Faris sebab harijadi dia jatuh pada aidiladha. Jadinya Faris potong kek kat kampung. Jom layan gambar sambutan harijadi Faris selasa lepas!

 

Banyak2 kek kat kedai...itulah kek yang Faris pilih...nak ada payung...sesuai dengan tema musim hujan...huhuhu. Katanya tak nak kek yang ibu buat...nak beli yang ada payung...ada bunga(dalam hati ada taman tu...hehe) layankan ajer...janji tak kosongkan poket ayahnya...serba ringkas...;)

SEKIAN...Wassalam!

Tuesday, November 6, 2012

Bahaya Bawang Goreng Segera

Beberapa hari yang lepas...saya ada menerima email tantang bawang goreng segera...jom kita kongsikan!!!

"BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja"

Sejauhmana kebenarannya... Wallahu a'lam (والله أعلم). Tujuan saya hanya sebagai perkongsian untuk kebaikan bersama. Kalau dinilai...ada jugak logiknya...bawang goreng segera ni memang rangup semacam...tak cepat lembik. Kalau yang kita buat sendiri...memang takkan rangup macam tu. Cuma tak pastilah kalau2 ada ramuan lain yang boleh menyebabkan bawang itu jadi sebegitu. Tapi saya percaya...tak semua yang ada di pasaran menggunakan teknik/cara yang sama untuk menghasilkan bawang goreng yang rangup.

Sebagai langkah keselamatan...eloklah kita gunakan bawang goreng buatan sendiri. Bukan susahpun...cuma kupas bawang, hiris halus dan goreng dalam minyak yang panas...lagi fresh. Tapi, kalau anda yakin bahawa bawang goreng yang dibeli bebas dari bahan bahaya...tak salah menggunanya...cepat mudah dan pantas...;) 

*** Jom sama2 kita pastikan keluarga kita dihidangkan dengan makanan yang bersih, selamat dan halal.        Jangan lupa doa dan Bismillah ya bila nak makan!!!...;)

Monday, November 5, 2012

Semoga Allah Mempermudahkan Segala Urusan!!!

Salam semua! sepanjang hidup...kita melalui bermacam-macam ragam kehidupan..ada onak dan duri, jua ada manis dan pahitnya. Apapun sudah ketentuanNya...moga kita redha dengan apa yang berlaku dan marilah sama2 kita sentiasa mendoakan semoga hari2 yang kita lalui menjanjikan kebahgiaan buat kita...semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita...DAN penting juga agar kita diberi kekuatan untuk lebih tabah menghadapi setiap ujian dariNya!!!

Doa Dipermudahkan Segala Urusan


Maksudnya:
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"


Sekian....Wassalam!!!

Thursday, November 1, 2012

Kronologi Aidiladha

Salam semua...walaupun Aidiladha dah beberapa hari berlalu DAN boleh dikatakan semua dah mula bekerja...nak ambil kesempatan jugak la nak ucap...salam Aidiladha...hehehe...ketinggalan zaman betul kan???...;) Pepun harapnya semua dalam keadaan sihat sejahtera...tak ada yang kepanasan sebab terlebih makan daging korban...eheh..;)

Untuk raya haji tahun ni aku bertolak balik kampung petang Rabu...alhamdulillah perjalanan lancar walaupun sesekali terpaksa berbaris jugak disebabkan kereta agak banyak dari biasa. Disebabkan keadaan tu kami sampai kampung lewat sejam dari kebiasaan...selalunya 6 jam perjalanan tapi kali ni 7 jam. Lebih kurang 9.30pm kami sampai. Malam tu sempat la tolong kekanda dan ibunda bungkus "tapai beras" dengan daun pisang. Tapai ni aku suka makan time dia baru2 nak masak belum berair...sebab takdelah dia manis menyengat sangat.

Khamis...paginya tup tap tup tap...buat la apa yang patut. Tengaharinya sempat la ke rumah mentua...petangnya balik rumah ibunda. Sebelum balik tu singgah la Hospital Besar KB...bahagian kecemasan setelah ronda & call beberapa klinik semuanya tutup. Mungkin sebab dah dekat 7 pm...DAN pulak esoknya nak raya. Bila dah namanya kecemasan...terpaksalah menunggu giliran untuk berjumpa DR...tapi mujurlah tidaklah bercinta sangat menunggu giliran...yang bercintanya time nak ambik ubat...orangnya tak ramai...tapi menunggunya agaklah lama...pepun kami menunggu dengan sabar. Nasib baik masih bermusafir...bolehlah kami jamakkan maghrib dengan isyak.

