Tuesday, November 20, 2012

Penutup Pra-Sekolah Faris


Salam dan Selamat sejahtera semua! Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam! tak terlewat lagi kot..;)1433 dah berlalu...1434 kini bertandang. Moga akan ada hijrah yang lebih baik untuk kita ya! Hijrah diri sendiri dan keluarga untuk kebaikan bersama...insyaAllah.

Cuti sekolah dah masuk minggu ke2...cepatnya masa ya. Puteraku tahun depan akan memulakan sesi persekolahan yang baru...sekolah baru, suasana baru dan banyak lagi yang baru bakal beliau lalui nanti. Doaku sebagai ibu, moga anakanda Faris cekal menghadapi segala situasi yang baru...dan penting juga agar beliau dapat menyesuaikan diri dengan segala perubahan itu. Banyak perubahan yang bakal ditempuhi nanti.

Akhir sesi persekolahan beliau...aku dan suami ingatkan hatinya tak merasa sayu meninggalkan sekolah lama(pra). Rupanya naluri kanak2 6 tahun ini juga tersentuh...katanya "Faris sedih la sebab Faris tak dapat jumpa kawan2 Faris lagi"...tiba2 jer hati ni turut tersentuh...huhuhu...sensitif sungguh hatimu wahai Zurina...;( Tapi masih dalam keadaan terkawal....biasalah tu kannnnnnnnn...;)

Ahad lepas...11/11/2012 Majlis Konvokesyen sekolah Faris diadakan di Dewan Serbaguna UTP. Ayahnya tidak dapat menghadirkan diri sebab ada tanggungjawab di KL. Jadinya kami hanya pergi berdua. Ralat juga rasanya sebab selalunya majlis sebegini akan sama2 kami hadiri. Tapi nak buat macamana...keadaan tak mengizinkan. Pepun segalanya berjalan dengan lancar.

Esoknya...Isnin 12/11/2012...sekolah Faris mengadakan lawatan sambil belajar ke Petrosains KLCC. Teruja nak pergi...ayahnya pulak bagi syarat aku kena ikut sekali...bukan tak percaya kat cikgu, tapi untuk langkah keselamatan. Boleh juga tolong tengok2an. Jadual asal 1/11/12(Khamis)...tapi atas sebab2 tertentu, terpaksalah ia di tunda. Jadinya Isnin tu bas dijadualkan bertolak seawal 7 pagi...tapi Ahad malam tu cikgu sms bas akan bertolak seawal 6.30am...jadinya ahli rombongan cik kiah kena berada di sekolah sebelum tu. Tapikan...tapikan...lebih kurang 7pm jugak bas bertolak kerana ada 2,3 orang yang terlewat walaupun majoritinya 6.30 tu dah sampai. 

Ringkasnya citer...rombongan sampai KLCC lebih kurang 10.30am...dan beraturlah kami turun bas dan berjalan ikut resam itik...kikiki...untuk keselamatan anak2 tercinta...;) Seronok melihat gelagak anak2 ni...meriah. Ringkas lagi...kami masuk petrosains kira2 jam 11am dan 2.30pm beransur2 keluar. Dah keluar kami menuju ke Masjid  Asy-Syakirin untuk tunaikan solat dan menjamu selera. Makanan telah ditempah(Nasi Ayam)...dan ketua rombongan telah meminta kebenaran menggunakan bahagian sisi ruang legar sebelah kanan masjid dengan pihak masjid untuk kami menjamu selera. Dan selesai segala urusan...kira-kira 4pm rombongan bertolak pulang. Tapi aku dan Faris balik dengan kereta dijemput en.suami kerana dia memang kat KL ada meeting di HQ. Ringkasnya...anak2 memang seronok dan teruja dari awal sampai akhir walaupun masa nak balik semua dah nampak keletihan. 
Opssss...nak sambung citer kelakar sikit...masa dalam petrosains...cikgu bawa la budak2 yang nak buang air ke tandas. Faris pun ikut serta...berlari2 dia dengan 3,4 orang rakannya masuk tandas laki. Dalam 2,3 minit keluarlah kawan2 dia...tapi dia takde...tup2...dengar budak nanges jerit2...jeng3x...kuarlah Faris...alahai...bawa kasut nanges2...basah. Kenapa?...dia terkejut bila bukak paip...air kuar melalui mangkuk tandas...kikiki. Akupun tak suka tandas duduk cenggitu...huhuhu. Dah panjang citer...sebelum tutup citer...layankan gambar dulu! 



 


 

Faris: bye kawan2...panjang umur kita jumpa lagi tahun depan kalau berdaftar di sekolah yang sama ya...;)

SEKIAN...WASSALAM!...;)

7 comments:

saifudin abu izzudin said...


salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

Miss Zahirah said...

waa.. xsgka bdak sekecil faris pn pndai menghargai persahabatan dia dgn kwn2.. ;)

Zurina said...

TQ saifudin...;)

Miss Zahirah...tu ler...mgkin cikgu dia ada gtau kot...tu yg tsentuh gak naluri kanak2nya...;)

TiranaAduka said...

salam zurina..
Wah ni cuti sekolah .plan kemana?

Salam kenal.

Zurina said...

salam kenal TA! hujung minggu ke KL...bln 12 plan nk cuti2 msia...tp xtau mana destinasinya lagi..;)

Anis Samik said...

wah, siap buat kat dewan UTP lagi.. em, budak2 pon tau hargai kawan kan.. bagus lah.. dan yang pasal dia masok tandas kasot die basah tu, lawak! haha! anis pon x suke tandas mcm tu! hihi

Zurina said...

tu ler...bukan budak jer...kita yg dewasa pun rasa susah nk guna...dh biasa pkai getah paip tu...;)