Kenapa ke hospital???..anak terunaku tak sihat...petang selasa dah ambik oksigen...asma...batuk + selsema. Pagi rabu...selepas subuh ambik oksigen lagi...2 kali dekat kecemasan Hospital Batu Gajah. Jadi bila balik...kesihatannya masih belum memuaskan walaupun empunya badan tetaplah aktif...huhuhu...makan tak berapa nak selera...masa kat rumah mentua...mandikan dia dan suap nasi sebabnya dia belum makan tengahari...paginya makan la sikit...lepas tu asyik merengat...tido2 ayam...merengek+ ngadu sakit perut...dah sapu minyak..tapi tetap sakit...last2 aku bagi susu...terus muntah...mak aihhhhh...banyak sangat muntahnya seperti mencurah air dari baldi...huk3x...sila jangan mual ya...;) Dah tu aku panik jap...risau amat sangat...cuci dulu muntah dia kat dapur sementara suami basuh Faris dan tukar baju...selesai kerja...kami balik sebab nak singgah klinik...sob3x...sedeyyyyyyyyy. Mood raya memang down sangat...;( 

Balik dari hospital singgah McD jap...beli bubur nasi untuk Faris...ayahnya pun menumpang menu sekali. Mood nak memasak lemau coz denyutan jantung bergerak kencang + hati tak berapa nak senang bila anak tak sihat(lemah semangat tul kan...huhu). So, tapau jerlah. Balik rumah...lap2 badan Faris dan bagi dia makan. Dah tu...nampak dia dah ok sikit...katanya perut dah tak sakit dan tak rasa nak muntah lagi. Pepun aku paksa dia tidur...dalam nak tak nak akhirnya tertidur jugak dia. Bila dia tidur...sempat la aku jengah jap kanda dan ibunda buat nasi dagang. Lebih kurang pukul 11 Faris jaga sebab suasana agak riuh bila kekanda no.2 sekeluarga sampai...geng dia "kak dayah"(kakak sepupunya) sudah sampai. Sebelum tidur balik...sempat la dia main dulu walaupun tak seaktif kebiasaannya.

Esoknya(Jumaat) pagi2 lagi dia dah bangun...seawal 4.30 am dia jaga dan tanya aku "ibu, dah raya ke?"...hahaha...semangat. Dalam mamai...jawabla aku "blom...jap lagi...tido dl"...dah tu...tidur lagi...dan jam 6.15 dia dah jaga. Pagi raya aidiladha...macam biasa...auranya tak sehebat raya puasa. Tapi Faris macam biasa...pagi2 dah mandi dan siapkan diri. Lepas sembahyang raya kami lepak2 king anak beranak jer sebab ramai yang pergi ke acara korban. Ringkasnya cerita...biasa2 ajer aidiladha kami. En suami lepas sembahyang raya menyertai keluarganya dalam upacara korban...lepas asar baru balik. Dah penat lapah sekor lembu dengan adik beradik...maghribnya dia bantai tidur sampai pukul 10. Heroku kurang aktif di hari raya...petangnya baru nampak sikit aktif. 

Raya ke2(Sabtu)...lepas sarapan...ke rumah mertua. Berkumpul adik beradik dan semua ipar duai...meriah. 11.30 am...kami konvoi ke kenduri anak kepada sepupu suami. Lepas tu berkejar balik rumah mak sebab nak menghadiri majlis pertunangan anak sedara. Kelam kelibut jugak la...balik2 mandi solat...terus ke rumah abang...sampai2 dah ramai yang menunggu...pepun aku bukan orang yang terakhir...hehe. Lebih kurang 2.30 pm rombongan bertolak ke rumah bakal tunangan...nasib baik jaraknya dekat...tak sampai 10 minit perjalanan. Ringkasnya...majlis berjalan lancar...kata sepakat telah termaktub bahawasanya majlis akan dilangsungkan mengikut perkiraan dua sejoli...alah...kawin zaman sekarang...orang tua follow orang muda...senang cerita...ikut kata empunya badan la...;) 

 Pertunangan Anak Buah

 Balik dari majlis...singgah jap rumah abang sebab ibunda nak singgah jap. Sempatlah pekena kek hantaran sepotong...kek chocolate indulgence secret recipe...kek ni kalau sejuk lagi best...tapi sebab lama sangat atas dulang...dah tak sejuk...tapi habis la jugak sepotong. Tak berlama kat situ sebab nak bersiap ke rumah mertua lak...bermalam kat sana. Balik rumah ibunda...buat apa yang patut + lepak king anak beranak...lepas maghrib ke rumah ibu dan bapa mertuaku. Kat sana masih ramai ipar duai...sebabnya semua akan bertolak balik esoknya termasuk aku sekeluarga.

Ahad...lepas subuh semua bersiap untuk kembali ke perantauan. Mandi kemas barang dan sarapan...berkumpul jap adik beradik borak2 ilmiah dan lebih kurang 8.30 kami bertolak serentak. Aku nak singgah rumah ibunda dulu ... barang pun masih banyak kat sana dan belum dikemaskan lagi. Jadual padat...tak nyempat nak mengemas. Sebelum tu singgah dulu kat pasar nak beli apa yang patut untuk dibawa. Tup tup...pak mertuaku call...lupa bagi keropok...dan my lalink kata nak g ambik. Sampai kat sana mak sedara kembar ibu mertua ada...so kena la turun(plan awal sebaliknya) sebab tak sempat melawat dia raya ni. Bila dah turun borak2 la kejap....kejap jer. Ringkas citer...dekat 10.00 am baru sampai rumah ibundaku. Sampai2...fening jap tak tahu nak mula tang mana dulu...nak kemas barang yang kat sana sini dan sinun. Mula2 kemas pakaian...pastu baru lain2nya. Dan lebih kurang pukul 12 baru siap...dah bersilat sana sini...kenalah bersiram lagi...sempat la sambil tunggu cik abang masukkan Video pertunangan dalam dvd untuk abang yang sulong.
Ringkasnyer citer lagi...lebih kurang 12.30 kami bertolak...huhuhu...tak risau sangat...selalunya perjalanan kami ke Darul Ridzuan tak bersesak macam ke KL. Sekaliiiiiiiiiiiiiiiinyaaaaaaaaaa...huwaaaaaaaaa...nanges...jemtaravota...perjalanan 6 jam jadik la 8 1/2 jam...;(. 


Ringkas lagi 8.30 pm kami sampai...heroku aktif jer...yang aku ni letih semacam...sakit urat saraf. Bukan tak pernah harungi perjalanan panjang...tapi kali ni...jem jalan berjangkit ke urat sarafku...tegang. Sudahnya...lepas buat apa yang patut...aku zzzzzzzzzzzzzzzzzzz. Kami tiga beranak memang tidur awal malam tu. Tak jadi macam kebiasaan...selalunya kalau balik dari mana2lah...pasti aku akan kemas dulu barang siap2 dan basuh segala pakaian yang kotor dulu...tapi kali ni lain cerita...DAN sampai saat ni...urusan lipat melipat pakaian belum selesai...slow semacam...lebih makan daging kot...huhuhu. Tambah pulak balik ari2 memang tak nyempat nak mendobi...menimbun la kain bajunya. Upacara mendobi dah siap...melipatnya belum lagi selesai....k lah...panjang citernya bila dah namanya kronologi...k...sekian...wassalam...;)



Panik Seketika

Huhuhu...ceritera hari Rabu 31/10/2012...paginya sempat la bukak blog n terjah beberapa blog org. Tup tup bila bukak balik kluarlah... Blog has been removed bla bla bla...aik...tkejuk jap...bila masa lak aku remove blog aku...huhuhuhu. Dalam panik tu aku cuba la login...dah tak boleh...dia mintak no phone pulak utk bg code verification ke hapa tah...bila masuk no. phone...xboleh la pulak..ktnya no yg aku bg tu dh diguna utk byk urusan(lebih kureng cenggitu ler)...dh bg beberapa no...tetap gak sama. Mgelabah jap aku. Ntah pape lak aku guna phone tu utk urusan ape??? Godek punya godek...dapat la code number...tapi takboleh jugak. Last2 en.suami juga turut membantu petangnya...godek2 apa yang patut...last2...malamnya dah muncul balik blog ni...dan aku dapat email dari google team yg berbunyi ...
We apologize for any inconvenience you may have experienced. The issue you
described should now be resolved... +++ . Itulah alkisahnya yang buat aku panik seketika...bukan seketika...hampir separuh hari...hehehe...SEKIAN

***malas nak taip elok2...frust pasal ni...k  sekian...jumpa next n3...;)

Monday, October 22, 2012

Menu Kami


Salam semua! sesi tayang makanan...sajer nak kasi story baru kt blog. Sambil jamu mata...jom kita citer2 ckit...!!!

 Ini namanya Putu Mayam...sebelum ni kalau sebut putu mayam ni yang aku tahu jenis yang ada kuah(santan+gula melaka etc)...tapi yang ni edisi kering dan  didatangkan dengan kelapa parut dengan gula melaka(macam gula perang yang digaul dengan gula halus gitu. Yang ni bukan buat sendiri...tapi tunjuk kat pasar malam. Sekali try...boleh dikatakan tiap2 minggu tunjuk. Best...ada dua versi...hijau dan putih..tapi soalnya rasa sama saja.

Putu Mayam

Inilah ramuannya...kelapa dan gula melakanya

Laksa Penang...juga tunjuk kat pasar malam...sedap. Hehe...semua jenis tunjuk...tu maknanya apa ek? Bukan malas tau...sesekali jerk...huhhu. Selalu bila beli kat pasar malam susah nak jumpa yang kena dengan selera...tapi yang ni kiranya oklah juga.

Nyum! nyum!...dah selamat masuk dalam perut...;)

Taufufa...sape suka benda alah ni...sila angkat tangan!...hehe. Lihat la taufufa tu...disebabkan harganya kekal RM1...bekas yang digunakan sekarang ni makin kecik...isinya pun ciput...kalau dulu bekas besar sikit...isinya melimpah...ni setengahpun tak sampai. Macamana sekalipun depa2 jual...ada gak yang membelinya...;)

Taufufa...dulu2 tak suka benda ni...mungkin sebab masa kecik dolu2 tak pernah jumpa. Tapi bila dah cuba...dah jadi suka...;)

Jom minum petang!...petang2 hujan...laporrrr. So, buat jer apa yang ada kat dapur...janji cepat dan pantas. Roti bakar berintikan Tuna, Strawberi jem dan cheese...makan panas2...superb yummy...semua sedap kalau seleranya sentiasa ada & perutnya lapor...;) Pulak2 dimakan bersama sup cendawan segera dan kopi panas...fuhhh...kenyang...alhamdulillah. 

Jemput Minum!...;)

Cekodok @ jemput durian. Ini permintaan anak teruna...sehari sebelum buat cekodok ni ibunya buat cekodok bawang+sayur mayur. Bila makan...katanya "Faris tak suka jepuk ni...faris suka yang letak pisang /durian"...huhuhu...cian...sebab lepas tu dia memang tak makan. Ralat la pulak rasa...tapi dah masak yang ni...esok2 la ibu buatkan ya. So esoknya ibu tunaikan permintaan Faris...maka inilah hasilnya...Faris makan dengan seleranya...wahh! macam masak yang best2...cekodok jerk...eheh.

Cekodok Durian

Ari2 dah tayang donut versi gula halus dan gula icing...ni nak tayang donut coklat cair pulak...heroku suka yang ni...ibupun suka bila masakan ibu digemari anakanda dan ayanhandanya...eheh.

Tabur kacang dan gula halus...kasi menyerlah sikit dia punya rupa...;)

DAN......ini kegemaranku...jagung rebus. Jumpa jagung kat pasar malam...tengok cantik jer isinya. Pakcik yang jual kata...manis. Dah tengok elok...beli jerlah...balik2 rebus...ermmm...memang manis...fresh dari ladang...;)

Jemput tengok!...;)..hamboi sampai hatikan...tayang jer...kalau teringin memang tak susah nak dapatkan jagung ni...g pasar malam...sah2 ada...;)

Mencuba nasib...kek biasa2 ajer...sesekali teringin nak menge"kek"(bahasa hapakah ini?...huhu). Buat kek biasa2 rajin la...tapi yang pelik2...apalagi yang lapis2 dan perlukan perhatian lebih...memang tak berapa rajin la. Pulak2 tak berapa nak pandai dan memandaikan diri...hadoiiiiiii terukkan...isy3x...;)

Ini puding roti...soalnya rupa teramatlah teruk...sebabnya tak boleh nak sabar2 tunggu sejuk dulu...kuar jer dari oven...panas2 terus sodek2kan...dan makan bersama dengan kuah kastard...fuhhh...memang best. Ada coklat chip & kismis lagi. Tengok rupa yang teruk ni...dua heroku tak nak makan...jelingpun tanak...huhuhu...sedeyyyyyyy. Esoknya aku potong elok2...deko sikit2 kasi shantek...baru la en.suami nak cuba...kena paksa...kikiki. Bila dah makan...hambik...dia kata best rupanya. Yang malam tu dia tak nak...katanya sebab rupa buruk sangat(gambar atas tu)..sob3x...buruk ker???...cantiQ per...huhuhu. Tapi lupa la pulak snap gambar yang cantik tu.

Sesekali...bila teringin...kami layan jugak benda alah ni walaupun bukan menu yang baik untuk kesihatan..ehehe. Senang kejeku...cuma letak air panas...tunggu kejap...layannnnnnn. Tiga untuk kami bertiga...yang hot tu untuk suami tercayang, berapi tu mestilah aku punya...tapi tak berapi manapun...dan chicken tu untuk heroku. Masa nak makan...bukan main semangat...makan tak sampai separuh...dahhhhhhhh takmoooo...huhuhu...selalu gitu my hero. Dia ni kalau sup2 ibu masak baru jalan...walaupun soalnya rasa  bole2 ajer.

Ready untuk di ngap...kami makan yerrrrrr....k. permisi dulu...wassalam!...;)